--> BKM Fasa 1 : Maksud Hasil Semakan Status BKM "DALAM PROSES" | MYPORTALKINI!

BKM Fasa 1 : Maksud Hasil Semakan Status BKM "DALAM PROSES"

Cara buat semakan BKM

Hasil semakan BKM Dalam Proses

Kini, sudah tentu rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila pengumuman tarikh bayaran bagi BKM Fasa 1 akan mula dikreditkan pada 28 Mac ini secara berperingkat. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran simpanan mereka sehingga RM10,000.  

Melalui pelaksanaan bayaran BKM fasa 1 ini, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta bujang.

Apa yang kami lihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir warganet tertanya-tanya mengapa hasil semakan status kelayakan BKM mereka masih mendapat keputusan "DALAM PROSES"? Untuk makluman semua, tarikh rasmi bagi semakan BKM adalah bermula 28 Mac 2022 ini.

Untuk itu, pihak kami ingin kongsikan apakah makna dan mengapa hasil semakan kelayakan BKM anda masih "DALAM PROSES". Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.

JOIN TELEGRAM KAMI UNTUK INFO LEBIH PANTAS

TARIKH BAYARAN FASA 1

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :

Fasa 1 (28 Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

SEMAKAN STATUS BKM

"Dalam Proses"

Untuk makluman anda semua, sekiranya anda membuat semakan pada ketika ini, hasil daripada semakan tersebut pasti akan berstatus "DALAM PROSES".

Seperti yang dimaklumkan oleh Tengku Zafrul sebelum ini, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN bagi memastikan bantuan ini disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak. Sebab itulah keputusan yang anda perolehi masih dalam proses.

Selain itu, pihak kami telah mendapat info daripada pihak LHDN sebentar tadi, buat masa sekarang tiada lagi kelulusan bagi setiap permohonan. Status "DALAM PROSES" tersebut adalah normal untuk semua pemohon/penerima. Keputusan hanya boleh di ketahui pada 28 Mac 2022 iaitu tarikh rasmi semakan seperti mana telah diumumkan sebelum ini. 

Sekiranya permohonan anda 'LULUS' pada ketika itu, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima.

Nasihat kami, anda jangan risau dan ragu dengan keputusan tersebut, kerana ianya akan berubah setelah tapisan selesai dibuat. Sekiranya permohonan anda 'GAGAL', rayuan boleh anda kemukakan pada bulan Mei nanti.

Info Tambahan : 
Sekiranya paparan hasil semakan BKM anda seperti berikut :

  • "Y" - Anda di kategorikan sebagai penerima Pedalaman.
  • "Permohonan Diterima" - Merujuk kepada Permohonan telah wujud pada BKM 2022 dan masih belum melalui proses semakan kelulusan BKM 2022.

CARA SEMAK STATUS BKM 2022

Sekiranya anda ingin membuat semakan status kelayakan BKM, sila ke pautan berikut untuk rujukan anda :

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

COMMENTS

BLOGGER: 12
  1. dah mcm nk kene tunggu gaji masuk hujung2 bulan plak .

    ReplyDelete
  2. Klu gagal jenoh tunggu rayuan bulan Mei😁

    ReplyDelete
  3. Fham faham lah wahai sahabat semua,
    Kalau nk thu,,
    Begitu lah care permainan yang dimainkan oleh kerajaan

    ReplyDelete
  4. 100 hingga 300? yuran sekolah pun lebih dah....patutnya utk fasa 1 ni paling kurang 500.00 baru le boleh tarik nafas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol sgt..Sy Sokong 100%..Yuran sekolah pun tak lepas..Kata nk ringankan beban rakyat..Apa ke bangang la.. Depa menteri x pa la..

      Delete
  5. Saya nak tanya mak saya punya status pedalaman dia tulis T apa maksudnya tu ya

    ReplyDelete
  6. Vavi jer kerajaan skrg ni..permainan dari geng2 korup

    ReplyDelete
  7. Dlm proses dh berbulan2 nk tnggu apa lhdn nk tapis amenda salurkanlh pd rakyat biar semua dapat..ingt rakyat kaya ke..lainlh mnteri2

    ReplyDelete
  8. Saya ni boleh dikatakan tiap2 tahun pasti kena buat rayuan,padahal saya cuma keje kampung je,pendapatan x menentu ada tanggungan anak/bini, sebelum ni masa Doto Najib x ada mcm ni,ni yg saya pelik,

    ReplyDelete
  9. Kata nak tolong kurangkan beban rakyat,kena lah bagi semua rakyat,x semua rakyat orang senang,banyak yg susah pada yg senang,saya juga sokong yg kata byar yuran sekolah pun x lepas,bukan kan untuk 2orang anak,1orang anak pun x lepas,

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM Fasa 1 : Maksud Hasil Semakan Status BKM "DALAM PROSES"
BKM Fasa 1 : Maksud Hasil Semakan Status BKM "DALAM PROSES"
Cara buat semakan BKM
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhlSzYdVOgHWtyZS6Pwl7h_rilMZqzwiZG80LZ8SdBVUl1Ec7x8mCUGINBKvmRXj2A1Vop4sQz-N9O0KzbWxja7zzGzCk_VSPQXEkPNBh7aze9zI-a-nrRdHmPjkHL2uQXBJ8bUGkqb2ecm33gmF2LXcCW4mubQlcDmfS_jva9qgEGsZrXHUrPI2UwW=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhlSzYdVOgHWtyZS6Pwl7h_rilMZqzwiZG80LZ8SdBVUl1Ec7x8mCUGINBKvmRXj2A1Vop4sQz-N9O0KzbWxja7zzGzCk_VSPQXEkPNBh7aze9zI-a-nrRdHmPjkHL2uQXBJ8bUGkqb2ecm33gmF2LXcCW4mubQlcDmfS_jva9qgEGsZrXHUrPI2UwW=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/maksud-hasil-semakan-dalam-proses.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/maksud-hasil-semakan-dalam-proses.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content