--> Senarai Bantuan Sehingga RM2500 Yang Boleh Anda MOHON Di Tahun 2022 | MYPORTALKINI!

Senarai Bantuan Sehingga RM2500 Yang Boleh Anda MOHON Di Tahun 2022

Dalam mengharungi pandemik global ini, negara-negara sedunia terpaksa mengurus dua beban duka, menyelamat nyawa sejagat dan mempertahan ikti...

Dalam mengharungi pandemik global ini, negara-negara sedunia terpaksa mengurus dua beban duka, menyelamat nyawa sejagat dan mempertahan iktisad.

Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa menjamin kesejahteraan rakyatnya, mereka tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat Malaysia dan sentiasa komited dalam terus membantu agar kesejahteraan hidup kita sentiasa terjamin. mPelbagai jenis bantuan telah diberikan dan selesai dilaksanakan contohnya seperti BPR, BKC, GKP, BPN dan banyak lagi. 

Oleh itu, berikut adalah SENARAI BANTUAN DI TAHUN 2022 YANG BOLEH ANDA MOHON. Ikuti perkongsian di bawah ini.

SENARAI BANTUAN 2022

Oktober lalu, telah berlangsungnya Pembentangan Belanjawan 2022. Dengan peruntukan yang terbesar dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion, pelbagai jenis bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun itu nanti bagi meliputi bantuan jenis tunai langsung dan kebajikan rakyat Malaysia. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Berikut adalah senarai lengkap bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 nanti :

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:

  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)*: RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350

Program eStart

Meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

  • RM 150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia

PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Membekalkan sebuah tablet kepada anak kepada penerima BKM yang menuntut di IPT - sekurang-kurangnya peringkat diploma atau SKM4.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/perantisiswa-bantuan-tablet-percuma.html

Bantuan Awal Persekolahan

Mengurangkan beban ibu bapa / penjaga bagi tujuan persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka dengan bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 secara one-off.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-awal-persekolahan.html

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Bantuan Kanak-Kanak

Membantu keluarga/penjaga keperluan kepada anak/kanak-kanak yang tiada penjaga supaya terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelansungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kenaikan kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga sebulan kepada:

  • RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; atau
  • RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

Bantuan Orang Tua (Warga Emas)

Kenaikan kadar Bantuan Orang Tua daripada RM350 sebulan kepada RM500 untuk Membantu Warga Emas untuk meneruskan kelansungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/bantuan-warga-emas.html

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Kenaikan kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada RM400 kepada RM450 sebulan sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/jkm-orang-kurang-upaya.html

Bantuan AM

Bantuan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti

  • RM100 sebulan/seorang; atau
  • Maksima RM450 bagi keluarga yang mempunyai lebih 4 orang kanak-kanak

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kenaikan kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan ke Institusi.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/jkm-orang-kurang-upaya.html

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)

Kenaikan kadar Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) daripada RM350 kepada RM500 sebulan untuk membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/jkm-orang-kurang-upaya.html

mySalam

Skim mySalam akan diperluas kepada semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2021/11/my-salam.html

Program MyKasih Kapital

Untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah. Merangkumi bantuan asas modal perniagaan, bimbingan serta latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.

Baca sepenuhnya : https://www.myportalkini.com/2021/11/mykasih-kapital.html

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri

  • Membiayai subsidi sebanyak RM20,000 seunit, di samping kemudahan pembiayaan serta yuran pengurusan kepada pemohon
  • Pemilikan rumah kediaman untuk 3,000 unit rumah

Program Subsidi Upah (5.0)

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 

Mana-mana pemohon yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan tunai secara bulanan sebanyak RM600 untuk tempoh 3 bulan.

Untuk memohon : https://www.myportalkini.com/2022/01/program-subsidi-upah-5.0.html

Program Baucar Perlindungan Tenang

Penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insuran komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022

Elaun Mencari Pekerjaan

Kerajaan akan meneruskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada:

  • Pencarum PERKESO - elaun 80% bagi gaji bulan pertama, 50% bagi gaji bulan kedua hingga keenam dan 30% bagi gaji tiga bulan terakhir
  • Bukan pencarum PERKESO - elaun RM300 untuk tempoh 3 bulan

Perluasan i-Saraan

Melalui inisiatif i-Saraan Kerajaan mencarum sebanyak 15% daripada caruman sukarela yang dibuat oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum RM250 setahun. Inisiatif ini akan diperluaskan kepada mereka yang berumur antara 55-60 tahun

Insentif Khas Alatan Bantuan Mengajar

Bantuan one-off RM100 kepada guru-guru di bawah KPM untuk membeli peralatan mengajar untuk sesi persekolahan Tahun 2022.

Inisiatif Pendidikan Anak-anak BumiPutera

Peruntukan kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera antaranya di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju

  • Peruntukan ini disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma, selain usaha melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Itulah dia beberapa jenis bantuan yang boleh anda mohon pada tahun 2022 ini yang sempat kami kongsikan. Kami akan kongsikan sekiranya terdapat bantuan-bantuan lain.

Moga di tahun 2022 ini, negara kita Malaysia akan kembali normal daripada bencana dan akan bertambah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga dengan kehidupan kita hendaknya.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Senarai Bantuan Sehingga RM2500 Yang Boleh Anda MOHON Di Tahun 2022
Senarai Bantuan Sehingga RM2500 Yang Boleh Anda MOHON Di Tahun 2022
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjyKq1bcmvpZ63m4LfKBV52opdEQ1Dw47Mmu8qg5qPRmCMZpVOVWFJN0YjgnNB1t_Ucmkn0awyj1RWdZKeLGbYAqno222tBBEnj9ObtsyxQ_vluOSehaYxuYpHm0v8HGlwYlhiFBtydjfaDIz0gGt8VLWNtD88-wsLeycFyEfbVg_y0DVkLXX691hwd=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjyKq1bcmvpZ63m4LfKBV52opdEQ1Dw47Mmu8qg5qPRmCMZpVOVWFJN0YjgnNB1t_Ucmkn0awyj1RWdZKeLGbYAqno222tBBEnj9ObtsyxQ_vluOSehaYxuYpHm0v8HGlwYlhiFBtydjfaDIz0gGt8VLWNtD88-wsLeycFyEfbVg_y0DVkLXX691hwd=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/01/senarai-bantuan-sehingga-rm2500-yang.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/01/senarai-bantuan-sehingga-rm2500-yang.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content