--> TEDUH : Rumah Mampu Milik Untuk B40 | MYPORTALKINI!

TEDUH : Rumah Mampu Milik Untuk B40

TEDUH merupakan satu portal di mana ianya memaparkan maklumat dan mengenai projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Rumah TEDUH untuk B40

TEDUH. Jabatan Perumahan Negara (JPN) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). JPN memainkan peranan penting bagi memastikan pembangunan sektor perumahan yang sempurna, berkualiti dan lebih teratur untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Terdapat beberapa skim perumahan mampu milik yang anda boleh mohon melalui portal TEDUH. Namun, apakah fungsi TEDUH? Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenainya berserta cara untuk membuat permohonan melalui portal TEDUH tersebut.

Ikuti perkongsian dibawah.

APA ITU TEDUH?

Untuk pengetahuan semua, TEDUH merupakan satu portal di mana ianya memaparkan maklumat dan mengenai projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. 

Manakala, Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan salah satu modul dalam TEDUH di mana fungsinya sebagai "One-Stop Centre" untuk individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan jabatan Perumahan Negara KPKT.

Maka, dengan setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah di buat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

SYARAT DAN KELAYAKAN

Untuk makluman umum, terdapat beberapa skim yang ada yang boleh anda mohon, maka oleh itu, syarat dan kelayakannya berbeza dan bergantung kepada skim yang anda ingin mohon :

  • SKIM PPR DI SEWA
  • SKIM PPR DI MILIKI
  • PEMOHON SKIM PRIMA

1) SKIM PPR DI SEWA 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan SKIM PPR DISEWA :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

2) SKIM PPR DI MILIKI 

Bagi SKIM PPR DIMILIKI pula, berikut adalah syarat dan kelayakannya :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

3) PEMOHON SKIM PRIMA 

Bagi skim ini pula, syarat kelayakan bagi permohonannya berbeza berbanding dengan skim sebelum nya :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang / Berkahwin atau berumur 21 tahun ke atas
  • Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
  • Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah

CARA PERMOHONAN 

Beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk membuat permohonan.

DAFTAR AKAUN PEMOHON

TEDUH Rumah Mampu Milik Untuk B40

1) Pemohon yang ingin membuat permohonan PPR Disewa, anda haruslah membuat akaun pemohon terlebih dahulu. Sila ke pautan berikut : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

2) Sila isi maklumat yang di perlukan dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan berjalan lancar.

Setelah anda mengisi maklumat dan "Daftar", satu pesanan mengenai pendaftaran anda akan di hantar ke e-mail yang anda telah daftarkan tadi.

PERGI KE EMAIL UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN

1) Pastikan email yang anda daftarkan tadi adalah tepat dan merupakan email semasa anda.

2) Anda akan menerima pesanan melalui email anda mengenai PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK. Ianya bertujuan untuk anda membuat pengesahan dan mengaktifkan akaun anda yang telah didaftarkan.

3) Apabila anda telah buka email yang di hantarkan, anda perlu "klik" pautan yang berwarna biru bertujuan untuk pengaktifan dan juga penetapan kata laluan anda.

Peringatan : Pastikan kata laluan yang anda masukkan mudah untuk anda ingat.

TEDUH Rumah Mampu Milik Untuk B40

SILA PILIH SKIM

TEDUH Rumah Mampu Milik Untuk B40


Nota : Pastikan anda mengisi semua maklumat yang di perlukan dengan teliti, jangan ada yang tertinggal bagi memudahkan proses berjalan lancar.

DOKUMEN SOKONGAN

TEDUH Rumah Mampu Milik Untuk B40

Nota : Sila lampirkan sekali dokumen yang diperlukan. Dokumen yang hendak di hantar hendaklah berbentuk PDF dan bersaiz 3MB ke bawah.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?

Fungsi TEDUH adalah saluran portal utama yang akan memaparkan tentang projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang di tawarkan oleh SPRN?

Terdapat 4 skim yang di tawarkan iaitu :

  • Skim MYHOME
  • Skim PPR DISEWA
  • Skim PPR DIMILIKI
  • Skim SPP
Berapakah harga bagi setiap skim rumah yang di tawarkan? 
  • Skim Rumah PPR (Harga RM35,000/ Sewa RM124 Sebulan)
  • Skim Rumah Transit (Rumah Sewa RM250)
  • Skim SPP (Pinjaman Sehingga RM60,000)

Siapakah yang layak memohon SPP?

Pemohon dan pasangan hendaklah:

  • warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Untuk sebarang permohonan, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu di : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai skim perumahan TEDUH ini, anda boleh merujuk kepada :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Tel: 03-8891 4475
Email: teduh@kpkt.gov.my
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Tel: 03-8891 4200

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: TEDUH : Rumah Mampu Milik Untuk B40
TEDUH : Rumah Mampu Milik Untuk B40
TEDUH merupakan satu portal di mana ianya memaparkan maklumat dan mengenai projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiYp9_FpgK2KCmR5Mk4XVtrZDpSfrB6TJMJhVrnFCpnqxOxlz5U2m4fUVrHUrTD7OguoEclUPk6zA8tl5pDTbtyG8PsTwWv-CIwXVh_1W6xaSD2u_cxForgMGDoiCHEK1yd77YBr98rYiqVLLNQT0C5i0sEiTUcyGD1U0cfJ1uu93zhnei85sOUAYEi=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiYp9_FpgK2KCmR5Mk4XVtrZDpSfrB6TJMJhVrnFCpnqxOxlz5U2m4fUVrHUrTD7OguoEclUPk6zA8tl5pDTbtyG8PsTwWv-CIwXVh_1W6xaSD2u_cxForgMGDoiCHEK1yd77YBr98rYiqVLLNQT0C5i0sEiTUcyGD1U0cfJ1uu93zhnei85sOUAYEi=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/02/teduh-rumah-mampu-milik-untuk-b40.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/02/teduh-rumah-mampu-milik-untuk-b40.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content