--> JARINGAN PRIHATIN : Bantuan RM180 & RM300 Untuk Anda Sebelum 30 September Ini | MYPORTALKINI!

JARINGAN PRIHATIN : Bantuan RM180 & RM300 Untuk Anda Sebelum 30 September Ini

Sekiranya anda diantara yang belum lagi membuat penebusan sebanyak RM180 & RM300 menerusi pakej Jaringan Prihatin, hanya tinggal 6 hari ...

Sekiranya anda diantara yang belum lagi membuat penebusan sebanyak RM180 & RM300 menerusi pakej Jaringan Prihatin, hanya tinggal 6 hari sahaja lagi untuk anda memanfaatkan bantuan yang di sediakan kerajaan ini.

Terdahulu, tempoh permohonan dan penebusan akan berakhir pada Julai lalu. Namun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi kenyataannya memberitahu bahawa tempoh permohonan program tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 September 2021 ini. 

Melalui program ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi setiap pembelian peranti baru dan RM180 bagi melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara pendaftaran permohonan Program Jaringan Prihatin B40 ini. Ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Program yang berjumlah RM3.5 bilion ini adalah sebuah inisiatif kerajaan yang telah di umumkan ketika pembentanan Belanjawan 2021. Ianya akan memanfaatkan kepada 8.4 juta penerima yang telah berdaftar melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Daripada jumlah keseluruhan, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah 1.5 bilion dalam bentuk data percuma.

Untuk makluman, dalam pelaksanaan program ini, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasama bersama dua belas syarikat yang ada di Malaysia.

KELAYAKAN DAN KADAR BANTUAN

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti ataupun pelan bulanan :

  • Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti : RM300 atau
    Bantuan Untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan : RM180

  • Tiada anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti : RM180 atau
    Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan (RM15/bulan) RM180

12 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Berikut adalah antara 12 syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini : 

KAEDAH PENEBUSAN RM180 & RM300

Berikut adalah cara untuk membuat penebusan Program Jaringan Prihatin :

  1. Semak kelayakan anda di portal rasmi BPR iaitu :
    https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (sila klik link di atas mengikut syarikat telekomunikasi)
  3. Tentukan sama ada anda ingin memilih pakej berikut :
    - Pembelian peranti baharu
    - Pembelian pelan data internet bulanan
  4. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan.
SUMBER : rujukanonline

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Masalahnye pihak telekomunikasi mewajibkan utk mendaftar nombor baharu & dikenakan kontrak selama setahun. Jadi bg sy disini nmpak mcm takde ketelusan dr pihak terbabit. Rakyat dh tertekan dgn keadaad skrg, ttp pihak² yg berkeuntungan ni lg nk menekan rakyat. Harap pihak kerajaan dpt memandang serius dlm perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tuan/puan ini 100%saya sokong,,betul Dan Benar apa yang tuan/puan sampai kan kepada pihak berwajib,,,

      Delete
  2. Sbb itu sy tidak mengambil peluang yg diberikan kerajaan ini. Bagi sy ini bkn satu bantuan ttp satu bebanan pd masa akan dtg.

    ReplyDelete
  3. Nama saya berdaftar dalam golongan ekasih tetapi apabila saya membuat permohonan bantuan kerajaan ,,satu pun saya tidak punya kelayakan ,,sebab ltu saya memohon pihak tertentu sila hapus kan nama saya dalam senarai daftar (Ekasih)

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: JARINGAN PRIHATIN : Bantuan RM180 & RM300 Untuk Anda Sebelum 30 September Ini
JARINGAN PRIHATIN : Bantuan RM180 & RM300 Untuk Anda Sebelum 30 September Ini
https://1.bp.blogspot.com/-ECX7zrZTXR8/YU1lnQhT-oI/AAAAAAAACk0/phQZvka6PJoZoh07nKHPg-2w2C2XnZnqACLcBGAsYHQ/w640-h332/IMG_20210924_134131.png
https://1.bp.blogspot.com/-ECX7zrZTXR8/YU1lnQhT-oI/AAAAAAAACk0/phQZvka6PJoZoh07nKHPg-2w2C2XnZnqACLcBGAsYHQ/s72-w640-c-h332/IMG_20210924_134131.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/09/pakej-jaringan-prihatin.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/09/pakej-jaringan-prihatin.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content