--> Senarai Bantuan Di Bulan Disember | MYPORTALKINI!

Senarai Bantuan Di Bulan Disember

2021 kini berada di penghujungnya di mana kita kini berada di bulan terakhir iaitu Disember. Sejak pandemik Covid-19 hadir ke negara kita, m...

2021 kini berada di penghujungnya di mana kita kini berada di bulan terakhir iaitu Disember. Sejak pandemik Covid-19 hadir ke negara kita, memang tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan akibat penularan wabak tersebut sehinggakan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan orang ramai tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Bermula dari awal Januari 2021 lagi, pelbagai inisiatif bantuan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sehinggalah ke hari ini bagi menjaga kesejahteraan dan memberi sokongan ekonomi rakyat yang terkesan khususnya.

Namun, adakah anda tahu apakah jenis bantuan yang akan dilaksanakan pada Disember ini? Ada beberapa lagi jenis bantuan yang akan diberikan seperti dijanjikan sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa jenis bantuan kerajaan yang akan diberikan pada bulan Disember ini.

SENARAI BANTUAN DISEMBER 2021

Berikut adalah senarai beberapa bantuan yang akan dilaksanakan sepanjang Disember ini untuk semua kategoti golongan :

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

BKC adalah bantuan yang telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri sebelum ini ketika kerajaan pada waktu itu terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 berikutan penularan Covid-19 meningkat.

Bayaran BKC akan melalui 3 fasa bayaran dan akan dikreditkan secara berperingkat. Untuk pengetahuan anda semua, bayaran BKC kini telah melalui 2 fasa bayaran dimana fasa pertama telah mula dilaksanakan pada Oktober lalu.

Kategori penerima :

  • Miskin Tegar / B40 / M40 - Termasuk bujang
Pada Disember ini, bayaran bagi fasa ketiga akan dilaksanakan. Berikut adalah kadar bayaran :
  • Miskin Tegar : RM300
  • Isi Rumah B40 : RM300

Program Prihatin Kasih

Sebelum ini melalui pakej PEMERKASA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar melalui program Prihatin Kasih.

Menerusi program ini, ianya akan memanfaatkan sebanyak 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara di mana penerima yang layak akan mendapat bantuan barangan dapur dan disalurkan secara tanpa tunai melalui penggunaan MyKad sahaja. Dan perlu diingatkan, program Prihatin Kasih ini bakal berakhir pada hujung Disember nanti. Sila klik pautan dibawah untuk maklumat sepenuhnya :

Bantuan Bernilai RM300 Program Prihatin Kasih

Elaun Mencari Kerja (SIP PRIHATIN 2.0)

Sekiranya anda telah berdaftar melalui platform MYFutueJobs bagi tujuan untuk mencari pekerjaan, anda akan menerima elaun sebanyak :

✔ RM300 (untuk tempoh 2 bulan)

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima :

✔ RM400 (one-off)

i-Citra KWSP

Selain i-Sinar ataupun i-Lestati, i-Citra merupakan salah satu inisiatif KWSP dalam memberi kemudahan kepada ahlinya melakukan pengeluaran simpanan mereka sehingga RM5000.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, ahli yang lulus permohonannya akan menerima bayaran i-Citra bagi bulan Disember ini bermula 1 Disember dan akan diberikan secara berperingkat.

Bantuan Kanak-Kanak JKM

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 November tahun lalu, kadar bantuan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini akan di naikkan sehingga maksimum RM1,000 untuk satu keluarga keseluruhan. Ianya bergantung kepada jumlah anak yang ada.

Berikut adalah kadar bantuan secara bulanan yang akan diberikan kepada yang layak :

  • Umur 7 - 18 tahun : RM150 seorang
  • Umur 6 tahun ke bawah : RM200 seorang
  • Maksimum RM1000 untuk setiap keluarga
Untuk ketahui syarat kelayakan dan cara untuk memohon, sila klik pautan di bawah :

Bantuan Warga Emas JKM

Untuk makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan khas untuk Warga Emas secara bulanan.

Objektif utama bantuan untuk Warga Emas ini disediakan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bantuan Warga Emas :

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • Tambahan RM150 menjadi RM500 seorang setiap bulan
Untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara untuk memohon, sila ke pautan di bawah :

Sekian beberapa ringkasan mengenai beberapa senarai bantuan yang akan dilaksanakan pada bulan Disember ini yang perlu anda ketahui.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Senarai Bantuan Di Bulan Disember
Senarai Bantuan Di Bulan Disember
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgQlY7JNDvHMDQc8p5uNnMIfdARVXR78d0IcP60Sh-usMq82FCda3vF53vLy7UguReBkoTQSpdio7tC_SRaD9sgVeXU-TtMr4DlygN1IIyedNWje9xHTq13GBlknqrbN_vn3c_zQELMGUT0ZarHgVQw1C6zgK-R4coQDu4OR9zXcs6SLq8ByDJYCdnR=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgQlY7JNDvHMDQc8p5uNnMIfdARVXR78d0IcP60Sh-usMq82FCda3vF53vLy7UguReBkoTQSpdio7tC_SRaD9sgVeXU-TtMr4DlygN1IIyedNWje9xHTq13GBlknqrbN_vn3c_zQELMGUT0ZarHgVQw1C6zgK-R4coQDu4OR9zXcs6SLq8ByDJYCdnR=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2021/12/senarai-bantuan-di-bulan-disember.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2021/12/senarai-bantuan-di-bulan-disember.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content