--> Panduan Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia | MYPORTALKINI!

Panduan Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Istimewa untuk anda yang masih belum memiliki rumah sendiri. Kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memberi perlind...

Istimewa untuk anda yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memberi perlindungan dan menjamin kesejahteraan hidup khususnya buat Keluarga Malaysia yang terjejas dan kehilangan tempat tinggal kesan daripada penularan Covid-19.

Oleh itu, Kerajaan telah menyediakan satu inisiatif untuk anda yang belum memiliki rumah sendiri dengan memohon Rumah IKRAM KPKT (Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia) kerana tempoh permohonannya kini telah di BUKA!

Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai Rumah IKRAM KPKT ini.

RUMAH IKRAM KPKT

Rumah IKRAM KPKT ini diwujudkan adalah usaha Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

OBJEKTIF RUMAH IKRAM KPKT

Objektif utama KPKT dalam mewujudkan Rumah IKRAM KPKT ini adalah untuk :

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang telah kehilangan tempat tinggal akibat Covid-19.
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

SENARAI PROJEK

Projek yang terlibat dalam program Rumah IKRAM KPKT ini adalah :

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

KADAR SEWA BULANAN

Kadar sewa bulanan Rumah IKRAM KPKP ini adalah serendah :

  • RM124 Sebulan
  • Tempoh sewaan sehingga 2 tahun

CIRI-CIRI RUMAH IKRAM KPKT (PPR)

Berikut adalah ciri-ciri Rumah IKRAM KPKT (PPR):

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan :

  • Golongan B40 yang terkesan akibat Covid-19
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun keatas
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapat isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, bolehlah membuat permohonan secara atas talian melalui web rasmi KPKT iaitu :


Dokumen Sokongan Permohonan

Berapa dokumen sokongan yang diperlukan dalam membuat permohonan. Sila rujuk gambarajah di bawah :


MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda bolehlah berhubung terus melalui :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03-8891 4475
Email: teduh@kpkt.gov.my
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Tel: 03-8891 4200

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Panduan Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
Panduan Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgY-h4rxoyDwpsedygllNo266JGSY1lufj06xpDiT9-8CBBFcoB1ooAUF3PlZ12rlXxs8JOpJEWmh5PPmDqyQWAbp2zyHg-4L6PGCHmkYb-sAf0Yt99mHQxMtFuL8pbmxyOL-x0XjOS1csl2d71DDrdMeb6x1JdkcBLGoJkG2-zIyMtH1Cy3c-hL_yf=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgY-h4rxoyDwpsedygllNo266JGSY1lufj06xpDiT9-8CBBFcoB1ooAUF3PlZ12rlXxs8JOpJEWmh5PPmDqyQWAbp2zyHg-4L6PGCHmkYb-sAf0Yt99mHQxMtFuL8pbmxyOL-x0XjOS1csl2d71DDrdMeb6x1JdkcBLGoJkG2-zIyMtH1Cy3c-hL_yf=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/12/panduan-permohonan-rumah-ikram-keluarga.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/12/panduan-permohonan-rumah-ikram-keluarga.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content