--> Permohonan Bagi Kategori Ini Akan Terima Bayaran Selepas Aidilfitri | MYPORTALKINI!

Permohonan Bagi Kategori Ini Akan Terima Bayaran Selepas Aidilfitri

Demi menjaga kesejahteraan rakyat dan memahami beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat ketika ini khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpa...


Demi menjaga kesejahteraan rakyat dan memahami beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat ketika ini khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keputusan membenarkan pengeluaran khas RM10,000 KWSP adalah keputusan yang tepat. 

Sejak permohonan dibuka bermula 1 April lalu, segelintir pemohon telahpun menerima bayaran tersebut dimana setiap pemohon yang layak telahpun menerima bayaran pada 18 April baru-baru ini secara berperingkat.

Baru-baru ini, pihak KWSP ada memaklumkan mengenai bagaimana pula sekiranya ahli KWSP memohon selepas 28 April? Bila bayaran akan diberikan?

Ikuti perkongsian di bawah mengenainya.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Bagi tarikh tempoh permohonan pengeluaran Khas KWSP ini, ianya akan bermula pada : 

  • Bermula : 1 APRIL 2022 (12.01 AM)
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN BAGI SETIAP PERMOHONAN SELEPAS 28 APRIL

Sebelum ini, Tengku Zafrul ada membuat kenyataan dimana setiap permohonan bagi pengeluaran Khas ini, waktu bayaran untuk mereka yang layak akan diberikan sebelum Aidilfitri.

Terbaru, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa, bagi setiap permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat selepas 28 April 2022 dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat bermula :

  • 5 MEI 2022
Oleh itu, dapat kami simpulkan mengenai kenyataan tersebut, hari ini merupakan hari terakhir (27 April) untuk ahli KWSP memohon sekiranya inginkan bayaran tersebut dapat dibuat sebelum Aidilfitri. 

TARIKH BAYARAN

Dalam makluman rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), turut dinyatakan juga berkenaan tarikh bayaran pertama pengeluaran RM10,000 bermula :
  • 18 APRIL 2022

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Pengeluaran Khas kali ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.  Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.


Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara.

SYARAT KELAYAKAN

Melalui perkongsian di page rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul, hasil perbincangan beliau bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak tersebut akan memastikan agar pengeluaran khas ini dipermudahkan. Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000
  • Pengeluaran khas KWSP kali ini adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan di akses.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda membuat permohonan pengeluaran Khas KWSP ini sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :

Portal Khas Pengeluaran

  1. Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik 'Mohon Sekarang'
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
  4. Klik 'Teruskan' dan masukkan 'Nombor OTP' atau 'Soalan Keselamatan'
  5. Letak 'AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
  7. Taip 'Amaun Pilihan Pengeluaran'
  8. Klik 'Teruskan'
  9. Isi dengan lengkap 'Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran' dan kaji selidik, tekan 'Teruskan'
  10. Tekan Hantar dan Selesai!
Nota : Ingin diingatkan kepada anda, sila pastikan terlebih dahulu permohonan anda benar-benar betul dan muktamad, kerana pihak KWSP ada memaklumkan sebelum ini di mana, "Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan".

MAKLUMAT TAMBAHAN

Artikel sebelum ini mengenai pengeluaran Khas KWSP, pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapatnya maklumat tambahan mengenainya. Kelmarin pihak KWSP ada memaklumkan maklumat tambahan pengeluaran Khas KWSP untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar. Berikut adalah maklumat tambahan tersebut :

  1. Nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.
  2. Baki simpanan KWSP anda hendaklah di semak.
    Ini kerana, setiap permohonan anda hendaklah mempunyai baki simpanan yang cukup.
  3. Nombor akaun bank anda adalah aktif (simpanan atau semasa).
  4. Akaun hendaklah di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat. 

Amaun Pengeluaran

  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Kaedah Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua pemohon, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Pengeluaran Khas.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Ataupun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Permohonan Bagi Kategori Ini Akan Terima Bayaran Selepas Aidilfitri
Permohonan Bagi Kategori Ini Akan Terima Bayaran Selepas Aidilfitri
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7b1uR8sHu-I3WPLdBiMRl-QR4FJbQPXMYxfSPbywBi9HDBYDex9wGNcgCIUnwM7gsgdSXtiuxfMlLQtLcvTJ7TaGQK3SNFYjFDWMEXkwa5WJslQYvFJ_pkGzW1mJNZQLACnGMMF9xPZxmahagfRazOb6a29Uqcx6hIS6laxhVattKoXQLDzjDe0cD/s16000/CC_Express_20220427_1025570.7792647937661975.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7b1uR8sHu-I3WPLdBiMRl-QR4FJbQPXMYxfSPbywBi9HDBYDex9wGNcgCIUnwM7gsgdSXtiuxfMlLQtLcvTJ7TaGQK3SNFYjFDWMEXkwa5WJslQYvFJ_pkGzW1mJNZQLACnGMMF9xPZxmahagfRazOb6a29Uqcx6hIS6laxhVattKoXQLDzjDe0cD/s72-c/CC_Express_20220427_1025570.7792647937661975.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/04/bayaran-selepas-aidilfitri.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/04/bayaran-selepas-aidilfitri.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content