--> Mohon Bantuan Bulanan RM600 Sebelum 1 Januari 2022 | MYPORTALKINI!

Mohon Bantuan Bulanan RM600 Sebelum 1 Januari 2022

Ingin diingatkan kepada anda, salah satu bantuan menerusi program PEMERKASA dimana permohonan bantuan ini bakal berakhir pada 31 DISEMBER 20...

Ingin diingatkan kepada anda, salah satu bantuan menerusi program PEMERKASA dimana permohonan bantuan ini bakal berakhir pada 31 DISEMBER 2021.

Oleh itu, kepada anda yang belum tahu ataupun ingin membuat permohonan, jangan lepaskan peluang ini, kerana bantuan sebanyak RM600 akan diberikan sekiranya anda LAYAK! Hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi permohonan akan DITUTUP!  

Bantuan apa yang kami maksudkan? Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

KERJAYAGIG PERKESO

Pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO akan menerima insentif sebanyak RM600 sebulan yang disediakan melalui program KerjayaGig. Insentif ini bakal berlanjutan sehingga tempoh maksimum 6 bulan.

Insentif ini bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas pendapatannya disebabkan penularan wabak Covid-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun mereka yang telah kehilangan pekerjaan.

Bagi platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja pula, sebanyak RM200 (one-off) akan diberikan bagi setiap pengambilan pekerja.

Nota : Untuk makluman anda, KerjayaGig PERKESO ini adalah kesinambungan daripada insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerja 2.0 untuk individu yang mengambil pekerja jangka pendek sehingga memperoleh pekerja sepenuh masa.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan bagi individu yang bekerja sendiri, antaranya adalah :

  1. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan telah diberhentikan kerja
  3. Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)
  4. Berumur diantara 18-60 tahun

KADAR BAYARAN

  • RM600 sebulan sehingga tamat tempoh 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.
  • Insentif berjumlah RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar di bawah PERKESO.

TARIKH PERMOHONAN

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, tarikh untuk anda memohon telahpun dilanjutkan bermula :

  • Tarikh buka : 15 Julai 2021
  • Tarikh akhir : 31 Disember 2021
Join Channel Telegram Rasmi Kami Dengan Meng-klik pautan di bawah :

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua Kategori yang boleh anda pohon melalui Program KerjayaGig ini iaitu :

  • Kategori : Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  • Kategori : Orang Bekerja Sendiri (OBS)
Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan :

Kategori : Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  1. Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  3. Sebarang permohonan hendaklah di hantar melalui sistem PenjanaKerjaya
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja
  5. Majikan akan terima pembayaran dalam masa 30 hari
Kategori : Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan
  3. OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya bagi menerima bayaran
  4. OBS hendaklah menghantar permohonan secara bulanan melalui sistem PenjanaKerjaya iaitu : https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
  5. OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen penting yang diperlukan dalam setiap permohonan :

  • Borang pengesahan pekerjaan yang telah ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
  • Maklumat akaun bank individu yang bekerja sendiri
  • Dokumen yang berkaitan berserta bukti yang telah dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru saja diambil.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk lebih lanjut dan sebaranya pertanyaan mengenai Program KerjayaGig PERKESO ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian : 
Tel : 1-300-22-8000
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Kalau kerja kampung layak ke kalau borang permohonan penerima ada.boleh mohon ke

    ReplyDelete
  2. Saya dah bersara dan pencen sebanyak RM 370 je sebulan. Adakah saya layak memohon tanpa mengambil kira gaji isteri saya memandangkan isteri adalah tanggungjawab saya untuk memberinya nafkah. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak mendaftar,saya ada daftar perkeso dan dah di berhntikan kerja

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Mohon Bantuan Bulanan RM600 Sebelum 1 Januari 2022
Mohon Bantuan Bulanan RM600 Sebelum 1 Januari 2022
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhGjGCB_QspKgFFWGz5mpyI6n7P6QSQ7qNN1KI0IaBybHFGYzrab4d6CVMCMb7QGyaPscGegdhsXVLr89FtP0DOl6xUt3DPefPp6ybv1XXXsJ9U79aKJPBAFqGZnqdctCXS7PWMI6-zor65cq9h8VRLuEeC9mJwVZArDN0FgshAOa25OoyH_ZU7B5Q8=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhGjGCB_QspKgFFWGz5mpyI6n7P6QSQ7qNN1KI0IaBybHFGYzrab4d6CVMCMb7QGyaPscGegdhsXVLr89FtP0DOl6xUt3DPefPp6ybv1XXXsJ9U79aKJPBAFqGZnqdctCXS7PWMI6-zor65cq9h8VRLuEeC9mJwVZArDN0FgshAOa25OoyH_ZU7B5Q8=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/12/permohonan-bantuan-kewangan-rm600.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/12/permohonan-bantuan-kewangan-rm600.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content