--> BKM FASA 1 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Pertama Bulan Mac | MYPORTALKINI!

BKM FASA 1 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Pertama Bulan Mac

Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada bulan ini iaitu Mac sepertimana y...

bayaran bkm fasa 1

Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 1 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada bulan ini iaitu Mac sepertimana yang telah di maklumkan. Namun, tiada tarikh rasmi bilakah ianya akan diberikan.

Bermula 1 Januari sehingga 31 Januari lalu, rakyat Malaysia diminta agar membuat permohonan baru / kemaskini maklumat sekiranya anda belum berdaftar melalui bantuan seperti BSH dan BPR sebelum ini. Ianya bertujuan supaya anda yang layak tidak tercicir bagi menerima bayaran BKM kali ini. 

Nota : Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 sebelum ini, tidak perlu lagi untuk membuat permohonan akan tetapi, sekiranya terdapat perubahan mengenai maklumat, anda diminta untuk membuat kemaskini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • MAC 2022

Nota : Tarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami JANGKAKAN bayaran fasa 1 akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

1.    Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

2.   Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3.   Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
 

Bayaran BKM

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

Bayaran bkm

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

COMMENTS

BLOGGER: 57
  1. Lambat lah kerajaan hendak buat bayaran BKM..tunggu apa lagi dah bulan 3 ni..kwsp tak bagi keluar..kerajaan kaliamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu petanda kekalahan kerajaan pada pilihan raya parliment nanti...tak apa biar kan je apa kerajaan nak buat bagi mereka peluang puas2...lepas ni bagi plak mereka rasa jadi pembakang

      Delete
  2. Saya harap bkm awal bulan.kerana mesti ada yang macam saya ibu tunggal yg tidak berkerja untk membeli keperluan anak.dapat meringgan kan.harap di awl ka.

    ReplyDelete
  3. Harap kerajaan bagi awal bln ne krna amat memerlukan duit

    ReplyDelete
  4. dah memang kerajaan dari dulu lagii macam nie... tukar macam mana pon yg duduk atas.. still gak sama... lagi bagus bagitau bayar bulan april... tgah tggu bulan april... tiba² bulan mac dah bayar... kalau cakap bulan yang nak dibayar tu... tunggu lah dekat² nak habis bulan... baru dorang umum bila pembayaran... dah tau sangat dah... malas lah nak tunggu... hurrrmmm... haha

    ReplyDelete
  5. Ohhh bujang start dari umur 21 tahun.

    ReplyDelete
  6. Takkan kerajaan tunggu duit dari hasil orang yang kena kompaun,kena saman,dan sebagainya baru nak digunakan utk bgi bantuan?sya perhati bila nak ada bantuan...Mesti bnyk yg kena samn..Kna kompaun dan sebgainya..Ishhh..Kerjaan..Come-on

    ReplyDelete
  7. Tolong percepatkan pembayaran BKM sebab kami amat2x memerlukan duit untuk membeli barangan keperluan..yg semakin berkurangan. Harap kerajaan dapat percepatkan proses pembayaran BKM Bulan ini.."amat memerlukan"

    ReplyDelete
  8. Sedangkan.semakan status bkm..masih juga dalam proses?blom lagi tunggu bayaran. Mgarut saja ne.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnye bgila sblum sesi bru persklhn bermula mac ni dpt jgk bli n byr kpluan sklh ank

    ReplyDelete
  10. Org nak tahu tarikh bayaran la.. bulan mac org tau bulan 3.. ni tak, yg die ulang dr awal cakap bulan mac, bulan mac bulan mac.. org nak tau tarikh je... bulan mac org tau la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betul sgt
      Asik habaq bulan mac..bulan mac sokmo..4hb la ni pn dah mac. Minggu dpn pn mac...31 pn mac jgk lahaiii gomen2

      Delete
    2. Hjung bln mac kan bkm tu nk msk

      Delete
  11. Ternanti nanti bayaran BKM memandangkan saya tidak bekerja kerana menjaga OKU terlantar serta pengidap kegagalan buah pinggang tahap 5 yang memerlukan kos yang sangat tinggi setiap bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Yg xsakit plak akn jd sakit.... Please... Nk merayu mcm ne LG... Suruh kmskini nk percepat.. Bile nk in bkm lmnt... Nk isi borang suh sna sini naik sana naik sini.. Kena lak time pdemik ni.. Ssh.. Tp rkyt pejuang jgak dmi mjaga perut n ank2 yg ad.. Bg makcik nenek yg kmskini ritu sian tgok naik tgga trun tgga kena marah la ape la... Ya Allah.. Dowg kuatkan jgak kaki dmi mndptkn bantuan.. Please la.. Merayu dh.. Pe LG.

      Delete
  12. ntah le dpt ke tidak...status masih dalam proses...sedangkan aku sebelum ni penerima bpr...takkan tak dapat cari data yang sedia ada?mmmm

    ReplyDelete
  13. Status saya masih dalam proses

    ReplyDelete
  14. Harap sangat2 bkm dibayar awal bulan kerana bekalan dapur semua habis,tak tahu mana lagi nak cari wang untuk belanja dapur,bkm lah harapan...please2 tq

    ReplyDelete
  15. jangkaan penghujung bulan MAC ? baik cakap je msuk bulan April.. ingat kan bagi awal bulan .. buat org ternanti nanti je.. nak bagi bantuan tu btul2 la.. ramai tau berharap msuk awal bulan..

    ReplyDelete
  16. Kerajaan dah tak ada duit sebenarnya.Cakap hny untuk sedapkan hati rakyat.Byk pusing.

    ReplyDelete
  17. Ssh skrg.. Ak dh 4tahun xkje... Ape bantuan xdpt, Lg2 ak bujang.. Then bkm lak jnji melangit tp lmbt masuk.. Bg kerjasama ramai rkyt tgh Ssh skrg adui.. Jgn pndg sblh je.. Please la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko x keje duduk buat mende? Gi la cari kerje walaupun kerje tu kerje cleaner. Ko nak harapkan kerajaan je ke bagi duit kat ko. Mampossz

      Delete
    2. Sabar,, mungkin dia dh usaha cari kerja,, belum rezekinya lagi,, jgn kejam,, itu nasib dia,, belum nasib awk nanti satu masa,, semua ujian,,

      Delete
    3. Aku yang bekerja ni pun xmenentu dh job.,kalo job abis mmg duk umah cuti smpai smggu lebih..harapkan bantuan masuk awal je sb bajet xberapa nk cukup nak belanja mkn

      Delete
  18. Tlgla jgn hjg bulan.. Tlg laaa... Xthu mna nk pinjam LG duit, nk pinjam along?? Nk pinjam sna sni? Bpe bnyk dh pinjam.. Nnt dpt bkm byr utang je... Please

    ReplyDelete
  19. Balik2 bulan macr bagi tau ja la tahun depan baru bayar senang x paya orang tunggu2

    ReplyDelete
  20. Kerajaan sekarang ni betul*2 menyakit kan hati nak bagi bantuan untuk rakyat pun susah payah...mengharap sungguh bkm di bagi awal bln mac dapat lah tampung untuk buat bayar yuran sekolah dan beli keperluan sekolah yang lain...ni tak cakap bayaran bkm fsa 1 bln mac tapi degar2 hujung bln mac baru nak bagi apa kejadah nya....baik cakap bln april bagi...sungguh menyakit kan hati betul lh diorang ni....dengar lah rintihan kesusahan rakyat yg betul2 susah yang betul2 memerlukan bantuan bkm tu....ank2 dh dekat nak mulakan sesi baru persekolahan...dh lah yuran sekolah semakin mahal...barang2 sekolah pun dah naik....kerajaan tak perihatin...buang masa@#@#UNDI#@$#%#%

    ReplyDelete
  21. Kerajaan skrg ni banyak alasan dan susah nak percaya..lagipun dgn keadaan masa skrg ni btul² lagi membebankan rakyat dgn pelbagai syarat yg tidak masuk akal tukar²..cari makan pun susah skrg bukan mcm dulu lagi..sepatutnya bantuan tu memang perlu diawalkan disebabkan dgn keadaan skrg ni yg terlalu teruk disebabkan pemerintahan yg sangat membebankan rakyat..

    ReplyDelete
  22. Saya berharap terima bantuan BKM TAHUN
    2022.TAHUN LEPAS TAK DAPAT.BUKAN TAK DPT
    REGESTER NAMA.BILA TARIKH HRBN.MLM HARI
    TANYA KHABAR NI.WALAIKUMSALAM..

    ReplyDelete
  23. BIASMILAH SEMOGA BANTUAN KALI NIE MASOK AWAI TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ KAMI DIOERMUDAKAN SEGALA URUSAN πŸ”΄


    #BANTUANBKM
    #KERAJAANTERBAIK
    #DEPERMUDAKANBKM
    #BUJANGSETIASASUPPORT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami harap menhagai menteri Malaysia πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

      Delete
  24. YEAHH BANTUAN DAPAT AWAI πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  25. Knpa hujung bln 3.. yuran anak maok byr bh.. plz lh kerajaan.. klau nk tlg tu iklhs lh k.. budak nk masuk sklh bh.. gaji suami pun tk ckup.. da lh kwsp tk dapt di kluarkn.. cuba kwsp kluarkn.. utk kmi settle smua brg hutang yg tertangguh.. hrp phm.. pa guna kmi undi kerajaan .. tpi ni yg kmu owg bg kmi .

    ReplyDelete
  26. Kali ni bantuan lambat..yg cepat vaksinasi.setiap hari rakyat doa, yang paling baik. Akan tetapi jutaan yang menyumpah k.J..

    ReplyDelete
  27. Nak bagi duit ka rakyat sebanyak tu pun berfasa2. Dah la tak tau bila. Reti sebut bln 3....

    ReplyDelete
  28. Sebenarnya 03/mac/2022 dah keluar tapi kerajaan tertekan kerana goyang pilihan raya ni sampai paksa tangguh hujung bulan...nak set betul2 bajet tuk parliment ni dan tunggu duit saman,duit tax,duit dari segala sumber rakyat lah baru boleh bagi...

    ReplyDelete
  29. Berharap sangat bantuan di percepat kan...Yuran ank lagi.Hutang2 lain lagi...Keperluan rumah..Gaji bkn nya banyak sangat pun.Harap di percepat kan bantuan kami.

    ReplyDelete
  30. Zaman sudah moden tapi kerajaan buat janji macam barang mainan kanak kanak.
    Kami rakyat yg susah menanti
    Mudah mudahan dapat awal.
    Hari hari kemaskini...bagi orang atasan mereka tidak merasai...gaji tak habis dapat
    Gaji baru..bagi rakyat saperti
    Saya gaji taada,pencen taada..
    Harap dapat bkm...tapi hari hari semak dan kemas kini.
    Cuba lah fikir...kerana rakyat
    Semua dato dato hidup senang.
    Agar bantuan bkm dapat awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat malaysia trbiasa di suap mcm kamulah. Lambat sikit marah tpi bila suh brkorban utk negara... Tk nk pula.

      Delete
  31. Harapan jela.. xpela...asal masuk.. hujung bulan pun hujung bulan laa

    ReplyDelete
  32. Siapa yang stress, tengok muka YB Zafrul senyum kat top page, biar sejuk sikit hati tuu

    ReplyDelete
  33. Kata bulan3 dh nak habis bulan pun xmuncul2...kerajaan wat ape xtau la.. Dhla anak2 nk sekolah

    ReplyDelete
  34. Info ni semua orang dah tahu, ulang2 bagitahu pun tak guna dapatnya tak lagi, bagi tarikh lah bila masuk

    ReplyDelete
  35. Jgn menulis penulisan sampah mcm ni... Ni smua org da tau... Tajuk tu biar seiring dengan isi... Kalau tak tau tarikh jgn tulis... Ak 3 kali g lhdn tanya smua kata blom ada tarikh... Org kampung yg susah smua sembang kdai kopi pasal penulisan sampah ko ni la... Sebab bg harapan palsu... Tak tau jgn tulis sbb ada yg susah mengharap bantuan mcm ni...

    ReplyDelete
  36. Status masih dalam proses... Apa nie gov padahal bpr dapat... Gov buat kje x nie..

    ReplyDelete
  37. betul la ni.. #keluargamalaysia..
    anak minta duit kat bapak. bapak pulak janji nak bg bln mac tarikh xthu. anak menjerit la tuntut kat bapak. bapak kata bulan mac nati bagi. dari awal bulan dah nak sampai hujung bln xdok tarikh tepat plk. kalu bapak kata bulan mac tahun depan nk bg. nk ckp apa. mengamuk pn xguna. menangis rugi air mata. bapak kan lebih besar kuasa dri anak. klu dh bapak kata gitu anak xblh buat apa la. tu ygdipnggil #keluargamalaysia

    ReplyDelete
  38. Bantuan keluarga malaysia(Bkm)ayat BANTUAN tu je dah x betul dah,sebab LAMBAT,Ape2 pun mesti lambat klau from gov,adehh lemahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kau tau komen je tpi tak tau peroses mcm mna.

      Delete

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM FASA 1 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Pertama Bulan Mac
BKM FASA 1 : Semakan Dan Tarikh Bayaran Pertama Bulan Mac
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjBmbWb7-wF7D7PdQ7Emn0msmnJ_RzO79tKamN-XQT2wiunTM55mdctXJnWmQfxJX4cW5bAY8Lw3GKF-BYMbbnepOtBMMXaPaLDtP3zfWCc7376AMVDY9EWDKae_Hn8G2NhEupxCXJhxaPjJjKa71NH5Tmc7n2c2aYBG3khi-sl03ObUC3HjZN6x0cf=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjBmbWb7-wF7D7PdQ7Emn0msmnJ_RzO79tKamN-XQT2wiunTM55mdctXJnWmQfxJX4cW5bAY8Lw3GKF-BYMbbnepOtBMMXaPaLDtP3zfWCc7376AMVDY9EWDKae_Hn8G2NhEupxCXJhxaPjJjKa71NH5Tmc7n2c2aYBG3khi-sl03ObUC3HjZN6x0cf=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/semakan-tarikh-bayaran-bkm-fasa1.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/semakan-tarikh-bayaran-bkm-fasa1.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content