--> Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Daripada JKM. Mohon Sekarang! | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Daripada JKM. Mohon Sekarang!

Pelbagai bantuan yang di sediakan oleh JKM sehingga RM1000

November lalu ketika pembentangan Belanjawan 2021, beberapa jenis bantuan akan dan telah dinaik taraf khususnya untuk rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Antara bantuan yang menjadi tumpuan orang ramai adalah, Kerajaan sedia ada telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan bagi golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) dari segi kadar bantuan akan dinaikkan sehingga RM1,000 berbanding sebelum ini.

Oleh itu, berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan apakah yang pihak kami maksudkan.

BANTUAN SEHINGGA RM1000

Untuk makluman, bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut kategori yang ada. 

Berikut adalah senarai kategori bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang boleh anda mohon :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    Kadar Lama : RM100 - RM400
    Kadar Baru : RM150 - RM1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    Kadar Lama : RM400
    Kadar Baru : RM450
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    Kadar Lama : RM200 - RM500
    Kadar Baru : RM250 - RM500
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
    Kadar Lama : RM100 - RM350
    Kadar Baru : RM100 - RM350
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    Kadar Lama : RM250
    Kadar Baru : RM300
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    Kadar Lama : RM200
    Kadar Baru : RM200

CARA MOHON BANTUAN

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik 'Semak Status Permohonan Talian'
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik 'Semak'

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Duk cerita bantuan2 tulah bantuan Nilah,g Chek xdop pn..CM bpr tambahan posen pn xdop g Chek bgthu dh masuk2 ikotna

    ReplyDelete
  2. Banyak karenah JKM bila mohon..sbb dah mohon bagus tak payah senang cerita.

    ReplyDelete
  3. apa pun tarak....apa yg dikatakan " memastikan tiada rakyat yg tercicir"...
    simple kan....check kwsp pun tau...ada income or tak...detail...check plak...lhdn.....

    kerenah....tu dah cara kerja ...
    from 1st pkp semua opis tutup...bila dah buka....baru 1st day...pemohonan gagal coz dah cukup kuata.....pelik jugak

    ReplyDelete
  4. "Memastikan tiada rakyat yang tercicir"

    ReplyDelete
  5. Dah 19thn kahwin... Masuk tahun ke2 apply rumah kat DBKL.sekarang dah 4anak masih xdapat.last sekali pergi dbkl utk ambil surat yg kemungkinan akan dapat..pegawai ke yg berhormat ke sy xpasti siapa dia dah keluar pergi berkempen pulak ...esok nya Perdana menteri malaysia datuk seri najib kalah pulak. Sy ty tentang surat kelulusan utk sy dpt rumah tu kat mana? Kerani dbkl cakap xtau letak kat mana? Pada hari tu padahal ada org dr Dbkl call srh datang ambil surat tu.. Senang kata
    Kena gerak tulang empat kerat ni juga baru ada makan.anak sy pulak sakit jantung dr lahir ...pergi klinik inr
    Kat ijn...kadang2 seminggu sekali...atau 2minggu sekali.. Kalau merayu pada yg buat check tu dapat la sebulan .. Sekali pergi gerenti rm100..tu pun selalu lebih tarikh ada yg ubat habis da3..4hari br pergi.. Bantuan dapat yg BPR..terima kasih
    Tp musim convid rumah sangkut dah 3bulan..duit kwsp yg dulu2 kerja boleh kluar...2tahun ni guna kwsp yg boleh kluar tu bayar sewa.. Tp sangkut 3bulan yg pkp2. Harap lps ni kalau dah xde LAW yg kalau ada kenal org DALAM baru senang dapat...kena ada kabel... Kawe nk try lagi sekali .... Dgr2 kerajaan loni sgt bagus.. T.sri muyidin kawe tabik spring jiwa rakyat..amin..sekarang perdana menteri yg baru pun nmpak jernih juga air muka dia ..amin.. Moga dipermudahkan....Malaysia ku ...kalau dapat kawe nk gi mengundi buat kali pertama.. Jaga hati biar bersih..
    Kerja biar iklas.. Sama2 membantu..kita rakyat malaysia.politik pun jgn lar main kotor..kalu utk rakyat.. Isyallah demo boleh berjaya... Maaf laa kalu salah tempat kawe merepek ni.teraso susoh jugok wei idup ni ..pasal convid dan politik ni.

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Daripada JKM. Mohon Sekarang!
Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Daripada JKM. Mohon Sekarang!
Pelbagai bantuan yang di sediakan oleh JKM sehingga RM1000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEim1lPvNiobUtqNOXJSYhxd5ygpo0SPU5zziihXdrhvZBoLJ67nlE4gE0UVmY9q95xQE28OBzkJMidLsgX5mnCDMZsEjj2-82eTobjCu5b_J4qsbnUAiZWBCxGviwzHTqV5rQkrOiZ6uRLgPeao24J60npWoChrz2NeQcsAjAe3zLeX5UOp7XPGHKLY=w640-h334
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEim1lPvNiobUtqNOXJSYhxd5ygpo0SPU5zziihXdrhvZBoLJ67nlE4gE0UVmY9q95xQE28OBzkJMidLsgX5mnCDMZsEjj2-82eTobjCu5b_J4qsbnUAiZWBCxGviwzHTqV5rQkrOiZ6uRLgPeao24J60npWoChrz2NeQcsAjAe3zLeX5UOp7XPGHKLY=s72-w640-c-h334
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/10/bantuan-jabatan-kebajikan-masyarakat.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/10/bantuan-jabatan-kebajikan-masyarakat.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content