--> Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Untuk Lepasan SPM! | MYPORTALKINI!

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Untuk Lepasan SPM!

Yayasan Bank Rakyat telah menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk pendidikan peringkat tinggi dan Sijil Kemahiran, Diploma,...

Yayasan Bank Rakyat telah menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk pendidikan peringkat tinggi dan Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PH.D) bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Tawaran ini telah bermula pada 14 Jun 2021.

Untuk makluman, tujuan pembiayaan ini disediakan adalah bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan di peringkat IPTA dan IPTS dalam negara.

Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan mengenai semakan syarat kelayakan serta cara memohon melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah ini.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pembiayaan ini akan dibuka mengikut peringkat seperti berikut :

Peringkat Pertama

Peringkat pertama melibatkan pemohonan bagi kemasukan ke pengajian seperti :

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma
Tarikh permohonan bagi peringkat pertama ini ialah :
  • 14 Jun - 30 Julai 2021

Peringkat Kedua

Bagi peringkat kedua pula, ianya melibatkan permohonan bagi kemasukan ke pengajian seperti :
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional
Tarikh permohonan bagi peringkat pertama ini adalah :
  • 14 Ogos - 30 September 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan yang perlu dipenuhi bagi setiap permohonan, antaranya :
  1. Terbuka kepada Rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa, agama dan etnik
  2. Berkelayakan penuh masa di IPTA/IPTS tempatan yang diiktiraf Kerajaan
  3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/ Majlis Lantikan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
  4. Pengajian SEPENUH MASA sahaja
  5. Mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100
  6. Berumur tidak kurang 18 tahun semasa menerima tawaran belajar
  7. Tidak melebihi 30 tahun setelah tamat belajar

KADAR PEMBIAYAAN

Bagi kadar pembiayaan pula adalah seperti berikut :
  • Peringkat Sijil Kemahiran : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan + Yuran Pengajian)
  • Peringkat Diploma : Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) - Yuran Pengajian + Elaun
  • Peringkat Profesional : Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun (Yuran Pengajian + Elaun)
  • Peringkat Sarjana : Maksimum RM12,000 setahun (Yuran Pengajian + ELaun)
  • Peringkat PhD : Maksimum RM55,800 bagi tempoh 2 tahun (RM800 sebulan + Yuran Pengajian)

PEMBAYARAN SEMULA PINJAMAN

Bagi kadar pembayaran semula pinjaman adalah mengikut keputusan CGPA peminjam. Sila rujuk dibawah :

CARA MEMOHON

Setiap permohonan yang hendak dilakukan mestilah mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat dengan langkah-langkah berikut :
  1. Setiap permohonan hendaklah melalui Yayasan Bank Rakyat
  2. Sila pastikan pemohon mempunyai surat tawaran
  3. Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu
  4. Lengkapkan borang permohonan secara online yang disediakan
  5. Cetak dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi
  6. Selepas tutup permohonan, pemohon diminta untuk menjawab beberapa kuiz yang disediakan
  7. Pemohon yang layak akan diumumkan di laman web Yayasan Bank Rakyat dan surat tawaran akan diberikan.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan ataupun mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Pembiayaan Pengajian Boleh Ubah yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat ini, anda boleh berhubung melalui :
Tel : 03 2612 9600
Email : yayasan@bankrakyat.com.my


COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Untuk Lepasan SPM!
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Untuk Lepasan SPM!
https://1.bp.blogspot.com/-q-Cjk3rvGXg/YMjVCFac9AI/AAAAAAAACOU/0R3kuG4eeTkFI9HwoLdTDa0Y8UTb2_V9QCLcBGAsYHQ/s640-rw/IMG_20210616_002708.png
https://1.bp.blogspot.com/-q-Cjk3rvGXg/YMjVCFac9AI/AAAAAAAACOU/0R3kuG4eeTkFI9HwoLdTDa0Y8UTb2_V9QCLcBGAsYHQ/s72-c-rw/IMG_20210616_002708.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/06/yayasan-bank-rakyat-ppbu.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/06/yayasan-bank-rakyat-ppbu.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content