--> Permohonan & Semakan : BANTUAN TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PELAJAR B40 | MYPORTALKINI!

Permohonan & Semakan : BANTUAN TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PELAJAR B40

  Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh bermulanya persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Jan...

 


Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh bermulanya persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021. Akan tetapi, ianya telah di tangguhkan lagi berikutan kes jangkitan wabak Covid-19 kian meningkat dan beberapa negeri telah di perintahkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hanya pelajar yang menduduki peperiksaan penting sahaja di benarkan untuk memulakan persekolahan seperti biasa.

Oleh itu, pelajar yang tidak dapat memulakan persekolahan 2021 terpaksa mengambil langkah dengan memulakan dan meneruskan pembelajaran mereka daripada rumah secara online, dan menganggap ianya satu langkah inisiati kerajaan bagi memudahkan pembelajaran mereka.


BANTUAN TELEFON BIMBIT KEPADA PELAJAR B40

YTL Foundation dengan kerjasama YES serta FrogAsia akan memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma dan akan menyediakan data internet sebanyak 40GB dan akses sumber pembelajaran kepada semua pelajar sekolah kerajaan. Melalui inisiatif yang di sediakan kerajaan ini, semua murid yang terlibat boleh mengakses :

1)  BAHAN PEMBELAJARAN PERCUMA
  • Selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia, memudahkan pelajar mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah
2) Kuiz Revisi Percuma
  • Dengan cara memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlau
3) 40GB DATA PERCUMA


SYARAT KELAYAKAN

Melalui bantuan ini, beberapa syarat telah di tetapkan oleh YTL Foundation bagi memastikan pemberian bantuan ini hanya kepada yang layak dan benar-benar merlukan

1) Pelajar yang di calonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah ataupun menengah.
2) Pelajar yang layak memohon mestilah tergolongan dalam keluarga B40
  • Berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
  • Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)
Nota : Pemohon perlu mengemukakan tangkapan skrin status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa murid yang tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600


PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN
TELEFON PINTAR

Bagi permohonan bantuan ini, sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima dan data dengan cara atas talian di :
Setelah mencalonkan nama murid yang bakal menerima bantuan ini, ibubapa pelajar tersebut akan di maklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan kemudiannya ibubapa hendaklah mengemukakan pendataran yang telah di buat.

Apa yang bakal kami kongsikan ini, berikut adalah langkah-langkah untuk permohonan bantuan telefon bimbit dan data percuma. Berikut adalah caranya :


  • Sila masukkan : Nama Sekolah - Nama Pencalon - No MyKad Pencalon - Emel Pencalon - No Telefon Pencalon
  • Setelah masukkan maklumat di atas, sila tekan "NEXT"
  • Masukkan maklumat seterusnya : Nama Pelajar - No MyKid Pelajar - Nama Ibubapa pelajar - No MyKad Ibubapa Pelajar - Emel Ibubapa Pelajar - Tangkapan Skrin (Screenshot) laman semakan BPN bagi membuktikan bahawa ibubapa adalah benar-benar daripada golongan keluarga B40.
  • Seterusnya "NEXT"
  • Klik kotak kecil sebelum mesej seperti di bawah (Saya mengesahkan bahawa murid yang di syorkan adalah daripada keluarga golongan B40 dan tidak mempunya peranti untuk beljar dari rumah.
  • Klik kotak kecil dalam mesej dan klik "SUBMIT"
  • Selepas proses di atas selesai, pemohon akan menerima satu emel permohonan daripada YTL Foundation.


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk memudahkan pemohon mengetahui mengenai keputusan di atas permohonan ini sama ada berjaya atau tidak, pemohon bolehlah membuat semakan melalui atas talian di :
Sekiranya permohonan anda berjaya dan telah di luluskan, anda akan menerima emel pengesahan seperti gambar di bawah ini : 
Sekiranya permohonan berjaya, langkah-langkah berikutnya harus di lakukan oleh ibu bapa, dan notifikasi emel akan di hantar kepada guru dan ibu bapa pelajar. 


Ibubapa harus mengikuti proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci termasuk memuat naik :
  • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • Satu salinan MyKad ibubapa 
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang di keluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
Nota Penting : Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima emel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran tersebut akan terbatal dan di anggap tidak berjaya.


BILAKAH TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN INI?
  • Telah Di Lanjutkan Sehingga Jun 2021


COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Saya nak telefon percuma untuk pelajar

    ReplyDelete
  2. Saya dah daftarkan untuk anak saya..tp kenapa Dr dulu bantuan bpn sehingga kini masih dipertimbangan...nama dalam senarai??

    ReplyDelete
  3. Saya apply untuk anak belajar pdpr tp lama tunggu jawapannya...bila cek semakan sedang dipertimbangan...nak apply balik nama ic telah disenaraikan...mmm tunggu xtau smpai bila☹️

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,504,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,11,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Permohonan & Semakan : BANTUAN TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PELAJAR B40
Permohonan & Semakan : BANTUAN TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PELAJAR B40
https://1.bp.blogspot.com/-10XY66Qzpng/YBGMbC2tBxI/AAAAAAAABGI/bLmzxLm1c5YrOivUDWMaXqfHHDGItHFaQCLcBGAsYHQ/s16000/IMG_20210127_235246.png
https://1.bp.blogspot.com/-10XY66Qzpng/YBGMbC2tBxI/AAAAAAAABGI/bLmzxLm1c5YrOivUDWMaXqfHHDGItHFaQCLcBGAsYHQ/s72-c/IMG_20210127_235246.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/01/permohonan-semakan-bantuan-telefon.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/01/permohonan-semakan-bantuan-telefon.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content