--> Pengeluaran Khas Untuk LTAT Sebanyak RM500 Kini Dibenarkan | MYPORTALKINI!

Pengeluaran Khas Untuk LTAT Sebanyak RM500 Kini Dibenarkan

Kuala Lumpur : Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi m...

Kuala Lumpur : Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.

PENGELUARAN KHAS RM500

Menurutnya, jumlah maksimum pengeluaran yang ditawarkan adalah RM500 secara 'one off'.

Ianya adalah sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencarum.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN

Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira bermula :

  • 10 Oktober
  • Tarikh Tutup : 19 Disember

"Pembayaran pertama pula akan dilaksanakan bermula 19 Disember hingga 23 Disember" katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun dengan tema Transformasi Nadi LTAT di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri lkmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Sri Muez Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Pengerusi LTAT Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, sambutan Jubli Emas ini memberi peluang kepada LTAT untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utamanya iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberikan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada LTAT.

"Ia juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencarum.

"Sambutan Jubli Emas ini juga adalah untuk mengiktiraf peranan LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT seperti Kumpulan Boustead, Kumpulan Affin dan Pharmaniaga Bhd serta impak yang dibawa terutama kepada pencarum LTAT sepanjang 50 tahun lalu serta perancangan masa depan LTAT dalam meneruskan perjalanan transformasinya ke arah menjadi dana persaraan yang mampan dan berdaya saing," katanya.

Sumber : MyMetro

COMMENTS

Name

BANTUAN,500,BELANJAWAN 2022,256,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,60,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,70,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: Pengeluaran Khas Untuk LTAT Sebanyak RM500 Kini Dibenarkan
Pengeluaran Khas Untuk LTAT Sebanyak RM500 Kini Dibenarkan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8PoPHHRZgn9HnAPlLAJ02WhZEM-6tmAFIs1QkLvTjK4HWeloCkAEt1RNHn9Jg_PDTDnIF6O3b64SSZUQz6HDZJTVxAbI0bpXVqgfKtsa7StcS8IjKiJYcejGf13PuNJgNpz3ORoQAvfM6BCE0aUfPisDhM1mfy3V1_jfqzK5O-PoVJqczUwoBEMV8/s16000/LTAT.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8PoPHHRZgn9HnAPlLAJ02WhZEM-6tmAFIs1QkLvTjK4HWeloCkAEt1RNHn9Jg_PDTDnIF6O3b64SSZUQz6HDZJTVxAbI0bpXVqgfKtsa7StcS8IjKiJYcejGf13PuNJgNpz3ORoQAvfM6BCE0aUfPisDhM1mfy3V1_jfqzK5O-PoVJqczUwoBEMV8/s72-c/LTAT.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/08/pengeluaran-khas-ltat-rm-500-di-benarkan.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/08/pengeluaran-khas-ltat-rm-500-di-benarkan.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content