--> BKM 2022 : Cara Tebus Bayaran BKM Sekiranya Tidak Memiliki Akaun Bank | MYPORTALKINI!

BKM 2022 : Cara Tebus Bayaran BKM Sekiranya Tidak Memiliki Akaun Bank

Kaedah Bayaran BKM, Cara Tebus Bayaran BKM, Tiada Akaun Bank, Gagal Kredit, Bantuan Keluarga Malaysia, BKM

Tiada akaun bank BKM

Sehingga kini, tiada lagi makluman rasmi mengenai bilakah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.  Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir rakyat Malaysia mengeluh mengapa sehingga kini tiada makluman rasmi mengenainya. 

Untuk makluman semua, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan secara berperingkat dimana ianya akan melalui 4 Fasa bayaran. Setiap kategori akan menerima bayaran yang berbeza dan akan dikreditkan ke akaun penerima.

Bagaimana pula sekiranya penerima yang layak tidak memiliki nombor akaun? Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda sekiranya penerima tersebut tidak memiliki nombor akaun. Ikuti perkongsian dibawah. 

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

KAEDAH BAYARAN BKM (TIADA AKAUN)

Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mengikut dua situasi :

Ada Akaun Bank : 

  • Berjaya Kredit :
    • Akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan BKM
    • Akan dikreditkan ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
  • Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)
    • Tuntutan Tunai boleh dilakukan di Cawangan BSN
    • Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan tunai boleh dilakukan di Kaunter Cawangan BSN
  • Kemaskini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • MAC 2022

Nota : Tarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami JANGKAKAN bayaran fasa 1 akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini.

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.


SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

COMMENTS

Name

BANTUAN,504,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,11,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM 2022 : Cara Tebus Bayaran BKM Sekiranya Tidak Memiliki Akaun Bank
BKM 2022 : Cara Tebus Bayaran BKM Sekiranya Tidak Memiliki Akaun Bank
Kaedah Bayaran BKM, Cara Tebus Bayaran BKM, Tiada Akaun Bank, Gagal Kredit, Bantuan Keluarga Malaysia, BKM
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgOvL4bvBHgtQMZKMlEfMXYFf_TdP7BYv1N-pCMEMzIx0IiuQ_E7Zd8OJTBfK-Q_YWZnCiPXdgEKOYygc8ORoPJZV4V4BlNat-q6pe1ryHFjfkJoxYKWlFfbvtXMUc0mr5KhN-3e8HIjfssAgWlJoLKi2vT7eewzZobh5MHS6dGZL6J4JBMA4k5Mzwd=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgOvL4bvBHgtQMZKMlEfMXYFf_TdP7BYv1N-pCMEMzIx0IiuQ_E7Zd8OJTBfK-Q_YWZnCiPXdgEKOYygc8ORoPJZV4V4BlNat-q6pe1ryHFjfkJoxYKWlFfbvtXMUc0mr5KhN-3e8HIjfssAgWlJoLKi2vT7eewzZobh5MHS6dGZL6J4JBMA4k5Mzwd=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/cara-tebus-bayaran-bkm.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/cara-tebus-bayaran-bkm.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content