--> Tarikh Dan Jadual Penuh Bayaran BKM 2022 | MYPORTALKINI!

Tarikh Dan Jadual Penuh Bayaran BKM 2022

Adakah anda telah membuat pemohonan baru dan mengemaskini maklumat BKM anda? Ingin di ingatkan, tempoh untuk membuat  PERMOHONAN BARU  dan m...

Adakah anda telah membuat pemohonan baru dan mengemaskini maklumat BKM anda? Ingin di ingatkan, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda kini telah di BUKA bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022.

Baru-baru ini, makluman mengenai tarikh bayaran BKM 2022 telahpun di maklumkan. Makluman lain mengenainya, bayaran BKM 2022 itu nanti akan melalui 4 fasa bayaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.

TARIKH & JADUAL BAYARAN BKM 2022

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :

Fasa 1 (Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

Fasa 2 (Jun 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan

Fasa 3 (September 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

Fasa 4 (Disember 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
Nota : 
  • Merujuk pada jadual diatas, bayaran bagi kategori Bujang hanya akan melalui 2 Fasa sahaja iaitu bulan Mac dan September sahaja.
  • Tarikh rasmi bayaran BKM 2022 ini belum lagi dinyatakan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
     
  3. Bujang
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
     

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Tarikh haribulan masuk disahkan bila ?

    ReplyDelete
  2. Dh nk masuk sekolah ni.... Bila nk dpt bkm ye...

    ReplyDelete
  3. Org dh tau dh bulan 3 lani org nk tau bila tarikh hari bln duit msuk yg tu ja apa yg bongok sgt kerajaan mcm hampa ni

    ReplyDelete
  4. Dah semak kat bank, masih tiada kemasukan BKM..

    ReplyDelete
  5. Kami nak tahu bila tarikh BKM ini masuk ??? Mintak jelaskan apa yang pending lama sgt ni

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,504,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,11,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Tarikh Dan Jadual Penuh Bayaran BKM 2022
Tarikh Dan Jadual Penuh Bayaran BKM 2022
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjy2eSo_STtpANRBYb2wrL0BGkodEUN1fDLK6XPdPYRiTOi1gUjsEPgAeAxnOct7M-ctEFmyKv662PtONJcrnJeTA91e4ccddE7nwQmaCvYkkB8dU05jBJu31ULa5NRkGOvs5L54iRhK_aHxiSGfC8b53FK9AA0IaJTDtLYHLFyxgg7DRwOXEBPBnhI=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjy2eSo_STtpANRBYb2wrL0BGkodEUN1fDLK6XPdPYRiTOi1gUjsEPgAeAxnOct7M-ctEFmyKv662PtONJcrnJeTA91e4ccddE7nwQmaCvYkkB8dU05jBJu31ULa5NRkGOvs5L54iRhK_aHxiSGfC8b53FK9AA0IaJTDtLYHLFyxgg7DRwOXEBPBnhI=s72-w640-c-h360
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/01/tarikh-dan-jadual-penuh-bayaran-bkm-2022.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/01/tarikh-dan-jadual-penuh-bayaran-bkm-2022.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content