--> Proses Dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Pendidikan KWSP | MYPORTALKINI!

Proses Dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Pendidikan KWSP

Pada artikel sebelum ini, kami ada berkongsi kepada anda mengenai 17 jenis pengeluaran KWSP  yang anda boleh mohon walaupun usia anda belum ...

Pada artikel sebelum ini, kami ada berkongsi kepada anda mengenai 17 jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh mohon walaupun usia anda belum mencecah 50 tahun.

Pengeluaran KWSP merupakan Pengeluaran Sebelum Persaraan. Sekiranya anda pencarum KWSP, anda dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan sebelum mencapai umu persaraan bertujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan nanti.

Kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai satu pengeluaran KWSP yang anda boleh mohon walaupun usia anda belum mencecah 50 tahun iaitu, Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan.

Ikuti pekongsian dibawah bagaimana proses pengeluaran dan syarat kelayakan untuk pengeluaran KWSP Pendidikan.

PEMOHON PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

 Pengeluaran ini meliputi :

  • Ahli KWSP
  • Anak Kandung Ahli KWSP
  • Anak Tiri Ahli KWSP
  • Anak Angkat Ahli KWSP

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak KWSP bagi tujuan pengeluaran Pendidikan ini. Antaranya adalah :

  • Ahli bertaraf warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan
  • Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan - pengajian peringkat diploma atau setaraf

    (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)

  • Sedang belajar di institusi dalam negara

    (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais)

    ATAU

    Institusi luar negara

    (program sepenuh masa)

  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan

Nota : 
  • Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan. Antaranya :

  • Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Salinan dokumen pengeluaran diri sekiranya pemohon bukan Warganegara Malaysia
  • Maklumat Akaun Bank. 
    Anda boleh bawa bersama buku akaun bank, penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan sebagai bukti bahawa akaun anda sah dan masih aktif
  • Borang KWSP 3 (pindaan) bagi kes dimana pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter atau permohonan dilakukan melalui pos.

Nota : Terdapat beberapa lagi dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak KWSP dalam permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan ini. Anda boleh rujuk Senarai Semak Dokumen Pendidikan di : Senarai Semak Dokumen  

DOKUMEN TAMBAHAN

Pengeluaran kali pertama dan ke dua memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli dan anak ahli. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan. Berikut diantaranya :

Diri Sendiri

Bagi pengeluaran seterusnya pula adalah seperti berikut :

Untuk Ahli

Untuk anak ahli, permohonan boleh di buat sebagai individu atau bersama ibu bapa  :

Pengeluaran kali pertama

Bagi pengeluaran seterusnya pula


SUMBER : KWSP PENDIDIKAN

KAEDAH PEMBAYARAN

Sekirany permohonan anda berjaya, bayaran pengeluaran anda akan dilakukan dengan cara :

Bayaran Dalam Negara

  • Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
  • Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

PERINGATAN PENTING!

Beberapa peringatan penting yang anda perlu ketahui bagi memudahkan proses permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan anda iaitu :

  1. Mengesahkan Dokumen Anda
    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
  2. Pastikan Bank Panel Anda
    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli : Bank Panel KWSP
  3. Hantar ke KWSP
    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel :
    KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

    Karung Berkunci No. 220
    Jalan Sultan
    46720 Petaling Jaya,

    Selangor, Malaysia

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP Pendidikan ini, anda boleh rujuk di sini untuk info lengkap :
RISALAH PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP

Moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Proses Dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Pendidikan KWSP
Proses Dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Pendidikan KWSP
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjQApdDDHQFDVEQH--nA5ZOJIJcqxfyWU2YIZ5RheI8Caw0kWp3aF1QBEnyM4pkS0QG8reTFVb760c1S16bixyLL7I9OXtNsP1BGE4H3r_HvDtCUsgr-pJJFvBy7DU9VBYE8vY8qHb-Gl7tY5tPGBFwkYmdHcRUyjGE6IeRFQP7jLSZ5C-W84QBbLb4=w640-h334
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjQApdDDHQFDVEQH--nA5ZOJIJcqxfyWU2YIZ5RheI8Caw0kWp3aF1QBEnyM4pkS0QG8reTFVb760c1S16bixyLL7I9OXtNsP1BGE4H3r_HvDtCUsgr-pJJFvBy7DU9VBYE8vY8qHb-Gl7tY5tPGBFwkYmdHcRUyjGE6IeRFQP7jLSZ5C-W84QBbLb4=s72-w640-c-h334
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/pengeluaran-pendidikan-kwsp.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/pengeluaran-pendidikan-kwsp.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content