--> TRAGEDI KAPAL SELAM KRI NANGGALA-402 | MYPORTALKINI!

TRAGEDI KAPAL SELAM KRI NANGGALA-402

Pada waktu awal pagi sebelum subuh, 21 April 2021, Kapal Selam Nanggala 402 bersama 53 kru dalam misi latihan untuk melancarkan peluru terpe...



Pada waktu awal pagi sebelum subuh, 21 April 2021, Kapal Selam Nanggala 402 bersama 53 kru dalam misi latihan untuk melancarkan peluru terpedo di utara lautan Bali, Indonesia telah tiba-tiba terputus komunikasi dan dipercayai hilang.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi sedikit mengenai bagaimana kejadian kehilangan KRI Nanggala-402 boleh berlaku. 


MAKLUMAT MENGENAI KRI NANGGALA-402

Untuk pengetahuan umum, KRI Nenggala ini adalah hasil buatan daripada German yang beratnya dianggarkan 1300 tan, dengan panjangnya 59.5 meter + 6.3meter (tinggi) + 5.5meter (lebar). Ianya dibina pada tahun 1978 dan telah diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981. Ini bermakna usia bagi KRI Nenggala ini adalah 43 tahun.

KRI Nenggala merupakan satu dari aset armada Indonesia dari jenis kapal selam penyerang yang telah dilengkapi dengan senjata torpedo. Dalam usianya 43 tahun, ianya pernah dibaik pulih sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1989 (German) dan kali kedua pada tahun 2012 (Korea Selatan) di mana strukturnya telah diganti beserta sistem penggerak, sonar dan senjata telah dinaik taraf.

Beberapa penganalis menganggap kapal selam jenis KRI Nenggala ini biasanya digunakan untuk tempoh 35-40 tahun sahaja. Walaubagaimanapun, kapal selam jenis ini boleh beroperasi dengan baik dalam kedalaman sehingga 250 meter sehingga 500 meter.


INSIDEN KEJADIAN

Kapal selam KRI Nanggala-402 sedang dalam misi latihan peluru terpedo pada awal pagi 21 April 2.21. Dalam sesi latihan itu, KRI Nanggala-402 membawa seramai 49 Kru Kapal, 3 Pakar Senjata bersama seorang lagi itu Komander Kapal. 

Pada jam 3 pagi waktu tempatan, krew kapal telah meminta kebenaran untuk menyelam pada kedalaman 13 meter untuk meneruskan pelancaran peluru terpedo. Pukul 3.30 pagi, busur kapal selam masih lagi kelihatan oleh kapal pengiring pada jarak 50 meter. 

Antara pukul 3.46 pagi hingga 4.46 pagi, krew kapal selam tidak memberi sebarang respon kepada panggilan yang dibuat. KRI Nanggala-402 gagal untuk timbul kembali seperti yang dijadualkan pada 5.15 pagi. Untuk tempoh itu, tiada sebarang isyarat kecemasan yang dibuat dari kapal selam sepanjang kejadian berlaku.


MISI MENCARI DAN MENYELAMAT

Untuk pengetahuan, oksigen dalam kapal selam hanya bertahan selama 72 jam iaitu sehingga 3 pagi hari sabtu, 24 April. Oleh itu, misi mencari dan menyelamat harus dimulakan secepat mungkin.

Perairan laut Bali boleh mencapai sehingga kedalaman 1500 meter. Kapal selam KRI Nanggala-402 ini mampu menyelam sehingga kedalaman 500 meter, namun pada kedalaman sehinga 600 - 700 meter, kapal selam ini tidak akan mampu menahan tekanan kuat sehingga paras itu. 

Operasi mencari dan menyelamat di dalam lautan amat sukar sekiranya kapal selam ini telah tenggelam ke dasar laut yang paling dalam.

Sebanyak 5 negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan India telah menghantar bantuan secepat mungkin dalam misi menyelamat untuk membantu pasukan tentera Indonesia.

Pada awal misi pencarian oleh pasukan tentera laut Indonesia, tompokan minyak telah dikenalpasti di kawasan perairan 40km dari arah utara Bali. Sebuah kapal laut Indonesia iaitu 'Rigel' juga telah mengesan objek magnetik kuat di dalam kedalaman 50 - 100 meter. Tentera Indonesia menyatakan, kemungkinan kapal selam mengalami kegagalan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan ia tidak dapat untuk membuat sebarang prosedur kecemasan.

Pada 24 April, media melaporkan bahawa Panglima Angkatan Laut Tentera Indonesia, Laksamana Yudo Margono memaklumkan akan adanya penemuan serpihan-serpihan yang kelihatan terapung di perairan Bali yang diyakini dari komponen milik kapal selam KRI Nanggala-402.

Ini membuktikan berlaku keretakan terhadap kapal selam tersebut. Status KRI Nanggala-402 diubah dari kapal selam hilang 'submiss' kepada kapal selam karam 'subsunk' dan semua kru dipercayai telah terkorban.

Kapal penyelamat kapal selam Singapura 'MV Swift Rescue' merupakan aset penting dalam misi menyelamat dan pencarian dilaut dalam.

Kapal MV Swift Rescue

Kapal MV Swift Rescue ini dilengkapi dengan sebuah Submarine Rescue Vehicle (SRV) yang dipanggil sebagai Deep Search and Rescue Six (DSAR 6) di mana ianya boleh menyelam sehingga kedalaman maksimum 800 - 1000 meter. Ianya dikendalikan dengan sistem jarak jauh dan mampu menarik bahagian kapal selam naik ke permukaan.

Pada 25 April 2021, berita telah melaporkan bahawa MV Swift Rescue telah menjumpai KRI Nanggala-402 pada kedalaman 838 meter dalam laut. Ketua Angkatan Laut Indonesia menjelaskan bahawa, kapal selam KRI Nanggala-402 dipercayai telah terbelah dan pecah kepada 3 bahagian.

Berdasarkan Visual yang diperolehi, terdapat bahagia kapal yang masih kukuh dan terdapat bahagia kapal selam yang mengalami keretakan kecil.



KESIMPULAN

Kesimpulannya, tragedi yang berlaku kepada kapal selam KRI Nanggala-402 ini sangat menyayat hati dan menyedihkan terutama sekali kepada kaum keluarga yang terlibat. 

Namun, Kehilangan para perwira negara ini semestinya tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang sebagai satu contoh keberanian individu yang hebat.



Sumber : Al Jazeera/ABC News/Navy News/Harian Metro CNA/BBC


COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: TRAGEDI KAPAL SELAM KRI NANGGALA-402
TRAGEDI KAPAL SELAM KRI NANGGALA-402
https://1.bp.blogspot.com/-U9F85uqnvDY/YJgyOcqgmAI/AAAAAAAACCk/mOpzD_14S0EWo370O-hzqKnW3ncs87TewCLcBGAsYHQ/s16000/IMG_20210510_030302.png
https://1.bp.blogspot.com/-U9F85uqnvDY/YJgyOcqgmAI/AAAAAAAACCk/mOpzD_14S0EWo370O-hzqKnW3ncs87TewCLcBGAsYHQ/s72-c/IMG_20210510_030302.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/05/tragedi-kapal-selam-kri-nanggala-402.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/05/tragedi-kapal-selam-kri-nanggala-402.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content