--> BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Mula Hari Ini - Semak Sekarang! | MYPORTALKINI!

BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Mula Hari Ini - Semak Sekarang!

Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan  bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadap...

Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Untuk makluman, kategori bujang juga turut menerima bayaran pada BKM Fasa 4 ini. Ini kerana, ramai menganggap kategori ini tidak akan terima bayaran.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA FASA 4

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

KATEGORI BUJANG TERIMA RM150 (BKM FASA 4)

Ramai menganggap bahawa, semua kategori bujang tidak akan terima bayaran pada BKM Fasa 4 ini. 

Jika dilihat jadual di atas, kategori bujang IBT yang berumur 59 tahun dan ke bawah, memang tidak terima apa-apa bayaran pada fasa keempat ini.

Akan tetapi, Bujang IBT yang berumur 60 tahun ke atas adalah layak untuk terima bayaran sebanyak : 

  • RM150

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,500)

    • Tiada Anak - RM 300
    • 1-2 Anak - RM 600
    • 3-4 Anak - RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 - RM 5,000)

    • Tiada Anak - RM 100
    • 1-2 Anak - RM 200
    • 3-4 Anak - RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,501)
    • Tiada Anak - RM 300
    • 1-2 Anak - RM 600
    • 3-4 Anak - RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 - RM 5,000)
    • Tiada Anak - RM 100
    • 1-2 Anak - RM 200
    • 3-4 Anak - RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak - Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,501)

    • 1-2 Anak - RM 600
    • 3-4 Anak - RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 - RM 5,000)
    • 1-2 Anak - RM 200
    • 3-4 Anak - RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak - 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 - RM 2,500)

    • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak - 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 - RM 5,000)

    • RM 150

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Pelik pula bantuan ni. Macamana bujang umur 43 tahun. Nak cari kerja memang susah nak dapat walaupun cleaner. Ni akibat pandemik kena berhenti kerja. Sampai sekarang tak ada kerja yang stabil sebab faktor umur walaupun sihat. Simpanan memang kering kalau dah samapi 3 tahun pandemik. Crazy incompetent shit government.

    ReplyDelete

Name

BANTUAN,503,BELANJAWAN 2022,258,BELANJAWAN 2023,10,BKM,141,BPN,2,BPR,9,COVID-19,8,EKASIH,1,GADGET,2,GKP,8,Info,3,JAWATAN KOSONG,89,JKM,61,KERAJAAN,81,KESIHATAN,2,komputer,1,KPM,10,KWSP,71,LUAR NEGARA,2,PENDIDIKAN,16,PERMOHONAN/SEMAKAN,61,PERUMAHAN,18,SABAH/SARAWAK,11,SWASTA,14,TIPS,4,
ltr
item
MYPORTALKINI!: BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Mula Hari Ini - Semak Sekarang!
BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Mula Hari Ini - Semak Sekarang!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHDezHcYsOo4NBUMeGCAgVIBzAH3S1yGdcM92I1GaIXBE71QnGa_y8yplkCuiokjUp4w6-JEvEHZfbuNQQfcUy73Oy2wj9DaMDCeYbBY2-_0apiZdUxM8595AGC2gjr2U-xZ34ww1qo6-QuupS68I3ICyUVnA2GEJGZa-aNRQyDz-L75n2qByqsKMs/s16000/png_20221115_154158_0000.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHDezHcYsOo4NBUMeGCAgVIBzAH3S1yGdcM92I1GaIXBE71QnGa_y8yplkCuiokjUp4w6-JEvEHZfbuNQQfcUy73Oy2wj9DaMDCeYbBY2-_0apiZdUxM8595AGC2gjr2U-xZ34ww1qo6-QuupS68I3ICyUVnA2GEJGZa-aNRQyDz-L75n2qByqsKMs/s72-c/png_20221115_154158_0000.png
MYPORTALKINI!
https://www.myportalkini.com/2022/11/bayaran-rm-150-untuk-kategori-bujang-pada-bkm-fasa4.html
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/
https://www.myportalkini.com/2022/11/bayaran-rm-150-untuk-kategori-bujang-pada-bkm-fasa4.html
true
1955679485912668094
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content