--> BKM Fasa 1 : Cara Semakan Kelayakan Kategori Bujang (RM350 - RM600) | MYPORTALKINI!

BKM Fasa 1 : Cara Semakan Kelayakan Kategori Bujang (RM350 - RM600)

Sehinggi kini, tiada lagi makluman rasmi mengenai bilakah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan dilaksanakan oleh pihak keraja...

Sehinggi kini, tiada lagi makluman rasmi mengenai bilakah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.  Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, segelintir rakyat Malaysia mengeluh mengapa sehingga kini tiada makluman rasmi mengenainya. 

Namun, ada yang mendakwa bahawa kononnya bayaran bagi fasa pertama BKM telah pun dikreditkan ke akaun mereka. Pihak kami tidak dapat pastikan sama ada perkara tersebut sahih ataupun tidak.

Anda jangan risau, bayaran tersebut tetap akan disalurkan sekiranya anda berkelayakan sama seperti bantuan sebelum ini, diminta anda banyakkan bersabar.  

Sementara menunggu makluman daripada pihak Kerajaan mengenainya, ada baiknya anda menyemak semula status kelayakan BKM 2022. Untuk itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda, bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan anda. Ikuti perkongsian dibawah.

KADAR BAYARAN BKM BUJANG

Dalam pembentangan Belanjawan 2022 baru ini, Tengku Zafrul telah mengumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)di mana bagi setiap kategori akan mendapat : 
  • Isi Rumah mempunyai 3 orang anak - RM2,000
  • Bapa tunggal / ibu tunggal - RM500
  • Warga Emas - RM300
Bagi kategori BUJANG pula, golongan ini akan menerima pada dua kadar bayaran yang berbeza iaitu :

Bujang dan Berpendapatan di bawah RM2,500

  • RM350
Manakala bagi ;

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berpendapatan RM600 kebawah

  • RM600
BKM 2022 : Semakan & Bayaran Kategori Bujang

SEMAKAN STATUS KATEGORI BUJANG

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan anda. 

Semakan Status BKM Terkini

1.    Klik Log Masuk

Semak status kelayakan BKM

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

2.    Setelah berjaya log masuk, klik semakan Status

3.    Sila semak kata keselamatan, jika betul, masukkan kata lalun BKM

4.    Kemudian, klik 'PETI MEL'

5.    Klik perkataan 'SURAT'

6.    Klik 'PERMOHONAN BKM 2022'

7.    Akan dipaparkan maklumat seperti berikut :
(Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan)


Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu maklumat tentang tarikh semakan status kelulus permohonan BKM 2022 anda.


Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 anda :

  1. Layari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my
  2. Sila isi No. Kad Pengenalan
  3. Sila lengkapkan 'CAPTCHA'
  4. Klik 'SEMAK'
  5. Maklumat pemohon BPR sebelum ini akan dipaparkan
  6. Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan
  7. Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan

SYARAT KELAYAKAN BKM BUJANG

Sekiranya anda masih 'bujang' dan ingin mendapatkan bantuan kewangan BKM Bujang ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan ini :

  • Bujang atau ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 tahun - 59 tahun
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 ke bawah 

PERMOHONAN / KEMASKINI BKM BUJANG

Untuk makluman semua, proses permohonan dan kemaskini maklumat BKM 2022 telah pun ditutup pada 31 JANUARI lepas.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
BKM 2022 : Semakan & Bayaran Kategori Bujang

KAEDAH BAYARAN BKM BUJANG

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

TARIKH BAYARAN BKM BUJANG

Bayaran BKM bagi kategori bujang ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 Fasa bayaran. Ianya dijangka akan bermula pada :
  • MAC 2022
Namun, tarikh rasmi bayarannya belum ada lagi dimaklumkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman mengenainya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

COMMENTS

BLOGGER: 11
  1. Bila dpt bln mac pun dh masuk tgh..akhir nye april

    ReplyDelete
  2. Rakyat tengah susah.cepat kasi masuk duit bkm

    ReplyDelete
  3. Nombor akaun yg sya tulis dalam borang itu tersilap jdi bagaimana sya harus mengubahnya

    ReplyDelete
  4. Bila2 x masuk2 orang tyn2 bila ...klu xda jgn ckp nk bgi ..emmmm

    ReplyDelete
  5. Woii kerajaan cap ayam org semua nk tahu tarikh brape haribulan .. aku naik muak check dalam proses dalam proses bila nk lulus aku pon tak tahu lah . ..apakejadah nyee .. penat lh macam nie raykat dh banyak menderita dengan kerajaan sekarang niee .. harap2 dh menang tuu beri lh kebahagian ..

    ReplyDelete
  6. Bila nk masuk ni?. Tengah sengkek ni?

    ReplyDelete
  7. nk.byr.4x..tp x bg detail..fasa1 masok berapa...ada masaallah apa lah..depa ni...buat org serabotja

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM Fasa 1 : Cara Semakan Kelayakan Kategori Bujang (RM350 - RM600)
BKM Fasa 1 : Cara Semakan Kelayakan Kategori Bujang (RM350 - RM600)
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh8WxXOoH8QQ9zQ4XhJBV3cWXzqUvNIXih66dwGl9PK-5fPkZ-BPn4kYl3CGRI3ok2GXhR9XBk9jFLf8Cz8gvbDubisiNnpNx-7dTla3Ci0kpjoNoPVHYkh6BrIDXJBgXVm_bj6twjvdF3lOp5zpxdpijXm0KRud9oTNp69_6f4pUXMlG8mTeVw4CrD=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh8WxXOoH8QQ9zQ4XhJBV3cWXzqUvNIXih66dwGl9PK-5fPkZ-BPn4kYl3CGRI3ok2GXhR9XBk9jFLf8Cz8gvbDubisiNnpNx-7dTla3Ci0kpjoNoPVHYkh6BrIDXJBgXVm_bj6twjvdF3lOp5zpxdpijXm0KRud9oTNp69_6f4pUXMlG8mTeVw4CrD=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/semak-status-kelayakan-kategori-bujang.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/semak-status-kelayakan-kategori-bujang.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content