--> KISS : Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu Yang Layak | MYPORTALKINI!

KISS : Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu Yang Layak

Dalam menghadapi kemelut ekonomi ketika ini berikutan pandemik Covid-19, pelbagai bantuan telah disalurkan dalam membantu dan menjaga keseja...

Dalam menghadapi kemelut ekonomi ketika ini berikutan pandemik Covid-19, pelbagai bantuan telah disalurkan dalam membantu dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kerajaan negeri juga tidak ketinggalan dalam menghulurkan sumbangan mahupun bantuan bagi membantu agar mereka yang terjejas dapat meneruskan hidup dengan sempurna.

Terkini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak. Maka dengan itu, kerajaan negeri Selangor telah mempekenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Mari kita ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan KISS ini.

KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu dan merupakan sebuah program kebajikan khusus bagi golongan ibu berpendapatan rendah (B40).

Pelaksanaan program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

JENIS BANTUAN

Beberapa jenis bantuan yang boleh didapatkan menerusi program ini, antaranya :

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  4. RM200 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik

PENGGUNAAN KAD KISS

Berikut adalah langkah dalam penggunaan kad KISS :

SENARAI BARANGAN

Dengan penggunaan Kad KISS tersebut, beberapa jenis barangan yang anda boleh dapatkan di pasaraya yang telah berdaftar. Antara barangan seperti :

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Daging, ayam, ikan
  • Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
  • Lampis pakai buang (bayi dan dewasa)
  • Produk tenusu
  • Barangan persekolahan
Rujuk senarai kedai yang telah berdaftar DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  5. Pendapatan isi rumah bulanan RM2,000 dan ke bawah
  6. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Berdaftar dengan eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / Diverifikasi oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan

CARA MOHON

Ibu tunggal yang ingin daftar dan ingin buat permohonan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah disebutkan sebelum ini. 
Sila muat turun boang pendaftaran atau di :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlime / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya
Borang pendaftaran bantuan KISS boleh juga dimuat turun :
MUAT TURUN BORANG KISS 

Sekiranya borang permohonan anda telah lengkap diisi, borang tersebut bolehlah diserahkan ke :
  • Pejabat Ahli Dewan Negeri  
  • Penyelaras Dewan Negeri 
  • Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke web rasmi KISS iaitu https://www.kiss.com.my/


COMMENTS

BLOGGER: 1

Name

BANTUAN,504,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,11,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: KISS : Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu Yang Layak
KISS : Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu Yang Layak
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiuX1Uc75AYuhFsWCPuNHun1bOfGoUUdquFC0dsxzS0zMt1T2PY1BXoCSYEy4h2SklRk8VKk3n5UQearyUjODWB8b9ZpWL_uthRQ13wqTm69jGYq5wUz-4SZh8zOcl0jra8YwUx0GktOazo1-_xD25f8JlGDTNItVdpvBVpGbX6lGxB-lktrEXEDjBO=w640-h334
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiuX1Uc75AYuhFsWCPuNHun1bOfGoUUdquFC0dsxzS0zMt1T2PY1BXoCSYEy4h2SklRk8VKk3n5UQearyUjODWB8b9ZpWL_uthRQ13wqTm69jGYq5wUz-4SZh8zOcl0jra8YwUx0GktOazo1-_xD25f8JlGDTNItVdpvBVpGbX6lGxB-lktrEXEDjBO=s72-w640-c-h334
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/10/kasih-ibu-smart-selangor.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/10/kasih-ibu-smart-selangor.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content