--> JKM : Bayaran Bantuan Bagi Bulan Mei 2022 Di Awalkan Bermula 25 April | MYPORTALKINI!

JKM : Bayaran Bantuan Bagi Bulan Mei 2022 Di Awalkan Bermula 25 April

  Alhamdulillah, selepas kerajaan mengumumkan bayaran bagi  pengeluaran khas KWSP RM10,000  dipercepatkan dan telah mula dikreditkan bermula...

 

Alhamdulillah, selepas kerajaan mengumumkan bayaran bagi pengeluaran khas KWSP RM10,000 dipercepatkan dan telah mula dikreditkan bermula 18 April, kini kerajaan sekali lagi memberitahu bahawa bayaran bulanan bantuan JKM bagi bulan Mei akan dipercepatkan sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menyantuni dan memahami kehendak rakyat Malaysia khususnya buat golongan yang terjejas dan kurang berkemampuan.

Untuk itu, ikuti perkongsian dibawah bagi mengetahui maklumat penuh mengenainya.

BAYARAN BULANAN (MEI) JKM DIAWALKAN

Untuk makluman anda semua, bayaran bantuan bulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bermula 25 April hingga 30 April ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut kementerian tersebut, bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan adalah bersempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada awal Mei nanti.

Manakala bayaran bantuan bagi bulan Jun 2022 pula, ianya akan mula dikreditkan mengikut tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun 2022. KPWKM berharap agar bayaran yang diawalkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima yang layak.

SUMBER : BERNAMA

Bayaran JKM Mei Diawalkan

BANTUAN JKM SEHINGGA RM1000

Beberapa bantuan bulan yang boleh dimohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikut adalah senarai kategori bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang boleh anda mohon :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    Kadar Lama : RM100 - RM400
    Kadar Baru : RM150 - RM1000
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    Kadar Lama : RM400
    Kadar Baru : RM450
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Warga Emas
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    Kadar Lama : RM200 - RM500
    Kadar Baru : RM250 - RM500
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
    Kadar Lama : RM100 - RM350
    Kadar Baru : RM100 - RM350
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    Kadar Lama : RM250
    Kadar Baru : RM300
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    Kadar Lama : RM200
    Kadar Baru : RM200
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Bantuan Latihan Perantis (BAP)
  • Geran Pelancaran JKM (Untuk Peniaga)
    Kadar Bantuan : Maksimum RM2700
Untuk permohonan, sila rujuk sini : Geran Pelancaran JKM

CARA MOHON BANTUAN

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik 'Semak Status Permohonan Talian'
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik 'Semak'

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: JKM : Bayaran Bantuan Bagi Bulan Mei 2022 Di Awalkan Bermula 25 April
JKM : Bayaran Bantuan Bagi Bulan Mei 2022 Di Awalkan Bermula 25 April
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio4oScbequxe3D67xMqY0dKfNqLojBkDunnxlIezn24WcCHZ6myyMtkWvpvRJ8SOtpvlNLULqmOsIbgZ2yb2T35Jgkp5LqM95_wgIIQRB_3ZCUviGVntkM3OwuBTSSX1pPAC72J1bqEpZP344fKC_Vu-6iZbTdiI96Eo-Jl6uWzwfdP3iU5h5g0F5M/s16000/CC_Express_20220421_1500090.4437325756730718.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio4oScbequxe3D67xMqY0dKfNqLojBkDunnxlIezn24WcCHZ6myyMtkWvpvRJ8SOtpvlNLULqmOsIbgZ2yb2T35Jgkp5LqM95_wgIIQRB_3ZCUviGVntkM3OwuBTSSX1pPAC72J1bqEpZP344fKC_Vu-6iZbTdiI96Eo-Jl6uWzwfdP3iU5h5g0F5M/s72-c/CC_Express_20220421_1500090.4437325756730718.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/04/jkm-bayaran-bantuan-bagi-bulan-mei-2022.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/04/jkm-bayaran-bantuan-bagi-bulan-mei-2022.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content