--> Cara Mohon Pengeluaran KWSP Bayar Ansuran Rumah | MYPORTALKINI!

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Bayar Ansuran Rumah

Khas untuk ahli KWSP. Anda boleh membuat Pengeluaran bertujuan bayar ansuran bulanan untuk rumah anda kini boleh dilakukan.

pengeluaran kwsp bayar ansuran rumah

Dengan keadaan ekonomi rakyat Malaysia ketika ini yang tidak menentu terutama golongan yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19, sudah pasti ianya menjadi beban dalam menampung kos kehidupan seharian.

Membayar ansuran bulanan, bukanlah satu perkara mudah khususnya untuk ketua isirumah dalam membayar ansuran rumah, kereta, keperluan harian dan macam-macam lagi.

Dalam usaha untuk meringankan beban, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan agar kita hidup selesa dan sempurna. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki komitmen bulanan seperti membayar ansuran rumah, pihak KWSP telah membenarkan anda untuk membuat pengeluaran bertujuan untuk bayaran ansuran rumah anda.

Bagaimana cara untuk membuat pengeluaran tersebut? Kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenainya. Ikuti perkongsian dibawah.

PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Pihak KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bertujuan untuk membantu para pencarumnya yang terkesan atau terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu ketika ini.

Ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya 6 bulan atau sehingga masalah kewangan telah selesai.

SYARAT KELAYAKAN

Ahli KWSP yang ingin memohon hendaklah memenuhi kriteria kelayakan seperti di bawah :
  1. Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Berumur dibawah 55 tahun
  3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki sebanyak RM600 di dalam Akaun 2
  4. Membeli / membina sebuah rumah kediaman*
  5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**
  6. Ansuran bulanan telah bermula

*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

JUMLAH PENGELUARAN

Terdapat kategori bagi pengeluaran kemudahan ini iaitu :

Pengeluaran Individu

  • Jumlah baki pinjaman perumahan
  • Kesemua simpanan di dalam Akaun 2
  • Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama 6 bulan*

Pengeluaran Bersama

  • Jumlah baki pinjaman perumahan
  • Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon
  • Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama 6 bulan*
*Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran :

  • Bayaran bulanan dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan/semasa anda
  • Jika anda ada akaun simpanan yang aktif dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
  • Anda akan diberi cek jurubank jika bayaran ke akaun anda gagal

DOKUMEN PERMOHONAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :

  1. Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  3. Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)*
  4. Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  5. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  6. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

PERKARA PEMOHON PERLU TAHU!

Mana-mana ahli KWSP yang ingin memohon, beberapa perkara yang perlu anda tahu, iaitu :

  1. Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
  2. Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Jika lebih dari satu pemberi pinjaman terlibat, surat tebus hutang akan di banding dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak dikeluarkan. Anda tidak layak memohon jika pinjaman asal telah selesai.
  3. Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  4. KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
  5. Bagi pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan di bayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
  6. Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
  7. Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa
  8. Untuk pengeluaran berikutnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
  9. Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
  10. Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan
  11. Sekiranya semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk lebih lanjut dan terperinci, sila rujuk risalah di bawah :

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Bayar Ansuran Rumah
Cara Mohon Pengeluaran KWSP Bayar Ansuran Rumah
Khas untuk ahli KWSP. Anda boleh membuat Pengeluaran bertujuan bayar ansuran bulanan untuk rumah anda kini boleh dilakukan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEinn_aNBuKqZY29-7pNqdy_hmkVcN-Dv78xnjvx3uO1EV27crFJu9s9YPydP4nfWaollELgKFdOHTAKJgF_ONZ4z8ohD4CnT0BDUnNslA-jyd9IU4WXfbtkOwH-tb0awsCcrV6SORjIe-noQ5fY3byfrbEqjXW_JM1-IY5PdDGAKMKpeIqvKYJC7J0G=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEinn_aNBuKqZY29-7pNqdy_hmkVcN-Dv78xnjvx3uO1EV27crFJu9s9YPydP4nfWaollELgKFdOHTAKJgF_ONZ4z8ohD4CnT0BDUnNslA-jyd9IU4WXfbtkOwH-tb0awsCcrV6SORjIe-noQ5fY3byfrbEqjXW_JM1-IY5PdDGAKMKpeIqvKYJC7J0G=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/02/pengeluaran-kwsp-bayaran-ansuran-rumah.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/02/pengeluaran-kwsp-bayaran-ansuran-rumah.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content