--> Permohonan Bantuan Pengajian IPT Sehingga RM2000 Kini Di BUKA | MYPORTALKINI!

Permohonan Bantuan Pengajian IPT Sehingga RM2000 Kini Di BUKA

Istimewa untuk para pelajar negeri Terengganu! Sekiranya anda ataupun anak anda yang masih melanjutkan pelajaran di Intitusi Pengajian Tingg...

Pengajian IPT MAIDAM

Istimewa untuk para pelajar negeri Terengganu!
Sekiranya anda ataupun anak anda yang masih melanjutkan pelajaran di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara, permohonan bagi bantuan Zakat IPT Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (MAIDAM) kini telah di BUKA!

Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui syarat kelayakan, panduan memohon berserta kadar bantuan sekiranya anda layak.

BANTUAN PENGAJIAN IPT

Objektif utama ini adalah bertujuan untuk :
  1. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  2. Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 
  3. Membuktikan keprihatinan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan Pengajian IPT (MAIDAM) ini telah dibuka bermula :
  • 16 FEBRUARI - 16 MEI 2022
Pelajar yang berkElayakan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh seperti yang dinyatakan diatas.

KADAR BANTUAN

Syarat Khusus Bantuan Am Diploma & Ijazaz Sarjana Muda

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja. 
  2. Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG). 
  3. Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa. 
  4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:
    • DIPLOMA : RM800 (3 Tahun)
    • IJAZAH SARJANA MUDA : RM1000

Syarat Khusus Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja. 
  2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin sahaja. 
  3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain. 
  4. Kadar bantuan :
    • SIJIL : RM600 (2 Tahun)
    • SARJANA : RM1500 (3 Tahun)
    • PHD : RM2000 (5 Tahun)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam permohonan Bantuan IPT (MAIDAM) ini. Antaranya adalah :
  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran. 
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka. 
  3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara. 
  4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri. 
  7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu. 
  8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan Bantuan IPT (MAIDAM) ini :

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi 
  2. Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/ Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar negara. 
  3. Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 
  4. Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD. 
  5. Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA). 
  6. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. 
  7. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah. 
  8. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga. 
  9. Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat pengajian Sarjana dan PHD. 
  10. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut. 
  11. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan). 
  12. Slip permohonan.

KAEDAH MEMOHON 

Berikut adalah kaedah / cara untuk melakukan permohonan :

  1. Permohonan boleh dilakukan secara online melalui web rasmi iaitu : 
    http://yp.maidam.gov.my/iptonline/
  2. Isi maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul
  3. Setelah permohonan selesai, borang pengesahan bagi permohonan hendaklah di CETAK.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan
  5. Sekiranya telah lengkap, borang permohonan tersebut hendaklah dihantar ke alamat berikut :
    YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM
    Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
    Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu
    Emel : info @ypmaidam.my

INFO TAMBAHAN

Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Permohonan Bantuan Pengajian IPT Sehingga RM2000 Kini Di BUKA
Permohonan Bantuan Pengajian IPT Sehingga RM2000 Kini Di BUKA
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiSOrq9tL378lz3NrrX_1JxrgLGtNeceiy1F0iOtmg4Xh2oLUFkLg5oi36LR-hUXhc_sMYmAnssU50L0JTOxW_EYdIgTxibgmpHdPV_xKCkpX9sOUQFyrwwMYdSvw_DXFsiiJRduh1C6FGvBmGlDou6sHlOUx6Q3JvBoJ8YWENLUqokH9J6zQMkey1j=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiSOrq9tL378lz3NrrX_1JxrgLGtNeceiy1F0iOtmg4Xh2oLUFkLg5oi36LR-hUXhc_sMYmAnssU50L0JTOxW_EYdIgTxibgmpHdPV_xKCkpX9sOUQFyrwwMYdSvw_DXFsiiJRduh1C6FGvBmGlDou6sHlOUx6Q3JvBoJ8YWENLUqokH9J6zQMkey1j=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/02/bantuan-pengajian-ipt-maidam.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/02/bantuan-pengajian-ipt-maidam.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content