--> 6 INISIATIF YANG ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA | MYPORTALKINI!

6 INISIATIF YANG ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA

Pemerkasa merupakan satu pakej bantuan yang disediakan oleh kerajaan



Seperti sedia maklum, pada bulan Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu lagi Pengumuman Khas yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


Melalui program ini, ianya akan membelanjakan peruntukan tambahan bernilai RM20 bilion di mana ianya tertumpu kepada 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Terdapat 5 fokus utama melalui pelaksanaan program Pemerkasa ini antaranya adalah :

  • Mengawal Penularan COVID-19
  • Memacu Pemulihan Ekonomi
  • Memperkukuhkan Daya Saing Negara
  • Memastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan Masyarakat
  • Mentransformasi Ekonomi
Oleh itu, pada kali ini pihak kami akan kongsikan 6 inisiatif strategik diantara 20 inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan program PEMERKASA yang anda layak untuk mohon dan dapatkan.
Ikuti perkongsian di bawah ini.

6 INISIATIF STRATEGIK

  1. BANTUAN RM500 UNTUK B40 & PENERIMA BPR
  2. GERAN KHAS PRIHATIN 3.0
  3. BANTUAN RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR
  4. KERJAYAGIG PERKESO
  5. PENAMBAHBAIKAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA 2.0 (RM800)
  6. KENAIKAN E-WALLET UNTUK BELIA (RM150)
BANTUAN RM500 UNTUK B40 & PENERIMA BPR

Melalui pengumuman Perdana Menteri tadi, golongan B40 akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500 (one-off). Manakala pemohon dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan di bawah RM1,000 bakal akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500. Bayaran ini di jangka akan di laksanakan pada Jun tahun ini.

Baca sepenuhnya di sini : Bantuan Tambahan RM500

GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Ketika Perdana Menteri berucap mengenai program PEMERKASA ini, Kerajaan sedia ada sentiasa komited dan akan terus memberi sokongan memastikan kelangsungan perniagaan khusunya PKS tempatan dan telah bersetuju untuk meneruskan dan melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 dalam masa terdekat ini. Bantuan ini bertujuan agar perniagaan yang sedia ada dapat beroperasi semula seperti biasa.

Baca sepenuhnya di sini : GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

BANTUAN RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR

Menerusi bantuan ini, ianya bakal memanfaatkan seramai 8 juta penerima dari golongan B40 di mana setiap isi rumah akan menerima sebanyak RM300 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan seperti :

  • Pembelian telefon pintar baharu
  • Pembelian peranti baharu
Baca sepenuhnya di sini : BANTUAN RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR

KERJAYAGIG PERKESO

Pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO akan menerima insentif sebanyak RM600 sebulan yang disediakan melalui program KerjayaGig. Insentif ini bakal berlanjutan sehingga tempoh maksimum 6 bulan.

Baca sepenuhnya di sini : KERJAYAGIG PERKESO

PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA 2.0 (RM800)

Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Baca sepenuhnya di sini : PROGRAM PERANTISAN PERKESO

KENAIKAN E-WALLET UNTUK BELIA (RM150)

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 bantuan kredit e-tunai kepada belia yang berkelayakan. 

Menerusi program PEMERKASA, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik program ini dengan meningkatkan jumlah peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna, setiap belia / pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai seperti BigPay, Boost, Shopee dan Touch 'n Go eWallet.

Baca sepenuhnya di sini : e-WALLET RM150

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: 6 INISIATIF YANG ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA
6 INISIATIF YANG ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA
Pemerkasa merupakan satu pakej bantuan yang disediakan oleh kerajaan
https://1.bp.blogspot.com/-mJUlu3uxPfM/YK_Je900ObI/AAAAAAAACHg/qd8NH3fm-VA7RMV0vLydHvoh1GgwhQG1wCLcBGAsYHQ/s640-rw/IMG_20210528_003111.png
https://1.bp.blogspot.com/-mJUlu3uxPfM/YK_Je900ObI/AAAAAAAACHg/qd8NH3fm-VA7RMV0vLydHvoh1GgwhQG1wCLcBGAsYHQ/s72-c-rw/IMG_20210528_003111.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/05/6-inisiatif-yang-anda-boleh-dapatkan.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/05/6-inisiatif-yang-anda-boleh-dapatkan.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content