--> Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) | MYPORTALKINI!

Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)

Pada 10 Jun lalu dalam ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa pelaksanaan Bantuan Prihatin Sabah bagi edisi k...

Pada 10 Jun lalu dalam ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa pelaksanaan Bantuan Prihatin Sabah bagi edisi ketiga (BSP 3.0) akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat ini. 

Peruntukan bantuan BSP 3.0 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM154.8 juta. Menerusi jumlah tersebut, sebanyak RM120.5 juta adalah bagi pemberian bantuan secara tunai (one-off) dan RM34.3 juta  pula adalah bagi bantuan berbentuk bakul makanan.

Ikuti perkongsian kali ini mengenai Bantuan Prihatin Sabah 3.0.

BANTUAN PRIHATIN SABAH 3.0

Objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) ini adalah untuk membantu rakyat Sabah khususnya mereka yang terjejas pendapatan kehilangan pekerjaan, perniagaan terpaksa dihentikan dan lain-lain lagi berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini. 

Oleh itu, rakyat Sabah yang tergolong dalam golongan terjejas kini boleh buat semakan status untuk menerima bantuan ini.

KADAR BANTUAN    

Melalui Bantuan Prihatin Sabah 3.0 ini, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak :

  • RM300.00

KATEGORI SASARAN PENERIMA

  • Penerima e-Kasih
  • Miskin Tegar
  • Miskin
  • Anak Yatim
  • Warga Emas
  • Ibu Tunggal
  • Petani
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pemandu Pelancong
  • Pemandu Teksi
  • Penjaja Kecil
  • Usahawan Mikro dan Kotej

SENARAI BANTUAN SABAH PRIHATIN (BSP 3.0)

Dalam pelaksanaan BSP 3.0 ini, Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan beberapa jenis bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak. Antaranya :
  • RM300 (one-off)
  • RM2,000 (pengusaha pelancong)
  • RM1,000 - RM5,000 (Hotel & Penginapan)
  • Pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan untuk pengurusan PPR di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memperuntukan sebanyak RM15.12 juta sebagai bantuan sekali beri kepada 16,153 penjaja kecl dan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan
  • Sebanyak RM500,000 diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Suka bagi membantu seramai 15,000 penerima di bawah Program Bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah
  • Pejabat Tugas-tugas Khas pula akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke universiti awam dan swasta

SEMAKAN KELAYAKAN

Bagi anda yang ingin membuat semakan status kelayakan bagi BSP 3.0 ini, anda boleh berbuat demikian dengan langkah berikut :
  • Sila ke pautan : SEMAK BPS 3.0
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Masukkan Captcha (4 huruf)
  • Semak
Setelah itu, anda akan mendapat satu paparan mengenai status kelayakan hasil daripada semakan yang anda telah buat tadi.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)
Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)
https://1.bp.blogspot.com/-Nd68Cx7QiHo/YNbmKzT0IOI/AAAAAAAACVw/GbdUKEK0PG0_UUPadHeYrLOHPpIfobcEgCLcBGAsYHQ/s640-rw/IMG_20210626_163136.png
https://1.bp.blogspot.com/-Nd68Cx7QiHo/YNbmKzT0IOI/AAAAAAAACVw/GbdUKEK0PG0_UUPadHeYrLOHPpIfobcEgCLcBGAsYHQ/s72-c-rw/IMG_20210626_163136.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/06/semakan-bsp-3.0.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/06/semakan-bsp-3.0.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content