--> PeKa B40 : Semakan Kelayakan Dan Pendaftaran Bagi Perlindungan Kesihatan Kini Di BUKA! | MYPORTALKINI!

PeKa B40 : Semakan Kelayakan Dan Pendaftaran Bagi Perlindungan Kesihatan Kini Di BUKA!

Selain skim MySalam, terdapat satu lagi skim bantuan yang anda boleh mohon sekiranya anda diantara individu yang mengalami masalah dari segi...

Selain skim MySalam, terdapat satu lagi skim bantuan yang anda boleh mohon sekiranya anda diantara individu yang mengalami masalah dari segi kesihatan iaitu Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40).

Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda apa manfaat sekiranya anda layak menerima bantuan melalui skim PeKa B40 ini. Ikuti perkongsian dibawah.

PeKa B40

Objektif utama PeKa B40 ini diwujudkan adalah untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus kepada penyakit yang tidak berjangkit (NCD).

Selain itu, PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, dikenali sebagai kumpulan B40.

MANFAAT PeKa B40

Sekiranya anda layak bagi menyertai skim PeKa B40 ini, terdapat 4 manfaat yang anda akan perolehi iaitu :

  1. Saringan Kesihatan PERCUMA
  2. Bantuan Alat Perubatan
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  4. Insentif Tambang Pengangkutan

Berikut adalah perincian ringkas mengenai 4 manfaat di atas :

Manfaat 1 : Bantuan Saringan Kesihatan

Syarat Kelayakan :

  • Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang berdaftar pada tahun 2019 . 
  • Berumur 50 tahun dan ke atas
Sekiranya individu tersebut ingin membuat saringan kesihatan, beberapa hal yang perlu dilakukan iaitu :
  • Hanya perlu membawa MyKad 
  • Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan 
  • Tiada bayaran dikenakan  
  • Tidak perlu berpuasa

Saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta yang berdekatan dan berdaftar dengan PeKa B40 (mempunyai pelekat PeKa B40) dan juga di mana-mana klinik Kesihatan Kerajaan.

Senarai Saringan Kesihatan :

Berikut adalah senarai saringan kesihatan yang boleh didapatkan antaranya :

  • Pemeriksaan kesihatan :
    • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan. 
    • pemeriksaan fizikal 
    • saringan kesihatan mental 
    • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko tinggi 
  • Pemeriksaan Makmal
    • ujian sel darah 
    • ujian kawalan gula dalam darah 
    • ujian paras kolesterol 
    • ujian air kencing 
    • ujian fungsi buah pinggang
Nota : 
  • Saringan hanya boleh dibuat sekali sahaja untuk setiap penerima yang layak selagi peruntukan mencukupi. 
  • Setelah menjalankan saringan semasa lawatan pertama, maklumat penerima telahpun direkodkan. Sampel darah serta air kencing akan dihantar ke makmal swasta untuk dilakukan ujian yang ditetapkan. 
  • Sekiranya penerima PeKa B40 pergi ke klinik yang lain untuk menjalankan saringan sekali lagi, proses tersebut tidak akan dapat diteruskan berdasarkan rekod sedia ada.

Manfaat 2 : Bantuan Alat Perubatan

Syarat Kelayakan :

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mendapat Manfaat 2 ini :

  • Telah melakukan saringan kesihatan (Manfaat 1).
  • Hanya menerima rawatan di hospital KKM sahaja.
  • Disahkan keperluan oleh doktor KKM yang merawat.
  • Alat perubatan yang dipohon tersenarai dalam 10 kategori dalam skim PeKa B40

Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.

Senarai Bantuan Alat Perubatan 

Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di hospital KKM iaitu :

  • Stent untuk jantung 
  • Alat sendi tiruan 
  • Alat bantuan pendengaran 
  • Perentak jantung 
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang 
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota 
  • Kanta mata intraokular 
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator 
  • Bantuan sokongan nutrisi 
  • Kerusi roda
Bagi mendapatkan bantuan alat perubatan ini, individu tersebut haruslah membuat permohonan terlebih dahulu :
  • Permohonan Bantuan Alat Perubatan adalah melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Kementerian Kesihatan sahaja.
  • Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan dan untuk mengesahkan apakah peralatan perubatan yang memerlukan bantuan.

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Syarat Kelayakan :

  • Telah melakukan saringan kesihatan (Manfaat 1)
  • Dirawat di hospital KKM sahaja.
  • Permohonan mesti dilakukan oleh doktor KKM sahaja. 

Jenis Kanser yang layak untuk mendapatkan insentif ini adalah seperti :
  • Semua jenis kanser, termasuk kes kanser berulang dan yang sedang menjalani rawatan.
  • Tidak termasuk kes kanser yang telah lepas/sembuh, telah tamat rawatannya dan yang tidak memerlukan rawatan. 

Nota : Insentif ini Memerlukan permohonan, maklumbalas dan pengesahan doktor atau pakar perubatan yang merawat di hospital KKM sahaja.

Nilai Insentif

  • Jumlah insentif adalah sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di hospital Kementerian Kesihatan seperti mana saranan doktor yang merawat. 
  • Tidak merangkumi rawatan tradisional dan alternatif.
  • Akan diberikan dalam dua (2) peringkat: 
    •  Peringkat pertama - RM300, apabila permohonan diterima daripada hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan.
    • Peringkat kedua - RM700, setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan kanser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat.

Kaedah Penerimaan Insentif

  • Wang insentif tersebut akan dikreditkan secara terus kepada akaun bank yang telah didaftarkan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH). 
  • Pastikan penerima PeKa B40 memberi nombor akaun yang tepat dalam pangkalan data BSH.

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

Syarat Kelayakan :

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mendapatkan insentif tambang pengangkutan iaitu :

  • Hanya penerima PeKa B40 yang mendapat Manfaat (2) Bantuan Alat Perubatan atau Manfaat (3) Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sahaja yang layak secara automatik.
  • Telah melakukan saringan kesihatan (Manfaat 1)
  • Hanya melibatkan Hospital KKM sahaja dan diberi untuk membantu menampung kos perjalanan bagi urusan rawatan sahaja.
  • Penerima belum menggunakan kesemua insentif yang diberikan. 
  • Selagi peruntukan untuk PeKa B40 masih ada.

Had maksimum bantuan yang boleh diterima:

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

SEMAKAN KELAYAKAN

Untuk makluman anda, tiada sebarang pendaftaran yang perlu dilakukan bagi mendapatkan manfaat skim PeKa B40 ini.

Untuk memastikan yang anda layak bagi menyertai skim yang ditawarkan ini, anda boleh membuat semakan kelayakan anda di pautan ini :

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

MAKLUMAT LANJUT

Sila ke pautan ini untuk mengetahui klinik yang mengikuti skim PeKa B40 ini :

https://bms.pekab40.com.my/provider

Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:

TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)

EMEL
info@protecthealth.com.my
pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my
spikpa@protecthealth.com.my

ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/

MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: PeKa B40 : Semakan Kelayakan Dan Pendaftaran Bagi Perlindungan Kesihatan Kini Di BUKA!
PeKa B40 : Semakan Kelayakan Dan Pendaftaran Bagi Perlindungan Kesihatan Kini Di BUKA!
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh_W9mpt43sISN5hAOmKl9bBWtjSbju7e5OSBbeqigC-yhizU2y07IgExN4k4EqghJvD2FDzZoFgIuvg0S_C91C7CBIWSYqz5Wqaa6DP8zUFeq_QaLpyvLnld-nM7RPHcng99_7tg9uOtgtZjy-jvFxvkxq9M0_ZxCrEQsvEkYlPN_T0-Ler-GL61OV=w640-h282
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh_W9mpt43sISN5hAOmKl9bBWtjSbju7e5OSBbeqigC-yhizU2y07IgExN4k4EqghJvD2FDzZoFgIuvg0S_C91C7CBIWSYqz5Wqaa6DP8zUFeq_QaLpyvLnld-nM7RPHcng99_7tg9uOtgtZjy-jvFxvkxq9M0_ZxCrEQsvEkYlPN_T0-Ler-GL61OV=s72-w640-c-h282
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/11/skim-peduli-kesihatan-peka-b40.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/11/skim-peduli-kesihatan-peka-b40.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content