--> Bantuan Keluarga Malaysia : Semak Kelayakan Dan Cara Memohon Bantuan Hingga RM2500 | MYPORTALKINI!

Bantuan Keluarga Malaysia : Semak Kelayakan Dan Cara Memohon Bantuan Hingga RM2500

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang k...

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.

Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ.

Sebelum ini, pihak kami ada mengongsikan maklumat ringkas mengenai salah satu bantuan yang terkandung dalam Bajet 2022 dan akan dilaksanakan pada tahun 2022 nanti iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 

Seperti yang dijanjikan, kali ini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
     
  3. Bujang
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
     

PERMOHONAN BKM

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan. 

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM

Seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM, tempoh pengemaskinian maklumat ataupun permohonan baharu BKM ini boleh dibuat bermula :

  • 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Walaubagaimanapun, tiada lagi maklumat yang dikeluarkan mengenai tarikh rasmi bayaran BKM ini akan dilaksanakan.
Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman mengenainya dari semasa ke semasa.

COMMENTS

BLOGGER: 9
  1. Tlong sy....sy x layak menerima apa2 bantuan kerajaan,kerana tiada surat nikah n cerai yg sah,sy ada 6ank,smua bantuan yg sy pohon ditolak atas disebabkn gagal adakn surat nikah yg sah(mlysiq)dulu sy nikah di thailand n bcerai pn cm tu je..

    Mohon ada sesiapa yg boleh tolong...

    ReplyDelete
  2. Pergi ke LHDN.bawa semua surat2 anak2 dan sebarang bukti yg ada.LHDN kan bantu anda.Inshallah

    ReplyDelete
  3. Harap ada laa Bantuan buat sy sekeluarga.. Memang sy Penerima GKP.. Tapi sy hanya Peniaga2 Jalanan jer dan mempunyai 4 0rang anak.. Sy bukan peniaga besar y Kerajaan sangka kan.. Sudah laa BPR x dapat.. BKC p0n x dapat.. Harap ada laa perubahan pada tah0n hadapan buat sy sekeluarga dari Kerajaan.. Kalau bt0ll Kerajaan skarang Kerajaan Prihatin Rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh dpt GKP mmg BPR atau BKC takkan dpt kak/bang terima kasih..

      Delete
  4. Salam...sya mohon bantuan...anak sya yag lahir 05.06.2021 menghidapi sakit buah pinggang sebelah kanan dan sakit ginjal..saya telah di buang kerja pada bulan lepas dan duit belanja langsung tak ada..sya mohon bantuan BKP tiada dalam rekod..sya telah di halau dari rumah sewa..saya tiada rumah untuk anak isteri saya duduk..sya mohon bantuan anda semua..sya mohon ada yang sudi mebantu sya seadanya..sya mohon demi anak sya ROSSALINDA AQKILLA yang baru lahir ini dah menghidapi sakit buah pinggang dan ginjal..saya mohon sangat ada yang sudi bantu saya demi anak saya..

    Maybank
    164061878494
    Syahrol bin sarbani

    ReplyDelete
  5. LHDN Tolong la fikir sikit pada orang2 kampung macam saya ni..KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM 1Januari2022...Macam ni mati la..kerajaan dh keluar kan peruntukan apa lagi yg tak kena..ni la akibat nye klu buat kerja hanya pikir kan periuk nasi sendiri..

    ReplyDelete
  6. Kenapalah mohon bantuan kebajikan masyarakat tak layak. Sedangkan suami oku (stroke) , warga emas, ic 501210085803 mempunyai anak angkat umur 4 th.
    Perbelanjaan semua ditanggongan isteri bekerja sebagai kerani.
    Macam2 bantuan kerajaan umumkan tak layak dan tiada dlm rekod.
    Dimana kami perlu buat rujukan

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Keluarga Malaysia : Semak Kelayakan Dan Cara Memohon Bantuan Hingga RM2500
Bantuan Keluarga Malaysia : Semak Kelayakan Dan Cara Memohon Bantuan Hingga RM2500
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiXvp_oyoUIDMgWzwmHEnf-A_AvT2cosXg_EGCLDwxOlNGDZSIw_-RdE_pOeUDMGy-5MyTFVRKVZzijjozsd4KWBbeefOOC9vFVBA1OengDAN5K-TPVWVRlsnos44YwPueUwv69-wsFRnI-FCW2eFmvktTdhtC3Frjy4PWmV4fHGpbJ3-Kbbg6t1vwD=w640-h334
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiXvp_oyoUIDMgWzwmHEnf-A_AvT2cosXg_EGCLDwxOlNGDZSIw_-RdE_pOeUDMGy-5MyTFVRKVZzijjozsd4KWBbeefOOC9vFVBA1OengDAN5K-TPVWVRlsnos44YwPueUwv69-wsFRnI-FCW2eFmvktTdhtC3Frjy4PWmV4fHGpbJ3-Kbbg6t1vwD=s72-w640-c-h334
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-keluarga-malaysia.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-keluarga-malaysia.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content