--> Bantuan Kewangan Aidilfitri Yang Akan Diberikan Bagi Beberapa Negeri Di Malaysia | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Aidilfitri Yang Akan Diberikan Bagi Beberapa Negeri Di Malaysia

Kini kita berada di penghujung bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi masyarakat muslim akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seti...

Kini kita berada di penghujung bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi masyarakat muslim akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan bahkan Kerajaan Negeri pun pasti akan menghulurkan bantuan kewangan untuk kita membuat persiapan dalam menyambut Aidilfitri. Di tambah lagi ahli KWSP khususnya tahun ni adalah tahun istimewa buat mereka kerana bayaran pengeluaran Khas KWSP RM10,000 kini dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam menyambut Aidilfitri tahun ini, Kerajaan Negeri tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kewangan untuk rakyatnya bagi menyambut Aidilfitri minggu hadapan. Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan kepada anda beberapa bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat mengikut negeri masing-masing. 

Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN RAYA SETIAP NEGERI

Berikut adalah bantuan kewangan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat bagi beberapa negeri :

BANTUAN RAYA (SELANGOR)

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri dan akan dibayar 27 April ini.

Manakala bantuan tunai RM500 pula akan diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs), penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

BANTUAN RAYA (SABAH)

Kerajaan Sabah akan memberi bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Penerima yang layak adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan.

BANTUAN RAYA (JOHOR)

Kerajaan Johor akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Bantuan kewangan ini akan dibayar pada 28 April 2022.

Juga membabitkan kakitangan bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

BANTUAN RAYA (PERAK)

Penjawat awam negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 pada 25 April 2022.

Selain kakitangan awam, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, Orang Besar Jajahan, guru tadika Islam, pegawai sambilan harian dan Tok Batin turut mendapat bantuan ini.

BANTUAN RAYA (NEGERI SEMBILAN)

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan akan dibayar pada 15 April 2022.

Ianya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM6 Juta khas untuk 4,050 kakitangan.

BANTUAN RAYA (SARAWAK)

Kerajaan Sarawak akan memberi Bantuan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.

Bantuan khas ini akan dibayar pada April, sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

BANTUAN RAYA (KELANTAN)

Negeri Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan awam negeri bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Aidilfitri RM500 turut akan diberikan kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim, pegawai serta guru halaqat, ahli majlis, penyelaras ICT Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras armalah.

Dan RM250 pula akan diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru pusat pembangunan wanita Kelantan.

BANTUAN RAYA (TERENGGANU)

Penjawat awam Terengganu gred 56 dan ke bawah pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 pada 25 April ini.

Bantuan raya yang akan diberikan untuk golongan B40 dan M40 di negeri Terengganu adalah :

BANTUAN RAYA (MELAKA)

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemberian bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan April 2022.

Sumbangan wang tunai dan barangan makanan turut akan diagihkan kepada golongan asnaf, miskin dan warga emas.

BANTUAN RAYA (PERAK)

Penjawat awam negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 pada 25 April 2022.

Selain kakitangan awam, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, Orang Besar Jajahan, guru tadika Islam, pegawai sambilan harian dan Tok Batin turut mendapat bantuan ini.

BANTUAN RAYA (PULAU PINANG)

Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Manakala, bantuan RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Bantuan RM200 pula akan diberikan kepada uru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS).

BANTUAN RAYA (PAHANG)

Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang dan akan dibayar pada 20 April 2022.

BANTUAN RAYA (PERLIS)

Kerajaan Perlis meluluskan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada lebih 1,200 penjawat awam negeri dan kakitangan anak berkaitan kerajaan negeri.

BANTUAN RAYA (KEDAH)

Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 sempena perayaan Aidilfitri kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Bayaran akan dibuat sebelum sambutan Aidilfitri.

sumber : portalmalaysia

COMMENTS

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Aidilfitri Yang Akan Diberikan Bagi Beberapa Negeri Di Malaysia
Bantuan Kewangan Aidilfitri Yang Akan Diberikan Bagi Beberapa Negeri Di Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6sJSf0_tHVOgz95Bji1t0AGqSTBQrcV8pZ4XSmEpnfMDXpP-C6BZ7e6mcN0NnetEXw8ShIv-hzaojQNDn9Wghl34ZqP417HEGMtte9Nm3cCTo8wjhG4Sk1OE7x36qeeEV276WmeEyn6k2wc7D0Od4tffoXJDbrd5mJ0BdSRE0zBd4XEJLXcCNZNe8/s16000/CC_Express_20220430_0617540.5558476264998498.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6sJSf0_tHVOgz95Bji1t0AGqSTBQrcV8pZ4XSmEpnfMDXpP-C6BZ7e6mcN0NnetEXw8ShIv-hzaojQNDn9Wghl34ZqP417HEGMtte9Nm3cCTo8wjhG4Sk1OE7x36qeeEV276WmeEyn6k2wc7D0Od4tffoXJDbrd5mJ0BdSRE0zBd4XEJLXcCNZNe8/s72-c/CC_Express_20220430_0617540.5558476264998498.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/04/bantuan-kewangan-aidilfitri-setiap-negeri.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/04/bantuan-kewangan-aidilfitri-setiap-negeri.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content