--> PERMOHONAN BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100 | MYPORTALKINI!

PERMOHONAN BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100

Mungkin ramai di kalangan ibu bapa yang tidak mengetahui mengenai beberapa jenis bantuan persekolahan yang telah di sediakan oleh Kementeria...



Mungkin ramai di kalangan ibu bapa yang tidak mengetahui mengenai beberapa jenis bantuan persekolahan yang telah di sediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi kemudahan anda. 


Pada artikel kali ini, pihak kami ingin berkongsi mengenai satu jenis bantuan yang perlu anda tahu iaitu Bantuan Awal Persekolahan di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ada memberikan bantuan secara one-off kepada murid yang bersekolah rendah dan sekolah menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5.


PERINCIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)


Untuk pengetahuan ibubapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 lagi. Ianya bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang di tanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah.


KADAR BANTUAN UNTUK SETIAP TAHUN

  • Kadar bantuan yang akan di terima oleh setiap seorang murid adalah sebanyak RM100.00 secara sekaligus (one-off)
Nota : Ini bermakna, sekiranya anda mempunyai anak seramai 3 orang, dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, anda layak menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM300.00 untuk 3 orang anak.


SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Beberapa syarat kriteria kelayakan yang telah di tetapkan bagi bakal penerima bantuan BAP ini, iaitu :

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir / mykid / mykad / yang telah disahkan atau apa-apa dokumen yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia )
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan 
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).



CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Untuk makluman ibubapa, sebarang permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan ini, anda tidak perlu lagi melakukannya. Ini kerana, pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan ini, bergantung kepada syarat kelayakan anda.

  • Mana-mana murid yang layak untuk mendapat bantuan ini, satu lampiran borang akan di beri yang perlu ibu bapa lengkapkan.

  • Proses pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima ataupun berupa wang tunai.




SOALAN LAZIM


Bantuan ini khusus untuk siapa?
  • Bantuan ini khusus untuk murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.
  • Keluarga berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 ke bawah.

Berapakah kadar bantuan ini?

Kadar bantuan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM100.00 bagi seorang murid.

Anak saya seramai 3 orang dan masih bersekolah, adakah mereka semua layak untuk menerima?

Layak. Semuanya bergantung kepada syarat kriteria yang telah di tetapkan. 



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Persekolahan ini, anda bolehlah merujuk ke pautan ini : https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

COMMENTS

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: PERMOHONAN BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100
PERMOHONAN BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100
https://1.bp.blogspot.com/-68PHcNM-Htg/YCawgEkPN5I/AAAAAAAABiU/cA5HhCpM3HMzdySIco91qeSlT9knYWEBgCLcBGAsYHQ/s16000/IMG_20210213_004318.png
https://1.bp.blogspot.com/-68PHcNM-Htg/YCawgEkPN5I/AAAAAAAABiU/cA5HhCpM3HMzdySIco91qeSlT9knYWEBgCLcBGAsYHQ/s72-c/IMG_20210213_004318.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/02/permohonan-bagi-bantuan-awal.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/02/permohonan-bagi-bantuan-awal.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content