--> CARA BUAT PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN ONLINE e-KASIH 2021 | MYPORTALKINI!

CARA BUAT PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN ONLINE e-KASIH 2021

Dalam kita menghadapi krisis dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita, Kerajaan sedia ada terus membantu ...


Dalam kita menghadapi krisis dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita, Kerajaan sedia ada terus membantu dan berusaha untuk  menjamin kesejahteraan rakyatnya khususnya mereka yang terjejas pendapatannya dan juga yang kehilangan pekerjaan.

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan daripada beberapa pakej bantuan contohnya seperti, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Prihatin Nasional, PERMAI, dan yang terbaru PEMERKASA.

Untuk kali ini, kami ingin kongsikan mengenai satu lagi bantuan yang memang telah lama wujud yang boleh anda pohon iaitu e-Kasih. Mungkin bantuan ini memang tidak asing lagi bagi anda semua, tetapi apa yang pihak kami lihat melalui media sosial, ramai yang tertanya bagaimana cara untuk memohon.

Ikuti perkongsian di bawah ini mengenai bagaimana cara untuk membuat permohonan baru dan membuat semakan permohonan.


E-KASIH

e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.


CIRI UTAMA E-KASIH

Berikut adalah ciri-ciri utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Penemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan bantuan bagi tahun 2021 adalah berbeza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon.
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) - RM1,500
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) - RM1,000
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :

 

SEMAKAN e-KASIH

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: 

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx


Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.


PERMOHONAN e-KASIH

Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :



PENDAFTARAN e-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
Nota : Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
Butiran KIR dan AIR
  1. Lokasi
  2. Kediaman
  3. Pendidikan
  4. Kemahiran dan pekerjaan
  5. Harta
  6. Kesihatan
  7. Bantuan
  8. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Saya penamat Sitti Aisyah ingin memohon bantuan ekasih bagai mana dan apa aplikasinya atas sebab saya telah dberhenti kan kerja Dr 25.05.2020 hingga la sekarang belum ada kerja lg saya dapat

    ReplyDelete
  2. Saya pesara kerajaan tahun 2009 dan kategori B40 penerima BPN ingin bertanya kenapa saya tidak layak dapat e-kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. saya adalah ibu tunggal yang mempunyai anak yang tidak sah taraf yang kini berusia 4 tahun.. saya bekerja dan menghadapi masalah kewangan sepanjang tempoh mco ini kerana gaji yang saya terima dipotong.. bagaimana cara nya jika saya ingain mendaftar e-kasih.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Asslamualaikum

    Saya syahrol mohon bantuan

    Saya bekerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital hampir rm20 ribu.anak saya minggu lepas menjalani pembedahan buah pinggang.

    Saya mohon ada yg sudi membantu saya.

    Anak saya sejak lahir dari 05.06.2021 dah di sah kan doktor pakar yang anak saya jantung besar,buah pinggang sebelah kanan besar dan sakit ginjan...pada 11.09.2021 saya keje kontraktor T.N.B di semenyih dan isteri saya call dan saya terus balik gombak dan alhamdulilah saya dapat selamatkan ROSSALINSA AQKILLA anak saya...anak saya di tahan di icu kritikal...anak saya menjalani pembedan buah pinggang dan doktor pakar saleha bagi tahu saya dan isteri saya yang saya kena siap kan RM20 RIBU @ RM 35 RIBU dan sekarang dah selesai bedah dan saya perlu bayar RM18 RIBU...saya memang kerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital sebanyak RM18 RIBU...saya mohon pada orang ramai yang dapat membantu saya seadanya demi anak saya...saya hanya mampu mendoa kan orang yang tolong saya demi anak saya ini akan bertambah mudah rezeki dan sihat selalu...saya tidak menipu tapi hanay ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU...

    *DERMA KILAT DAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN*

    Allahuakbar.
    satu perkhabaran yang mengejutkan untuk keluarga kami terima hari ini berita anak abang saya shahrol bin sarbani yang berusia 3bulan telah mengalami komplikasi ginjal kanan ada dua,ginjal kiri ada batu dan terpaksa menjalani pembedahan untuk menebuk lubang bagi mengeluarkan air kencing. Kini adik aqilla menerima rawatan di Hospital

    Marilah kita sama-sama membantu hulurkan derma, infaq, zakat, sedekah bagi meringankan beban keluarga abang saya.

    P/s:- Anggaran kos operation sebanyak 35K
    Diperlukan segera!!! Pada yg ingin menyumbang dan ingin tahu detail boleh hubungi

    Alamat rumah
    No 158 (88) 1b jalan gombak batu 5 gombak 53000 kuala lumpur...

    Syahrol bin sarbani
    Maybank
    164061878494
    @
    Bank islam
    14210024008350

    0166019257

    Saya mohon ada yang dapat membantu saya sikit2 dan hanya ALLAH MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU...

    Saya mohon sangat demi anak saya ROSSALINDA AQKILLA.saya sekarang telah dibuang kerja pada tarikh 11.10.2021 isnin.pada saya lansung tak ada duit nak beli apa pun tak dapat..

    Saya m0h0n..

    Saya memang perlu bantuan duit kerana saya telah di buang kerja pada tarikh 11.10.2021 isnin...saya dah tak ada sumber rezeki untuk anak saya ROSSALINDA AQKILLA yang masih berumur 3 bulan lebih dan masih di dalam hospital...saya mohon sangat...

    ReplyDelete
  5. Bantu lah saya seadanya

    Syahrol bin sarbani
    Maybank
    164061878494
    @
    Bank islam
    14210024008350

    0166019257

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum sy zamri bin ismail asal dari kelantan... sy kerja warung wak leman dsbb pkp... sy hilang pendapatan.selalu 4 bln sy x dapat kerja.alhamdulilah sy boleh makan sekali sehari hanya Allah yg tahu bertapa susah nya kehidupan sy...klu yg ada simpati sy menharap2 kan sgat... sy ingin wang ingin sy hantr kat isteri sy kat kampung...sbb sy skrg baru je dapat kerja baru dlm seminggu...klu ads yg dimpati boleh salur kan ke akaun bsn sy di no 03010 41000 28 5351 zamri bank nasional...semoga jasa baik cik.encik puan hanya Allah yg dapat bls....sy hanya mampu memohon shj

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: CARA BUAT PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN ONLINE e-KASIH 2021
CARA BUAT PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN ONLINE e-KASIH 2021
https://1.bp.blogspot.com/-Qq9SEVcbqc4/YKdcZGdUJBI/AAAAAAAACFw/pDdFEgUWTTMXc-nHBPNCkPx9whgknW2NgCLcBGAsYHQ/s640-rw/IMG_20210521_150719.png
https://1.bp.blogspot.com/-Qq9SEVcbqc4/YKdcZGdUJBI/AAAAAAAACFw/pDdFEgUWTTMXc-nHBPNCkPx9whgknW2NgCLcBGAsYHQ/s72-c-rw/IMG_20210521_150719.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/05/cara-buat-permohonan-baru-dan-semakan.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/05/cara-buat-permohonan-baru-dan-semakan.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content