--> BKM 2022 : Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM Jika Terlupa | MYPORTALKINI!

BKM 2022 : Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM Jika Terlupa

Bantuan Keluarga Malaysia, BKM, MYBKM, Tukar Password, Reset ID, Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada bulan ini iaitu Mac sepertimana yang telah di maklumkan. Namun, tiada tarikh rasmi bilakah ianya akan mula dikreditkan.

Mungkin anda sedia maklum bahawa, tempoh untuk membuat permohonan baru mahupun membuat kemaskini maklumat telahpun berakhir pada 31 Januari lalu.

Namun, apa yang kami lihat di media sosial seperti Facebook, segelintir warganet membuat perkongsian mengenai bagaimana sekiranya terlupa kata laluan MyBKM ataupun mungkin telah memasukkan kata laluan/ID yang salah?

Sekiranya anda diantara pembaca disini yang mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana langkah untuk mendapatkan semula kata laluan adalah mudah sahaja. Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah bagaimana cara untuk set semula kata laluan MyBKM anda.  

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

LOG MASUK MYBKM

MyBKM adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BKM 2022 untuk tujuan: 
  • Kemas Kini Permohonan
  • iSemakan Status Permohonan; atau
  • Cetakan permohonan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas

TERLUPA KATA LALUAN BKM

Sekiranya anda terlupa kata laluan / ID anda, langkah yang perlu anda ambil adalah seperti langkah-langkah dibawah :

Layari web rasmi BKM : https://bkm.hasil.gov.my/ dan ;

  • Anda boleh klik pada pautan 'Terlupa Kata Laluan' dan tindakan adalah seperti berikut :
    • Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 :
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) 
      • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
      • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan 
      •  Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM 
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
      • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
    • Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah :
      • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
      • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Cuba Selepas 24 Jam

Sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselematan sebanyak 3 kali percubaan, ID permohonan anda akan disekat. Untuk itu, anda perlu melakukan beberapa langkah iaitu :

  • Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 
  • Sekiranya anda masih gagal log masuk ataupun masih lupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • MAC 2022

Nota : Tarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami JANGKAKAN bayaran fasa 1 akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

1.    Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

2.   Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3.   Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
 

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM 2022

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.


SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM 2022 : Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM Jika Terlupa
BKM 2022 : Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM Jika Terlupa
Bantuan Keluarga Malaysia, BKM, MYBKM, Tukar Password, Reset ID, Cara Reset ID Dan Tukar Kata Laluan BKM
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhjkt0ZJ1zJbu6VkVc_1Tmu_9WNT8R7hLBHpoJNTSxy_q6IC5vCxgZ-2V6GoT3y7fzx-2zyI5OKq_w3Vvimjr5RfXckPyrNWTl4E6PtWOJsxdz-jnYQX8OPUQ727fe_31t6ujob3g1MMlsae598e2D5oVN51B3JCqC4Yvm-9K_NztDDEFI1vx620V0z=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhjkt0ZJ1zJbu6VkVc_1Tmu_9WNT8R7hLBHpoJNTSxy_q6IC5vCxgZ-2V6GoT3y7fzx-2zyI5OKq_w3Vvimjr5RfXckPyrNWTl4E6PtWOJsxdz-jnYQX8OPUQ727fe_31t6ujob3g1MMlsae598e2D5oVN51B3JCqC4Yvm-9K_NztDDEFI1vx620V0z=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/cara-tukar-password-bkm.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/cara-tukar-password-bkm.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content