--> PSU 3.0 (PERMAI) - SYARAT KELAYAKAN DAN CARA LENGKAP MEMBUAT PERMOHONAN | MYPORTALKINI!

PSU 3.0 (PERMAI) - SYARAT KELAYAKAN DAN CARA LENGKAP MEMBUAT PERMOHONAN

Program Subsidi Upah (PSU) 3.0, yang di kendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang di bayar kepada...



Program Subsidi Upah (PSU) 3.0, yang di kendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang di bayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.


Sebelum di umumkan mengenai PSU 3.0 ini, Kerajaan telah melaksanakan PSU 1.0 di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) manakalah PSU 2.0 pula telah di laksanakan melalui pakej Kita Prihatin.


Matlamat utama kerajaan dalam melaksanakan PSU ini adalah untuk membantu para majikan yang terkesan pendapatan nya akibat daripada wabak Covid-19, bgi memastikan majikan tersebut dapat meneruskan operasi dan mengelakkan daripada pekerja hilang pekerjaan yang akan mencacatkan ekonomi mereka.


Bagi majikan yang ingin memohon Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 ini, permohonan bagi permohonan ini telahpun di buka. Perkara ini telahpun di maklumkan ketika Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa lagi pakej bantuan khas daripada kerajaan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).


Ketika Pembentangan Belanjawan 2021 pada November lalu, Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa, bantuan PSU 3.0 ini hanya akan memanfaatkan kepada sektor Pelancongan dan Peruncitan sahaja. Namun, ketika Perdana Menteri mengumumkan pakej bantuan khas (PERMAI) pada 18 Januari baru-baru ini, penambahbaikan bagi bantuan ini telah di perluaskan di mana, bantuan ini akan memanfaatkan kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk pengetahuan semua, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa bermula 19 Januari 2021.


SAIZ BILANGAN PEKERJA YANG 
BOLEH DI TUNTUT

Untuk pengetahuan semua, saiz perusahaan dan bilangan pekerja yang majikan boleh tuntut melalui PSU 3.0 (PERMAI) yang telah di tetapkan adalah seperti berikut :

Saiz Perusahaan                                              Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut                                                                         

  • 75 orang pekerja dan ke bawah                                      75 orang 
  • 76 orang hingga 200 orang pekerja                              200 orang
  • 201 orang pekerja dan ke atas                                         500 orang



SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh pihak PERKESO untuk permohonan PSU 3.0 ini. Antaranya adalah seperti berikut :
  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  2. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
  3. Tuntutan bantuan PSU ini, para pekerja mestilah bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja
  4. Majikan mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021
  5. Permohonan bantuan PSU 3.0 (PERMAI) ini hanya layak kepada perniagaan yang berada di negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  6. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji bawah RM4,000 dan waktu bekerja di kurangkan atau penurunan gaji selepas perundingan dengan pekerja terbabit

Beberapa sebab mengapa terdapatnya Majikan dan Pekerja yang tidak layak untuk membuat permohonan bagi bantuan PSU 3.0 (PERMAI) ini. Antaranya adalah seperti berikut :
  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021
  2. Majikan dan Pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  3. Majikan atau perniagaan yang bukan beroperasi di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  4. Majikan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  5. Pekerja yang telah di gajikan di bawah Program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive)
  6. Pekerja yang telah di berhentikan kerja
  7. Bergaji RM4,000 dan ke atas
  8. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)

CARA PERMOHONAN PSU 3.0 (ONLINE)

Berikut adalah panduan dan cara-cara untuk membuat permohonan PSU 3.0 secara Online. Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah benar dan tepat.
  1. Sila Layari portal rasmi PERKESO : https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Sila klik "Permohonan & Semakan" di bahagian PSU
  3. Klik butang "Permohonan PSU"
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi - klik "Halaman Seterusnya"
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik segala dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik "Hantar"

DOKUMEN SOKONGAN

Dalam membuat permohonan PSU 3.0 (PERMAI) ini, beberapa dokumen sokongan yang harus di sertakan sekali dan perlu dimuat naik. Antaranya adalah seperti berikut :
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat mengenai Nombor Pendaftaran Perniagaan ataupun Business Registration Number (BRN) yang di daftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan pastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan)
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 3.0


SOALAN LAZIM

Berapakah kadar bayaran bagi bantuan Program Subsidi Upah 3.0 ini?
  • Ketika pembetangan Belanjawan 2021 lalu, kadar bayaran bagi PSU 3.0 ini adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

Berapa lamakah tempoh pelaksanaan bagi bantuan ini?
  • Tempoh pelaksanaannya adalah selama 1 bulan sahaja yang berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021

Bilakah tarikh tutup untuk permohonan PSU 3.0 (PERMAI) ?
  • Tarikh tutup permohonan PSU 3.0 ini kini di lanjutkan sehingga hujung Jun 2021
    
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :  1-300-22-8000 atau emel ke perkeso@perkeso.gov.my.

COMMENTS

BLOGGER: 1

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: PSU 3.0 (PERMAI) - SYARAT KELAYAKAN DAN CARA LENGKAP MEMBUAT PERMOHONAN
PSU 3.0 (PERMAI) - SYARAT KELAYAKAN DAN CARA LENGKAP MEMBUAT PERMOHONAN
https://1.bp.blogspot.com/-1z-XB3QLUIQ/YBPOSntTmWI/AAAAAAAABJM/I0NoDsMTK_Ean9SM8S0o8ThiYMpTonVuQCLcBGAsYHQ/w640-h334/IMG_20210129_165601.png
https://1.bp.blogspot.com/-1z-XB3QLUIQ/YBPOSntTmWI/AAAAAAAABJM/I0NoDsMTK_Ean9SM8S0o8ThiYMpTonVuQCLcBGAsYHQ/s72-w640-c-h334/IMG_20210129_165601.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/01/psu-30-permai-syarat-kelayakan-dan-cara.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/01/psu-30-permai-syarat-kelayakan-dan-cara.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content