--> Bantuan Kewangan Sebanyak RM800 Untuk Anda Yang Layak! | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Sebanyak RM800 Untuk Anda Yang Layak!

Adakah anda tahu mengenai bantuan kewangan sehingga RM1,000 sekiranya anda mengikuti program perantisan yang telah disediakan oleh pihak PER...

Adakah anda tahu mengenai bantuan kewangan sehingga RM1,000 sekiranya anda mengikuti program perantisan yang telah disediakan oleh pihak PERKESO ini?

Sebelum ini, Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Namun, program ini telah ditambah baik di mana ianya akan berjalan selama 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi. Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri di mana beliau memperkenalkan satu lagi program yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi maklumat terperinci mengenai Program Perantisan PERKESO dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)

PROGRAM PERANTISAN PERKESO (PEMERKASA)

Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

KADAR BAYARAN & TARIKH PERMOHONAN

Berikut adalah kadar bayaran berserta tarikh permohonan mengikut program :

Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

Tempoh : 3 Bulan
Jumlah Bayaran : RM1,000

Program Perantisan PERKESO (PEMERKASA)

Tempoh : 6 Bulan
Jumlah Bayaran : RM800
Tarikh Permohonan : 1 April 2021

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan Perantisan Asal)

Tempoh : 3 Bulan(Asal) + 3 Bulan(Lanjutan)
Jumlah Bayaran : RM1,000(3 Bulan Pertama) + RM600 (3 Bulan Lanjutan)
Tarikh Permohonan : 15 April 2021

Nota : Untuk makluman, waktu permohonan bagi program ini telah bermula pada April lalu.

SYARAT PERMOHONAN

Beberapa syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk para Majikan dan Perantis membuat permohonan, antaranya seperti berikut :

Majikan

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasa sekolah yang berumur di antara 18 - 30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana PErantis mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
Perantis
  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap

SYARAT KELAYAKAN

Berbeza dengan syarat permohonan yang telah dinyatakan, bagi syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenal pasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
Nota : Bagi syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship) / Pelajar yang masih belum tamat pengajian / Bukan Warganegara Malaysia, mereka ini adalah tidak layak memohon bagi program ini.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah-langkah untuk majikan dan perantis membuat permohonan. Sila ikuti langkah berikut :

Majikan

Perantis

  • Untuk perantis yang ingin membuat permohonan, bolehlah memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/

SOALAN LAZIM

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
  • Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?
  • Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO. 

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
  • Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Sy Ah:
    Asslamualaikum

    Saya syahrol mohon bantuan

    Saya bekerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital hampir rm20 ribu.anak saya minggu lepas menjalani pembedahan buah pinggang.

    Saya mohon ada yg sudi membantu saya..


    *DERMA KILAT DAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN*

    Allahuakbar.
    satu perkhabaran yang mengejutkan untuk keluarga kami terima hari ini berita anak abang saya shahrol bin sarbani yang berusia 3bulan telah mengalami komplikasi ginjal kanan ada dua,ginjal kiri ada batu dan terpaksa menjalani pembedahan untuk menebuk lubang bagi mengeluarkan air kencing. Kini adik aqilla menerima rawatan di Hospital

    Marilah kita sama-sama membantu hulurkan derma, infaq, zakat, sedekah bagi meringankan beban keluarga abang saya.

    P/s:- Anggaran kos operation sebanyak 35K
    Diperlukan segera!!! Pada yg ingin menyumbang dan ingin tahu detail boleh hubungi

    Alamat rumah
    No 158 (88) 1b jalan gombak batu 5 gombak 53000 kuala lumpur...

    Syahrol bin sarbani
    Maybank
    164061878494
    @
    Bank islam
    14210024008350

    0166019257

    Anak saya sejak lahir dari 05.06.2021 dah di sah kan doktor pakar yang anak saya jantung besar,buah pinggang sebelah kanan besar dan sakit ginjan...pada 11.09.2021 saya keje kontraktor T.N.B di semenyih dan isteri saya call dan saya terus balik gombak dan alhamdulilah saya sempat bawak anak saya ke HOSPITAL TUNKU AZIZAH KUALA LUMPUR...anak saya di tahan di icu kritikal...anak saya menjalani pembedan buah pinggang dan doktor pakar saleha bagi tahu saya dan isteri saya yang saya kena siap kan RM20 RIBU @ RM 35 RIBU dan sekarang dah selesai bedah dan saya perlu bayar RM18 RIBU...saya memang kerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital sebanyak RM18 RIBU...saya mohon pada orang ramai yang dapat membantu saya seadanya demi anak saya...saya hanya mampu mendoa kan orang yang tolong saya demi anak saya ini akan bertambah mudah rezeki dan sihat selalu...saya tidak menipu tapi hanay ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU...

    Saya mohon ada yang dapat membantu saya sikit2 dan hanya ALLAH MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU.

    ReplyDelete
  2. Mohon bantuan, sakit strok. 52 thn.
    Maybank: 151203949283 Nazaruddin Adnan Ampang Selangor
    010-210 5169

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Sebanyak RM800 Untuk Anda Yang Layak!
Bantuan Kewangan Sebanyak RM800 Untuk Anda Yang Layak!
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhWxz_AKaNB6Anf4w9fGijxve1mdrvU_7m-3scNSssav2zloVvNJNTg3Y1vZ1GFt2TyTP4syRr8Q8AKv1ZzNdotp51rEy3GZcjI6Tt0LvyUpFO6Fc1VfDkPypaGyc8khszLJZ0wy7LjbGzbPvP0VQPDthzh2HaiYjDcGmKqnDgcvmAK-yEjDh3PuJ4b=w640-h332
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhWxz_AKaNB6Anf4w9fGijxve1mdrvU_7m-3scNSssav2zloVvNJNTg3Y1vZ1GFt2TyTP4syRr8Q8AKv1ZzNdotp51rEy3GZcjI6Tt0LvyUpFO6Fc1VfDkPypaGyc8khszLJZ0wy7LjbGzbPvP0VQPDthzh2HaiYjDcGmKqnDgcvmAK-yEjDh3PuJ4b=s72-w640-c-h332
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/10/bantuan-kewangan-rm800-perantisan.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/10/bantuan-kewangan-rm800-perantisan.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content