--> Bantuan Kanak-kanak : Mohon Bantuan Bulanan Sehingga RM1000 | MYPORTALKINI!

Bantuan Kanak-kanak : Mohon Bantuan Bulanan Sehingga RM1000

  Sekiranya anda mempunyai anak, jangan lepaskan peluang ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak...

 

Sekiranya anda mempunyai anak, jangan lepaskan peluang ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 November tahun lalu, kadar bantuan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini akan di naikkan sehingga maksimum RM1,000 untuk satu keluarga keseluruhan. Ianya bergantung kepada jumlah anak yang ada.

Menterinya, YB DS Rina binti Mohd Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), telah mengumumkan dan mengesahkan tentang bantuan ini dalam sebuah hantaran di Halaman rasmi Facebook beliau. Sila rujuk pautan ini untuk melihat pengumuman beliau :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=120558629765269&id=103755237920920

TUJUAN UTAMA BKK

Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BANTUAN BKK

Berikut adalah kadar Bantuan Kanak-Kanak pada tahun sebelumnya dan kadar bantuan pada tahun ini 2021.

Jumlah Bantuan Lama

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika bilangan anak melebihi 4 orang

Jumlah Bantuan Baharu (2021)

  • Kanak-Kanak berumur antara 7 tahun sehingga 18 tahun (RM150 / bulan)
  • Kanak-Kanak berumur antara 6 tahun dan ke bawah ( RM200 / bulan)
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :
  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang "Datar Permohonan Atas Talian"
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah  isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang "keputusan"

Langkah 2 (Manual - Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

DOKUMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatang Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat.

Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

COMMENTS

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kanak-kanak : Mohon Bantuan Bulanan Sehingga RM1000
Bantuan Kanak-kanak : Mohon Bantuan Bulanan Sehingga RM1000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhJHSlO7FXlIbJeZGFA-LvHM6SGkSgh95ngELKMN7oNUUFncN9ODIsWOrRQolrytRXMvvUyicqM1SIrreqhG_pu9xcWOQl221BT1VlhyzUtDIVNWJ9AENq9ED8jlCuxpAfU-bpMpMA3ZU89eQXM87Kepsk5EmMY_uy4dg_9u-wNtnxNzBXlyNXxk8j7=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhJHSlO7FXlIbJeZGFA-LvHM6SGkSgh95ngELKMN7oNUUFncN9ODIsWOrRQolrytRXMvvUyicqM1SIrreqhG_pu9xcWOQl221BT1VlhyzUtDIVNWJ9AENq9ED8jlCuxpAfU-bpMpMA3ZU89eQXM87Kepsk5EmMY_uy4dg_9u-wNtnxNzBXlyNXxk8j7=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-kanak-kanak.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-kanak-kanak.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content