--> Bantuan Tunai Secara Automatik Sebanyak RM700 Untuk B40 | MYPORTALKINI!

Bantuan Tunai Secara Automatik Sebanyak RM700 Untuk B40

Sehingga September lalu, sebanyak 108,458 tuntutan dengan peruntukan sejumlah RM92.91 juta tuntutan Covid-19 telahpun diluluskan bagi peneri...

Sehingga September lalu, sebanyak 108,458 tuntutan dengan peruntukan sejumlah RM92.91 juta tuntutan Covid-19 telahpun diluluskan bagi penerima Skim Perlindungan Masyarakat MySalam (MySalam) sejak bermulanya pandemik ini pada tahun lepas.

Skim seperti ini amat diperlukan buat rakyat Malaysia yang terjejas akibat adanya pandemik Covid-19 ini sekiranya dijangkiti ataupun telah dikuarantin. Elaun hospital akan diberikan sehingga maksimum 14 hari setahun.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat terperinci mengenai Skim Perlindungan Masyarakat MySalam (MySalam), berserta cara untuk memohon dan apakah jenis tuntutan yang anda boleh lakukan.

MYSALAM 2022 

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang disediakan oleh Kerajaan bagi memberi perlindungan kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Skim ini telahpun diperkenalkan pada Januari 2019 lagi, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Namun, ketika pembentangan Belanjawan 2022 lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan dimana Skop MySalam akan diperluaskan pada tahun ini dimana ianya akan melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang juga merupakan sebuah bantuan baru yang telah diperkenalkan.

OBJEKTIF UTAMA MYSALAM

Antara objektif utama penubuhan MySalam ini adalah untuk :

  • Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
  • Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

MANFAAT MYSALAM 

Berikut adalah manfaat yang akan anda perolehi sekiranya anda berkelayakan dalam membuat tuntutam skim MySalam ini :

Penerima BSH / BKM 2022

  • Menerima bayaran RM8,000 sekiranya menghidap penyakit krital
  • Elaun harian sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari

Bukan Penerima BSH

  • Menerima bayaran RM4,000 sekiranya menghidap penyakit kritikal
  • Elaun harian sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari

SYARAT KELAYAKAN

Untuk membuat sebarang tuntutan bagi skim perlindungan MySalam ini, pastikan anda memiliki kriteria yang telah di tetapkan seperti berikut :

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

TUNTUTAN MYSALAM COVID-19

Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun (RM700).


Contoh kiraan :
Anda telah dikuarantin selama 10 hari (RM50 x 10 hari), anda layak menerima bayaran berjumlah RM500.


Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.


Nota : Penerima BSH/BPR/BKM akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam


MySalam 2022

SEMAKAN MYSALAM

Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Sila layari web rasmi MySalam iaitu : 
    https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan 'No Kad Pengenalan'
  3. Klik ' Semak'
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan
Semakan Mysalam 2022

CARA MEMBUAT TUNTUTAN MYSALAM 2022

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan :

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2 : Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3 : Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4 : Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5 : Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6 : Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2 : Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3 : Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4 : Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

45 PENYAKIT KRITIKAL

Berikut adalah 45 jenis penyakit kritikal yang boleh memohon skim perlindungan MySalam ini :

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
  5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir        
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir    
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam 2022 ini, anda boleh berhubung melalui :

Telefon : 1-300-88-8938

COMMENTS

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Tunai Secara Automatik Sebanyak RM700 Untuk B40
Bantuan Tunai Secara Automatik Sebanyak RM700 Untuk B40
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfMSuMV8R22APnkNFHx33EdkuPaxFSyG_FxkFiSBHuChd__7RIOViBk_gLrj9TvYfrZ1ocyRYIMFgWBAKevbttFrwnpAwnSvk7ELWjYtYzg1kbe-xJXmSQYKpbtclSbXtmN2pZPZZCy-gk9aOI9rLeXYAd2dyaQTWvUgKsaZlKC11psSu6_Z2gr0m7/s16000/Adobe_Express_20220615_1515540.5916474750348512.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfMSuMV8R22APnkNFHx33EdkuPaxFSyG_FxkFiSBHuChd__7RIOViBk_gLrj9TvYfrZ1ocyRYIMFgWBAKevbttFrwnpAwnSvk7ELWjYtYzg1kbe-xJXmSQYKpbtclSbXtmN2pZPZZCy-gk9aOI9rLeXYAd2dyaQTWvUgKsaZlKC11psSu6_Z2gr0m7/s72-c/Adobe_Express_20220615_1515540.5916474750348512.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/06/bantuan-kewangan-rm-700-untuk-b40.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/06/bantuan-kewangan-rm-700-untuk-b40.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content