--> Bantuan Kewangan Berjumlah RM600. Mohon Sebelum 15 September | MYPORTALKINI!

Bantuan Kewangan Berjumlah RM600. Mohon Sebelum 15 September

Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini...

bantuan berjumlah rm600 BMT

Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. Ini menunjukkan kerajaan sedia ada sentiasa komited bagi menjamin kehendak dan keperluan rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.

Terbaru, RISDA telah melancarkan satu program bantuan kewangan khas untuk para pekebun kecil bagi tahun 2022 ini dimana pekebun kecil yang berkelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM600.  

Untuk itu, kali ini pihak kami ingin berkongsi kepada anda mengenai bagaimana cara untuk memohon dan apakah syarat-syarat kelayakan dalam memohon bantuan BMT ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil bagi membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung ekoran musim tengkujuh.

Untuk makluman semua, bantuan seperti ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dan para pekebun yang layak mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM600. 

KADAR BANTUAN

Penerima yang berkelayakan bagi mendapat bantuan ini, bayaran akan diberikan dengan melalui dua fasa iaitu :

  • Fasa 1 : RM300
  • Fasa 2 : RM300

Bermakna, jumlah keseluruhan bayaran bantuan ini adalah RM600.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi anda yang ingin memohon bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah ini dan ianya mengikut 2 kategori iaitu:

1. PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah 
  • 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
  • Mempunyai PAT-G

TEMPOH PERMOHONAN

Sebarang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilakukan :

  • Permohonan BMT 2021 dibuka mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022. 

CARA MEMOHON

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :

Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.

TEL : 03-4256 4022 | 03-4256 5599

EMAIL : pekebunkecilmakmur@gmail.com


COMMENTS

Name

BANTUAN,504,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,11,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,72,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Bantuan Kewangan Berjumlah RM600. Mohon Sebelum 15 September
Bantuan Kewangan Berjumlah RM600. Mohon Sebelum 15 September
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWSib9ri3LVo6wu9ptb5IJMM_qJewkl699FJxa80_4baWNDzWvoGd7PZqt0dmzAyJgIEWrDNdZq6KgE4p36qBjzeA2uudWY3uYuYTkt75ftfWHxEEP7XrXCXttnG3vxE1G4WzJTbes18MeLQccoqXj9Lc56mFxKukhJtrLaHQHM1Aa2ihUeb32b6LG/s16000/bmt1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWSib9ri3LVo6wu9ptb5IJMM_qJewkl699FJxa80_4baWNDzWvoGd7PZqt0dmzAyJgIEWrDNdZq6KgE4p36qBjzeA2uudWY3uYuYTkt75ftfWHxEEP7XrXCXttnG3vxE1G4WzJTbes18MeLQccoqXj9Lc56mFxKukhJtrLaHQHM1Aa2ihUeb32b6LG/s72-c/bmt1.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/06/cara-mohon-bantuan-kewangan-rm600.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/06/cara-mohon-bantuan-kewangan-rm600.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content