--> Bantuan PKP 3.0 - Pemerkasa Tambahan | MYPORTALKINI!

Bantuan PKP 3.0 - Pemerkasa Tambahan

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah membuat satu Perutusan Khas bagi Bantuan PKP 3.0 di mana pihak Kerajaan aka...

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah membuat satu Perutusan Khas bagi Bantuan PKP 3.0 di mana pihak Kerajaan akan membuat penambahbaikan melalui program PEMERKASA sebelum ini kepada PEMERKASA TAMBAHAN.

Perkara ini diumumkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) akan mula dilaksanakan bermula esok, 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.  

Terdapat 3 matlamat dalam menjayakan PEMERKASA TAMBAHAN kali ini iaitu :

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Dalam pakej bantuan khas kali ini iaitu PEMERKASA TAMBAHAN, sebanyak RM40 bilion telah di peruntukkan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini.
Ikuti perkongsian di bawah ini.

PEMERKASA TAMBAHAN

Berikut adalah senarai Bantuan PKP 3.0 :

Matlamat 1 : Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Tambahan RM1 Bilion - Bagi meningkatkan kapasiti dan perkukuh kesihatan awam
  • Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.
Matlamat 2 : Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000, akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit.
  • Bagi golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Kerajaan akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
  • Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 bilion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan. Adalah dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.
Matlamat 3 : Menyokong Kelansungan Perniagaan
  • Kadar Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah RM500, bermakna jumlah keseluruhan adalah RM1500.
  • Pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%
  • Bank Negara Malaysia akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak 2 bilion ringgit. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak 7 bilion ringgit.
  • Bantuan Khas secara one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022 serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga bersetuju untuk memperkenalkan semula pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun. SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  • Pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
  • Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa. Selain itu, pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.
  • Sebelum ini melalu pakej PENJANA, Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini, 31 Mei. Sukacita diumumkan Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021.
  • Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan PKP 3.0 - Pemerkasa Tambahan
Bantuan PKP 3.0 - Pemerkasa Tambahan
https://1.bp.blogspot.com/-oANn8n2kI4o/YLUNsMbBqCI/AAAAAAAACIg/EjNeJ2QSUa4lqwtXuxyy3tbBGY2y3lO3ACLcBGAsYHQ/s640-rw/IMG_20210601_002317.png
https://1.bp.blogspot.com/-oANn8n2kI4o/YLUNsMbBqCI/AAAAAAAACIg/EjNeJ2QSUa4lqwtXuxyy3tbBGY2y3lO3ACLcBGAsYHQ/s72-c-rw/IMG_20210601_002317.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/06/bantuan-pkp3.0.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/06/bantuan-pkp3.0.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content