--> Bantuan Awal Persekolahan : Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Pelajar | MYPORTALKINI!

Bantuan Awal Persekolahan : Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Pelajar

Ketahui syarat kelayakan bagi memohon bantuan awal persekolahan sebanyak rm150

Dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 tadi. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ sebentar tadi.

Antara bantuan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 nanti iaitu, Bantuan Awal Persekolahan dan bantuan tersebut telah dinaikkan kadarnya. 

Ikuti perkongsian dibawah mengenai beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang telah diumumkan sebentar tadi.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar pada bajet 2022 kali ini iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Menurut Tengku Zafrul, dalam pelaksanaan program Bantuan Awal Persekolahan pada tahun ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM450 juta dan akan memanfaatkan seramai 3 juta murid-murid yang layak dimana mereka masing-masing akan menerima sebanyak :

  • RM150 (Tahun 2022) - One-off
  • RM100 (Tahun 2021)
Ini bermakna, terdapat kenaikan sebanyak RM50 bagi Bantuan Awal Persekolahan pada sesi 2022 nanti.

"Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi setiap murid dari mendapat Bantuan Awal Persekolahan ini adalah seperti berikut :
  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

KAEDAH BAYARAN

Pelajar yang layak mendapat bantuan ini akan dibayar terus melalui Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat dengan kaedah :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

CARA MOHON

  • Untuk makluman ibubapa, sebarang permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan ini, anda tidak perlu lagi melakukannya. Ini kerana, pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan ini, bergantung kepada syarat kelayakan anda.

  • Mana-mana murid yang layak untuk mendapat bantuan ini, satu lampiran borang akan di beri yang perlu ibu bapa lengkapkan.

SOALAN LAZIM

Bantuan ini khusus untuk siapa?
  • Bantuan ini khusus untuk murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.
  • Keluarga berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 ke bawah.

Berapakah kadar bantuan ini?

Kadar bantuan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM150.00 bagi seorang murid.

Anak saya seramai 3 orang dan masih bersekolah, adakah mereka semua layak untuk menerima?

Layak. Semuanya bergantung kepada syarat kriteria yang telah di tetapkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Persekolahan ini, anda bolehlah merujuk ke pautan ini : https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Awal Persekolahan : Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Pelajar
Bantuan Awal Persekolahan : Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Pelajar
Ketahui syarat kelayakan bagi memohon bantuan awal persekolahan sebanyak rm150
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhuhEweEKwBzozKB-hUVwBEqisM0BW8X_GllF1i8AudTy7J32pYWTxs8c6R_w3OE9qKCS5_pUjGmf-3lflNpgwR5xJGEOlx8Jfho02hFfFp8sspuuj1Ir7scJM6CqsV-AoxbREpWZ6W0670RnFUgU3Zeu3mk9V7uqaAG98OTwFUe6KLRYIB89NjHt-W=w640-h332
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhuhEweEKwBzozKB-hUVwBEqisM0BW8X_GllF1i8AudTy7J32pYWTxs8c6R_w3OE9qKCS5_pUjGmf-3lflNpgwR5xJGEOlx8Jfho02hFfFp8sspuuj1Ir7scJM6CqsV-AoxbREpWZ6W0670RnFUgU3Zeu3mk9V7uqaAG98OTwFUe6KLRYIB89NjHt-W=s72-w640-c-h332
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-awal-persekolahan.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-awal-persekolahan.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content