--> Bantuan Kewangan Untuk Yang Belum Bekerja Berjumlah RM1,000 | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Untuk Yang Belum Bekerja Berjumlah RM1,000

Program Perantisan Perkeso, Bantuan Kewangan Untuk Belia Belum Bekerja RM1000, Penjana Kerjaya, Cara Mohon Dan Syarar Kelayakan.

Program Perantisan Perkeso

Khas untuk para belia yang masih menganggur dan belum memiliki pekerjaan yang tetap!

Ramai sebenarnya tidak tahu mengenai insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan ini dimana, sekiranya anda tidak memiliki pekerjaan tetap, anda digalakkan untuk memohon program perantisan PERKESO. Ini kerana, sekiranya berkalayakan anda akan diberikan elaun secara bulanan.

Pada Belanjawan 2021 lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM1,000 khususnya untuk belia yang berumur 18 hingga 30 tahun menerusi program Perantisan PERKESO.

Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian dibawah dengan teliti dan mohon segera!

PROGRAM PERANTISAN PERKESO

Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

Program Perantisan Perkeso

KADAR BAYARAN 

Berikut adalah insentif dan kadar bayaran yang akan diberikan kepada belia dan majikan sekiranya berkelayakan :
  1. Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  2. Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan
  3. Gaji / elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  4. Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  5. Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja.
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :
Program Perantisan Perkeso

SYARAT PERMOHONAN

Beberapa syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk para Majikan dan Perantis membuat permohonan, antaranya seperti berikut :

Majikan

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18 - 30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana PErantis mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Perantis (Belia)

  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap

SYARAT KELAYAKAN

Berbeza dengan syarat permohonan yang telah dinyatakan, bagi syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenal pasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
Nota : Bagi syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship) / Pelajar yang masih belum tamat pengajian / Bukan Warganegara Malaysia, mereka ini adalah tidak layak memohon bagi program ini.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah-langkah untuk majikan dan perantis membuat permohonan. Sila ikuti langkah berikut :

Majikan

Perantis

  • Untuk perantis yang ingin membuat permohonan, bolehlah memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/

SOALAN LAZIM

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
  • Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?
  • Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO. 

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
  • Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi :

Talian Khidmat Pelanggan: 1 300 22 8000
Emel: perkeso@perkeso.gov.my

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Untuk Yang Belum Bekerja Berjumlah RM1,000
Bantuan Kewangan Untuk Yang Belum Bekerja Berjumlah RM1,000
Program Perantisan Perkeso, Bantuan Kewangan Untuk Belia Belum Bekerja RM1000, Penjana Kerjaya, Cara Mohon Dan Syarar Kelayakan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHDnLEqFKyeqTGHiUsWg7hFkbRae2BvKEefiP_88IWEFHBcWhpZBkdIyLDWE_k7iWTjEVijjHMTFiH-Is1GyZttnqamFOvYJOW3JrVw0j3TdHpQZWhHX3s_YELDHZoXNXgrNHk0yIU20bw0-EkuNDwukugT7oX-zomJSnd9Ji7WHr3Up0EN9ykSvf_/s16000/CC_Express_20220518_1546150.1834771928563793.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHDnLEqFKyeqTGHiUsWg7hFkbRae2BvKEefiP_88IWEFHBcWhpZBkdIyLDWE_k7iWTjEVijjHMTFiH-Is1GyZttnqamFOvYJOW3JrVw0j3TdHpQZWhHX3s_YELDHZoXNXgrNHk0yIU20bw0-EkuNDwukugT7oX-zomJSnd9Ji7WHr3Up0EN9ykSvf_/s72-c/CC_Express_20220518_1546150.1834771928563793.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/05/bantuan-untuk-yang-belum-bekerja.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/05/bantuan-untuk-yang-belum-bekerja.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content