--> Cara Mohon Bantuan Kematian Sehingga RM2500 | MYPORTALKINI!

Cara Mohon Bantuan Kematian Sehingga RM2500

Pada artikel sebelum ini, pihak kami ada mengongsikan beberapa pengeluaran yang anda boleh pohon melalui akaun 1 KWSP anda walaupun usia and...

Pada artikel sebelum ini, pihak kami ada mengongsikan beberapa pengeluaran yang anda boleh pohon melalui akaun 1 KWSP anda walaupun usia anda belum mencecah 60 tahun.

Namun, ramai yang tidak tahu mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga ada menyediakan satu bantuan dimana anda, atau ahli terdekat anda boleh menuntut wang bantuan sebanyak RM2500 sekiranya melibatkan kematian ahli keluarga terdekat anda. 

Ikuti perkongsian dibawah mengenai maklumat terperinci bantuan ini.

BANTUAN KEMATIAN RM2500

Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada "orang tanggungan ahli" yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Sekiranya ahli KWSP tersebut telah meninggal dunia, simpanan KWSP mereka merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang sekaligus ianya dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Pihak KWSP menggalakkan ahli KWSP agar membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat dapat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan ahli KWSP juga akan  di pertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Kematian :

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli

APA ANDA PERLUKAN

  • Dokumen

    • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
    • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati - NamaSimati)
    • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
    • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))
    • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
    • Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
    • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
    • SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
    • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
    • Borang PerakuanTanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)

  • Penamaan

    • Siapa Yang Boleh Memohon?
      - Penama (Warganegara Malaysia / PR)
      - Berumut 18 tahun dan ke atas
    • Apa yang boleh dikeluarkan?
      - Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat.
    • Apa yang anda perlu tahu?
      - Ahli Beragama Islam : Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.
      - Ahli Bukan Beragama Islam :  
      Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.

  • Tanpa Penamaan

    • Siapa yang boleh memohon?
      - Ahli Telah Berkahwin : Balu / duda ahli, anak-anak atau (penjaganya), ibu bapa, adik beradik, atau Pentadbir Pusaka
      - Ahli Belum Berkahwin : Ibu bapa, adik beradik atau Pentadbir Pusaka
    • Apa yang boleh di keluarkan?
      Nota : Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.

CARA PEMBAYARAN

Sekirany permohonan anda berjaya, bayaran pengeluaran anda akan dilakukan dengan cara :

Bayaran Dalam Negara

  • Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
  • Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

PERINGATAN PENTING!

Beberapa peringatan penting yang anda perlu ketahui bagi memudahkan proses permohonan pengeluaran KWSP Pendidikan anda iaitu :

  1. Mengesahkan Dokumen Anda
    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
  2. Pastikan Bank Panel Anda
    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli
    Bank Panel KWSP
  3. Hantar ke KWSP
    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel :
    KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
    Karung Berkunci No. 220
    Jalan Sultan
    46720 Petaling Jaya,
    Selangor, Malaysia

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP Pendidikan ini, anda boleh rujuk di sini untuk info lengkap :
RISALAH TUNTUTAN BANTUAN KEMATIAN

Moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Cara Mohon Bantuan Kematian Sehingga RM2500
Cara Mohon Bantuan Kematian Sehingga RM2500
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhAtxfqwr93JLwSjJTW9NdKg3c0QNdVrjC5nMiBmv47bsHQ-pmRNJvgJMfODlzyj-rLNjtaBeU5PZa38kCB0nQZxxWNBTOISNvdJa93hPlIcJLlrXh0PgGQmR0PjbIR0z7Gr0XFH23nsU9_k9BpL9OXq03-wl6C78pLmE5aZG-pitR4fWOk-NQ1Ntzn=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhAtxfqwr93JLwSjJTW9NdKg3c0QNdVrjC5nMiBmv47bsHQ-pmRNJvgJMfODlzyj-rLNjtaBeU5PZa38kCB0nQZxxWNBTOISNvdJa93hPlIcJLlrXh0PgGQmR0PjbIR0z7Gr0XFH23nsU9_k9BpL9OXq03-wl6C78pLmE5aZG-pitR4fWOk-NQ1Ntzn=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/12/bantuan-kematian-sehingga-rm2500.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/12/bantuan-kematian-sehingga-rm2500.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content