--> Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 - Mohon Sekarang! | MYPORTALKINI!

Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 - Mohon Sekarang!

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan dengan bantuan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan setiap...

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan dengan bantuan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peranti tablet. 

Sebelum ini, permohonan program ini telah bermula pada April lalu. Namun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini mengumumkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat sekali lagi yang bermula 1 Ogos baru-baru ini..

PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan dengan bantuan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peranti tablet. 

Pihak kerajaan ini telah menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta juga diikuti oleh syarikat telekomunikasi terpilih yang telah menyumbang sebanyak RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 600,000 pelajar. Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

KELAYAKAN MINIMA

Mereka yang layak mendapat tablet percuma ini ialah pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam kumpulan keluarga B40, bermakna keluarga yang mempunyai purata pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM4,850 layak memohon bantuan ini.

Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah semua pelajar kumpulan keluarga B40 yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PERANTI YANG DIBEKALKAN

Peranti yang dibekalkan kepada adalah spek minimum seperti yang berikut ;
  • Skrin 10.1" paparan FHD, 1280 x 800
  • Android OS 10 dan keatas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum Storage 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB 
  • Kamera hadapan 2MP
  • Kamera belakang 2MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan slot audio 3.55 mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 ke atas
  • Wifi 2.4 Ghz & 5 Ghz
  • Battery 4500 mAH
  • Kabel charger disertakan
  • Papan kekunci disertakan
  • Pen Stylus disertakan

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan bantuan kali ini merupakan permohonan bagi fasa kedua dimana permohonan fasa pertama telah bermula pada 15 April lalu.

Namun, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan lagi bantuan ini agar ianya dapat disalurkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

Oleh itu, permohonan bagi fasa kedua akan bermula :

  • Tarikh Buka : 1 Ogos 2022  
  • Tarikh Tutup : 30 September 2022
Info : Permohonan Perantisiswa fasa 2 kali ini turut akan melibatkan bagi pelajar IPG dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

CARA MOHON PERANTISISWA

Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia fasa 2 ini hanya boleh dilakukan secara atas talian. Setiap permohonan hendaklah di buat di web rasmi iaitu :

Untuk kemudahan pemohon, sila rujuk Manual Pemohon Perantisiswa melalui pautan di bawah :

SEMAKAN KELAYAKAN PEMOHON

Untuk makluman, sebarang semakan status bagi kelayakan / kelulusan bantuan ini, setiap pemohon akan menerima keputusan tersebut melalui EMEL.

TARIKH PENERIMAAN  BANTUAN

Tan Sri Annuar Musa memaklumkan didalam ucapannya, penyampaian peranti bagi program Perantisiswa Fasa 1 (permohonan APRIL) akan mula dilaksanakan pada Ogos 2022.

Peranti yang diagihkan akan melalui dua sesi iaitu 

  • Sesi Pertama - yang membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap
  • Sesi Kedua - Bagi kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga dari golongan B40 (Isi rumah yang berpendapatan RM4850 ke bawah)
  • Masih dalam pengajian (Peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda)
  • Bukan pelajar tahun akhir tahun 2022
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa 
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti dari mana-mana program bawah kerajaan
  • Inisiatif ini hanya akan melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data internet
  • Peranti akan diagihkan menggunakan Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada pelajar dan hendaklah diserahkan semula mengikut kaedah setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program
  • Penerima peranti mestilah melaporkan kepada Pentadbir Program sekiranya terjadi kerosakan,kehilangan atau kecurian melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan
  • Mana-mana pihak yang telah diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti bagi menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa bila-bila masa sahaja
  • Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima
  • Penerima peranti mesti menjaga peranti untuk perlakuan vandalisme yang boleh mengakibat kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut
  • Penerima peranti juga mesti mengikuti peraturan atau polisi yang telah ditetapkan
  • Penerima juga harus menggunakan peranti untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang melanggar undang-undang negara
  • Penerima peranti yang melanggar sebarang syarat yang ditetapkan atau menyebabkan kerosakan dan kehilangan yang disebabkan atas kecuaian sendiri boleh dikenakan penalti yang ditetapkan oleh Pentadbir Program
  • Penerima peranti akan mengikuti terma syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa
Peranti hendaklah dikembalikan sekiranya :
  • Tamat pengajian
  • Berhenti dari tempat pengajian
  • Dibuang dari tempat pengajian
  • Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga meyebabkan kerosakan atau menyalahi undang-undang negara
  • Melanggar sebarang syarat yang telah ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada :

atau menghubungi talian berikut :

  • 03-8911 5351
  • 03-8911 5258
  • 03-8911 5265
  • 03-8911 5188
  • COMMENTS

    Name

    BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
    ltr
    item
    MYPORTALKINI!: Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 - Mohon Sekarang!
    Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 - Mohon Sekarang!
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinXmhMZadRGhahZgE5rXDpesFYoiygg6JAJLdYCQAESe-2v686tabLsguC-2FeDCNAkk2PiYTN0VDsRB5GWcqyZyzwsWxqm3fRUjfciyh-XcDNOhrXKVBuaVwbAtR-5OlP0fcTkqdApOExorRfKL-vFNArOUvpf60BSHSKqLcLyJaNaor9PY6Z2Wqc/s16000/MPKlaptop.png
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinXmhMZadRGhahZgE5rXDpesFYoiygg6JAJLdYCQAESe-2v686tabLsguC-2FeDCNAkk2PiYTN0VDsRB5GWcqyZyzwsWxqm3fRUjfciyh-XcDNOhrXKVBuaVwbAtR-5OlP0fcTkqdApOExorRfKL-vFNArOUvpf60BSHSKqLcLyJaNaor9PY6Z2Wqc/s72-c/MPKlaptop.png
    MYPORTALKINI!
    https://www.myportalkini.com/2022/08/bantuan-laptop-percuma-untuk-pelajar.html
    https://www.myportalkini.com/
    https://www.myportalkini.com/
    https://www.myportalkini.com/2022/08/bantuan-laptop-percuma-untuk-pelajar.html
    true
    1955679485912668094
    UTF-8
    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content