--> Syarat Kelayakan Yang Mudah Pengeluaran Khas KWSP | MYPORTALKINI!

Syarat Kelayakan Yang Mudah Pengeluaran Khas KWSP

Mungkin anda sedia maklum mengenai pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan. Perkara ini diumumkan ket...

Syarat kelayakan pengeluaran khas kwsp rm10,000

Mungkin anda sedia maklum mengenai pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan. Perkara ini diumumkan ketika Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari kelmarin melalui sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, keputusan yang dilakukan dalam membenarkan pengeluaran ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Demi menjaga kesejahteraan rakyat dan memahami beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat ketika ini khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat. Namun, beliau meminta kepada pencarum mengeluarkan simpanan tersebut sekirangnya ianya benar-benar mendesak. 

Apa yang menariknya mengenai pengeluaran khas KWSP RM10,000 kali ini, tiada syarat-syarat khusus dikenakan bahkan ianya dipermudahkan. Ikuti perkongsian dibawah.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Pengeluaran Khas kali ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.  Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.


Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara.


dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), turut dinyatakan juga berkenaan tarikh bayaran pertama pengeluaran RM10,000 bermula :
  • 20 APRIL 2022

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.
Nota : Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat tambahan atau perubahan mengenai syarat-syarat kelayakan bagi pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Sejurus setelah pengumuman kebenaran pengeluaran simpanan KWSP RM10,000 oleh Tan Sri Ismail Sabri Yaakob petang kemarin, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memaklumkan bahawa tarikh tempoh permohonan pengeluaran tersebut boleh dilakukan bermula :

  • Bermula : 1 APRIL 2022
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN

Dalam makluman rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), turut dinyatakan juga berkenaan tarikh bayaran pertama pengeluaran RM10,000 bermula :
  • 20 APRIL 2022

TEKS UCAPAN PM

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan  daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Syarat Kelayakan Yang Mudah Pengeluaran Khas KWSP
Syarat Kelayakan Yang Mudah Pengeluaran Khas KWSP
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhocQvhfgscrZfDXAI9FcOC0zxVIJbSIKqVbB2KWEJYiPQ8NsdcvPSCjmWU97G7ht8eeDIFkH-4o6Ws7QTfNrpmA_6SZnYc_bp5J5iSaFBeyM-bovn30mvR3caisi-obC4BxdxhQY7QHgAG3ivdAPbFoOEwnJMawsKZtQX6wm1vjTi4qqm0DprftBqd=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhocQvhfgscrZfDXAI9FcOC0zxVIJbSIKqVbB2KWEJYiPQ8NsdcvPSCjmWU97G7ht8eeDIFkH-4o6Ws7QTfNrpmA_6SZnYc_bp5J5iSaFBeyM-bovn30mvR3caisi-obC4BxdxhQY7QHgAG3ivdAPbFoOEwnJMawsKZtQX6wm1vjTi4qqm0DprftBqd=s72-c
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/03/syarat-kelayakan-pengeluaran-khas-kwsp.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/03/syarat-kelayakan-pengeluaran-khas-kwsp.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content