--> Bantuan Kewangan Sebanyak RM50 Sehari Untuk Anda Yang Layak! | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Sebanyak RM50 Sehari Untuk Anda Yang Layak!

Pada November lalu telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan bagi tahun 2022 dimana pelbagai inisiatif kerajaan yang bakal dilaksanakan p...

Pada November lalu telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan bagi tahun 2022 dimana pelbagai inisiatif kerajaan yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan dalam membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Rakyat Malaysia yang terjejas ekoran Covid-19 yang melanda ketika ini tidak ketinggalan dalam mendapat bantuan dari segi kewangan dimana pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif khusus untuk mereka yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia.

Namun, adakah anda tahu mengenai satu bantuan kewangan dimana skim ini akan memberi takaful perlindungan secara percuma dari segi kewangan sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari sekiranya anda telah dikuarantin disebabkan Covid-19. Skim yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Masyarakat MySalam.

Oleh itu, perkongsian kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat permohonan bagi memudahkan anda untuk memohon. Ikuti perkongsian dibawah.

MySALAM

MySalam merupakan salah satu inisiatif dan usaha kerajaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika masih menjadi Perdana Menteri pada tahun 2019. Melalui skim bantuan ini, kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima yang berumur diantara 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan.

Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.  Di bawah skim ini, kerajaan akan menyediakan bantuan maksimum RM700 bagi golongan B40 sekiranya mereka telah dikuarantin disebabkan Covid-19.

KADAR BANTUAN

Sekiranya anda telah dikuarantin (diwad / dirumah) disebabkan Covid-19, anda layak memohon bantuan kewangan MySalam ini pada kadar :

  • RM50 Sehari (sehingga 14 hari)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat yang telah di tetapkan bagi setiap permohonan iaitu :

  1. Penerima bantuan Bantuan Sara Hidup
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun, dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari bagi pesakit yang kritikal.

SEMAKAN MySALAM

Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Sila layari web rasmi MySalam iaitu : 
    https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan 'No Kad Pengenalan'
  3. Klik ' Semak'
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan

CARA MOHON DAN MEMBUAT TUNTUTAN

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan melalui proses ini iaitu :

  • Secara Online
  • Secara Manual

Berikut adalah cara-caranya :

Secara Online

  • Log masuk di :
    https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Sekiranya anda belum berdaftar, sila klik 'Log Masuk Kali Pertama' dan ikuti arahan seperti yang diarahkan
  • Pengesahan nombor telefon akan dihantar. Jika nombor telefon anda sudah tidak digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka melakukan 'reset' kata laluan anda. Setelah itu, anda boleh masukkan kata laluan baru.
  • Selepas itu, sila kemaskini maklumat yang diminta dan muatnaik dokumen yang diperlukan

Secara Manual

Sekiranya anda ingin memohon dan membuat tuntutan secara manual anda boleh :

  • Kunjungi mana-mana kiosk MySalam berhampiran
  • Sila sertakan salinan kad pengenalan dan boran Annex 14 & 17
  • Serahkan segala dokumen yang berkait untuk memudahkan proses tuntutan anda

    MAKLUMAT LANJUT

    Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam ini, anda boleh berhubung melalui :

    Telefon : 1-300-88-8938

    COMMENTS

    BLOGGER: 1

    Name

    BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
    ltr
    item
    MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Sebanyak RM50 Sehari Untuk Anda Yang Layak!
    Bantuan Kewangan Sebanyak RM50 Sehari Untuk Anda Yang Layak!
    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjdd79AhIGaweCTfeL00944qjbn9UWLNnUGc0HGv6SRxSe-uCHupb_N6PmZghYdPfR52JFetUatLsVZeTW7r1KtnPGX3AtcR2imkr4BYX22puK5ki6HTVEBUiyj7Q-u9aUuJrzPEBijbZbVwDZpMNgiMlLVhrDazoan9B8R1R_A_WlePZoRYXLGbx6R=w640-h332
    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjdd79AhIGaweCTfeL00944qjbn9UWLNnUGc0HGv6SRxSe-uCHupb_N6PmZghYdPfR52JFetUatLsVZeTW7r1KtnPGX3AtcR2imkr4BYX22puK5ki6HTVEBUiyj7Q-u9aUuJrzPEBijbZbVwDZpMNgiMlLVhrDazoan9B8R1R_A_WlePZoRYXLGbx6R=s72-w640-c-h332
    MYPORTALKINI!
    https://www.myportalkini.com/2021/11/my-salam.html
    https://www.myportalkini.com/
    https://www.myportalkini.com/
    https://www.myportalkini.com/2021/11/my-salam.html
    true
    1955679485912668094
    UTF-8
    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content