--> 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Anda Mohon! | MYPORTALKINI!

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Anda Mohon!

Tahukah anda, beberapa jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan sekiranya anda merupakan salah seorang pencarum KWSP. Ramai yang mendakwa b...

Tahukah anda, beberapa jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan sekiranya anda merupakan salah seorang pencarum KWSP. Ramai yang mendakwa bahawa, pengeluaran duit caruman KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika umur mencecah 50 tahun.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan walaupun usia anda belum mencecah 50 tahun.

Ikuti perkongsian dibawah apakah 17 jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan melalui duit caruman KWSP anda.

17 JENIS PENGELUARAN KWSP

Pengeluaran KWSP merupakan Pengeluaran Sebelum Persaraan. Sekiranya anda pencarum KWSP, anda dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan sebelum mencapai umur persaraan bertujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan nanti.

Berikut adalah 17 jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh mohon :

1.    Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umu 50 tahun.

Kelayakan Memohon :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli berumur di antara 50 Tahun - 54 tahun
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55

2.    Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun

Pengeluaran kesemua atau sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun.

Kelayakan Memohon : 

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli berumur di antara 55 Tahun - 59 tahun
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55

3.    Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun (Akaun Emas)

Pengeluaran ini adalah perluasan kepada pengeluaran umur 55 tahun sedia ada selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun

Kelayakan Memohon :

  • Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara
  • Mencapai umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP

4.    Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu : Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu.

Bersama : Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteria, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tii, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain atau membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon : 

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunya simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500)

5.    Pengeluaran KWSP Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Kelayakan Memohon :

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima KWSP
  • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP
  • Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan dibuat

6.    Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dilakukan sekiranya :
  • Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  • Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
Kelayakan Memohon :
  • Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia
  • Bukan Warganegara Malaysia (Ekspatriat / Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal
  • Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

7.    Pengeluaran Pendidikan KWSP

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan AKaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.

Kelayakan Memohon :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunya simpanan dalam Akaun 2

8.    Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja bepencen.

Kelayakan Memohon :
  • Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

9.    Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

10.    Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunya simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500)

11.    Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Kelayakan Memohon :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunya simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

12.    Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran KWSP simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bertujuan pembelian atau pembinaan rumah

Kelayakan Memohon :
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan.
  • Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2.
  • Ahli yang layak memohon adalah :
    - Warganegara Malaysia
    - Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 / mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

13.    Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli penama / waris / pentadbir pusakan / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ahli KWSP

Kelayakan Memohon :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia

14.    Pengeluaran Kesihatan

Untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan

Kelayakan Memohon : 
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

15.    Pengeluaran Haji

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.
Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

16.    Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Ianya adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

17.    Pengeluaran Perumahan PR1MA

Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP ahli serta caruman bulanan di masa hadapan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP di 

Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi: Isnin - Jumaat (8:00 Pagi - 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor

COMMENTS

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Anda Mohon!
17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Anda Mohon!
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhz3Ih-VwIVvRQVZ9qEjzyHdIe2-fVKW6UJanPCZ2wJshAPOADVPyYjrofQQSoc_WGfWjicochBJv__lz-kmR9jK7ID9M7KRefKGfN0qTqGM99brwvN4a1u8gIKBJW6vfqV_ZOBlEgSk5qrKkTjCfTusJrrmKYBjoF3kn6K4I6cyM3aLJmnJQUfNjTm=w640-h330
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhz3Ih-VwIVvRQVZ9qEjzyHdIe2-fVKW6UJanPCZ2wJshAPOADVPyYjrofQQSoc_WGfWjicochBJv__lz-kmR9jK7ID9M7KRefKGfN0qTqGM99brwvN4a1u8gIKBJW6vfqV_ZOBlEgSk5qrKkTjCfTusJrrmKYBjoF3kn6K4I6cyM3aLJmnJQUfNjTm=s72-w640-c-h330
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/17-pengeluaran-kwsp.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/17-pengeluaran-kwsp.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content